Kawan-kawan kakcik

Ahad, 31 Mac 2013

Sabtu, 30 Mac 2013

Kepenatan...

Selepas 'menjelajah' tiga negeri, penatnya tidak terperi...

Sebagai 'pemandu tunggal' sepanjang perjalanan, ayahnya
memang keletihan.  Anaknya walaupun letih juga tapi
makan tetap berselera. (Di Medan Selera Sunway
Carnival Mall, Seberang Jaya)


Tengok tu, bukan main lena lagi dia.
(Di Sunway Hotel, Seberang Jaya)

Jumaat, 29 Mac 2013

Ke Utara lagi...

Bermula ke Selangor, sekarang di Perak dan InsyaAllah petang nanti di Pulau Pinang...

Singgah di Cendol Bakar, Kuala Selangor


Di Kampung Bahagia, Teluk Intan.

Khamis, 28 Mac 2013

Hubungan darah tidak akan putus...

...walaupun hubungan persaudaraan cuba diputuskan.

Jalinan persahabatan mungkin mudah dibina, tapi memutuskannya juga tidak sesusah mana. Hanya dengan sepatah kata, tidak mustahil langkah akan berlainan hala...

Walaupun mereka sering bersenda dan kadangkala bercakaran juga,
harapnya mereka tahu memelihara hubungan persaudaraan walau
apapun badai yang melanda...

Rabu, 27 Mac 2013

Akulah itu...

yang sanggup berlapar dahaga
demi kelihatan menarik di mata manusia

namun...

tidak sanggup berpuasa
mengikut segala peraturanNya
untuk kelihatan cantik di pandangan Yang Esa!

Gambar hiasan semata-mata, tiada kena mengena dengan isi cerita.
notataksiapatanya : maafkan daku wahai kawan-kawan sekalian.  Tidak sempat membalas sapaan mahupun kunjungan kalian.  Nota-nota ringkas di blog ini pun selalu dibuat secara spontan di awal pagi sebelum mandi!

Isnin, 25 Mac 2013

Penat...

...bukan setakat badan, tapi juga fikiran!

(Gambar-gambar dirakam di Pantai Morib, petang semalam.)







Sabtu, 23 Mac 2013

Walaupun ia kelihatan mempersona...

... bukan jaminan bahawa semua orang suka. (Begitu juga dengan penampilan kita di khalayak ramai. Kita rasa kita cukup hebat, tapi mana kita tahu sekiranya ada yang memndang dengan rasa meluat!)





Jumaat, 22 Mac 2013

Manis bagi kita...

...di lidah orang lain mungkin berbeza rasanya!

Oren ini rasanya manis di lidahku, maka mampulah aku menelannya.

Khamis, 21 Mac 2013

Marilah kita ringankan beban Alia Haryanie...



Header blog Alia Haryanie


Haryani yang sering keluar masuk hospital


Ini adalah sms dari Haryani kepada Makcik Kantin yang kemudiannya
dipanjangkan kepada kakcik beberapa hari lalu


Kepada yang menghulurkan bantuan, nombor akaun Haryani
ada tertera dalam catatan kakcik yang sebelum ini (seperti
gambar di atas).  Haryani sangat memerlukan bantuan kita semua.

Rabu, 20 Mac 2013

Khas untuk Makcik Kantin...



pilih 'tambah alat' di papan pemuka (dashboard)


kemudian pilih 'senarai blog' dan klik tanda +


pilih 'paling terkini dikemaskini' sebelum memilih lain-lain pilihan untuk dipapar.
Jangan lupa klik 'simpan' setelah pilihan dibuat.  Harapnya catatan kakcik ini dapat
membantu Makcik Kantin.

Rabu = 20/3/2013...

... gaji bila nak masuk ni?



Sekadar 'ulangkaji'

Ahad, 17 Mac 2013

Mungkinkah suatu hari nanti, satay akan menjadi makanan mewah?...



Mula-mula dulu, harganya RM0.90 secucuk, sekarang
dah jadi RM1.20.  Mee rebus pun dari RM6.00, kini
RM6.80 semangkuk.  Kalau bawa telur dadar dan nasi
putih dari rumah tapi makan di restoran, sebab nak
'tunjuk lagak' sikit, ACI tak? (~_~)

Sabtu, 16 Mac 2013

Bila tong sampah pun perlu diikat...

...apakah maknanya?

manusia yang tak tahu memanfaatkan kegunaan
sesuatu kemudahan yang disediakan, ada di mana-mana!

Jumaat, 15 Mac 2013

Adakah orang ternanti-nanti catatan terbaru di blog kita?...

... kalau tahap blog kakcik yang tak suam langsung ini (jangankan panas meruap, berbahang jauh sekali), angan-angan apakah yang hendak diletakkan bahawa orang akan rindu bila catatan baru langsung tiada?

Kadang-kadang kakcik jumpa catatan sebegini 'maaf kerana lambat buat catatan hari ini'.  Langsung kakcik terfikir 'wah, pastinya blog ini sangat diminati'. Tak mengapalah, siapalah kakcik untuk mempersoalkannya, kan?

Cemburu ke kakcik?

Hahaha... cemburulah nadanya itu, kan?  (kan? bak kata Jijo lakonan Khir Rahman dalam filem Rock Ooo - tetiba je!)

Sebenarnya ... minggu depan mungkin seminggu blog ini tak akan ada apa-apa cerita baru disebabkan Puan Blog Kedaung sibuk dengan urusan kerja.  Apa?  Tak siapa tanya?  Tak apa... nak bagitahu saja....

Kurangkan makan? Tak ada maknanya selagi ada selera...

Sarapanku pagi ini = RM3.50
Bagaimanapun, biarlah kita berpada-pada kerana apa yang
kita makan juga boleh mendatangkan mudarat pada diri kita.

Khamis, 14 Mac 2013

Senyap-senyap Kenchana Dewi kahwin lagi...

... tapi ada artis Melayu dah ribut taufan puting beliung pun tak sudah-sudah juga kisahnya ...

Tahniah.
Sedikit tentang Kenchana di SINI

Rabu, 13 Mac 2013

Pakaian 'pantang kering'...

Telah bertahun-tahun tudung, baju dan
seluar ini menjadi pakaian seharianku.
Jangan pelik bila bertemu denganku, inilah
pakaian yang kupakai.  Selagi muat dan
belum reput, ianya tetap menjadi kesukaanku.

Bila penat...

...berehatlah dulu buat seketika,

bila tiba di puncak, pastinya kau rasa bangga dengan segala lelah
dan usaha yang telah kau lakukan.

(edisi bilatiadailhamgambarlamadijadikanmangsa)

Selasa, 12 Mac 2013

Dah dua hari saya bercuti sakit...

... saya sakit betul tau, bukan sebab saya malas nak ke sekolah.  Saya jadi susah nak bernafas dan batuk-batuk.  Ayah cakap sebab saya banyak minum ais.  Mana ada pun, sikit je...

Ini gambar masa saya keluar dengan mak, kakak dan abang saya ke Alamanda, Putrajaya. 





Semalam ayah dan mak bawa saya ke hospital.  Ambil sedutan ventolin dan dapat beberapa jenis ubat.  Esok rasanya saya dah boleh ke sekolah semula...

Apa pun tak boleh....

... bila cerminmata 'tercicir' dalam kereta (mungkin semasa mengeluarkan beg duit untuk beli makanan tadi).  Harap-haraplah En Suami baik hati untuk menghantarkan cerminmata itu.  Tak boleh nak buat kerja ni... :(

Isnin, 11 Mac 2013

Sanggupkah memotong, mengunyah dan menelan...

... kek ini?


Bagi 'sesetengah orang', jangankan kek berbentuk bayi,
darah daging sendiri pun sanggup 'dimamah hingga lumat'.
Dunia kian hampir menuju kemusnahan... :(

Isnin yang 'kelabu'...

Sabtu dan Ahad :

Menguruskan hal-hal sendiri bersama SiRibenMerah dan keluarga. Menziarahi Abil dan Gee serta Dato' LF dan Datin Aishah.  Bawa anak-anak tengok wayang.  Tiada aduan kerana ia menggembirakan.

Hari ini  :

Budak Sepet tidak sihat dan semalam bila dia tidak lena, emaknya juga acapkali terjaga.

Datang ke pejabat dalam keadaan agak mengantuk dan kurang semangat, rasanya kalau boleh ingin saja kuputarkan waktu agar berlalu dengan cepat...

Ahad, 10 Mac 2013

Jangan salahkan api yang marak...

...kerana ia takkan bermula sekiranya tiada yang menyalakannya dan ia takkan marak andai tiada angin yang bertiup atau bahan bakar yang senang 'dimakan'...

Sabtu, 9 Mac 2013

Sabtu dan Ahad adalah hari untuk bersantai...

...dan juga hari untuk bersama keluaraga.  Tapi andai terpaksa atau dipaksa untuk datang ke pejabat, apa pilihan yang kita ada bila keengkaran dijanjikan dengan denda....

Khamis, 7 Mac 2013

Sekarang pun aku dah tua...

...walaupun kedutnya belum begitu nyata!



Hari ini aku berazam tak mahu makan nasi...

... tapi aku dah makan 6 keping roti gardenia yang disapu margerin dan kaya ...  Masih ada dua keping dalam bekas 'tipuwe' untuk dimakan sekejap lagi... Aterrr, mana gayanye nak kughuih Yong oiiii...

Gambar dari arkib google.  Tak ada gambar sendiri
sebab iPad tak bawa dan kamera tinggal dalam kereta!

Sejak bertukar tempat kerja, sudah beberapa kali aku mengalami mimpi pelik berkaitan kerja.  Semuanya menunjukkan gambaran yang 'sukar'.  Sebaik bangun dari tidur, aku akan mengalami sesak nafas dan rasa tersangat letih.  Adakah ia petanda supaya aku meletakkan jawatan sahaja?  Tapiiiiii.....

Ada berita/cerita apa hari ini?...

(Gambar lama sebagai hiasan semata-mata)
Banyak sangat berita yang menyesakkan dada saban hari. Tigapuluh
tahun lalu berita-berita 'mengerikan' yang tersiar di akhbar tempatan,
selalunya adalah berlaku di luar negara sahaja...

'Air yang tenang jangan disangka tiada buaya'

Rabu, 6 Mac 2013

Jangan makan banyak-banyak ya...

Cukuplah tu, mak!

Negaraku...tanah tumpahnya darahku...

Sebenarnya En Suami hendak pergi berjogging, tetapi dipanggil untuk
'diberi penghormatan' menaikkan bendera ketika lagu Negaraku dinyanyikan.

Sijil bertarikh 2 Mac 2010 turut mencatatkan namaku.

Selasa, 5 Mac 2013

Lahad Datu... tangismu tangisku...

saat kau pendam duka hatimu
tak siapa yang ingin mengambil tahu

saat kau tersedu sedan
tiada siapa yang ingin merasa hairan

saat kau mengeluh kesakitan
banyak hal lain yang perlu diberi perhatian

kini tangismu menghamburkan darah
lalu ramailah yang terlatah-latah
bercakap pun jadi tak tentu arah
sana tak betul sini pun salah

Lahad Datu
kini ramai yang turut menangis
bila terjadinya sesuatu yang tragis
tapi kita tidak punya kuasa sakti
yang boleh mengembalikan mereka yang telah pergi

yang pergi tetap pergi
dengan ratapan dan doa mengiringi
yang tinggal tidakkah ingin belajar
bahawa tidak semua yang terjadi itu adalah wajar

selagi manusia bertuhankan kuasa
selagi itulah bala takkan henti menimpa


Sebatang pokok...

Bila pucuknya patah, pucuk lain akan tumbuh dan ia akan terus hidup dengan izin Allah.

Tapi bila akar pokok mula mereput, peluang untuk pokok itu untuk terus subur adalah agak nipis. Itu hukum alam yang juga ditentukan Tuhan...

Isnin, 4 Mac 2013

Sudah cukup, cukup sudah...

sudah-sudahlah menuding jari
henti-hentikanlah terpekik-pekik
aku betul
dia salah

muhasabahlah diri kita
banyak perintahNya kita langgar
dalam sedar dan nyata

lalu peringatan demi peringatan
DIA turunkan
DIA berikan

tapi kita tetap membutakan mata
memekakkan telinga
tanpa rasa malu
tanpa rasa segan

kalaulah ditarikNya semula
segala yang telah diberikanNya
hendak kita salahkan kepada siapa pula

lihatlah
isteri menjadi balu
anak menjadi yatim
ibu kehilangan anak
bapa kehilangan zuriat

tapi kita masih sibuk
mencari pentas
lalu di atasnya kita terlaung-laung
tentang jasa
tentang bakti
tentang budi
kemudian kita pura-pura peduli
kita turun menunjukkan simpati

kemudiannya
maki hamun kita teruskan lagi
lagi dan lagi dan lagi

apa yang kita kejar
apa yang kita cari
benarkah untuk mereka
kita ingin berbakti
atau sebenarnya
kita takut kehilangan
segala kemewahan yang kita miliki

Al Fatihah untuk wira-wira negara yang telah gugur di sana.  Semoga syurgalah tempat mereka...

Ahad, 3 Mac 2013

Tak agak-agak betul orang yang mencari ini...



Tatacara membuat jemputan...

(Edisi kecil hati kononnya...)


Andai kita ditugaskankan membuat jemputan, maka telitilah dulu apa yang seharusnya ada dalam jemputan itu.  Sekiranya ia meliputi seluruh ahli dan kita hanya perlu menghantar jemputan melalui emel, tiada salahnya kita membuat jemputan secara umum dengan hanya menyatakan Tarikh, Masa dan Lokasi.

Tetapi, sekiranya acara yang akan dijalankan turut mempunyai 'tetamu jemputan' atau 'orang yang diraikan', sepatutnya dalam jemputan itu perkara itu turut dijelaskan.  Sebutkan nama tetamu itu dalam aturcara.  Bukan kerana tetamu itu sangat istimewa hingga kena diwar-warkan namanya, tetapi ia adalah untuk memudahkan tetamu itu meminta pelepasan dari pihak-pihak yang berkenaan sekiranya perlu.  Bila ianya memerlukan pengesahan, bukti apa yang boleh ditunjukkan sedangkan nama pun tiada tercatat dalam aturcara?

Lainlah kisahnya jika ada satu jemputan khas atas nama tetamu itu. Kalau itu pun tiada juga, nak cerita macamana?

Sabtu, 2 Mac 2013

Mari sini kita bercerita lagi bab meninggalkan negeri...

Balik balik Kelantan.  Balik balik Kelantan.  Macamlah orang negeri lain tak ada yang meninggalkan negeri asal untuk mencari rezeki.  Rasulullah SAW pun berhijrah tau...

Ada tak menteri yang bila 'mendapat jawatan' akan tinggal menetap di tempat asal mereka?  Ohhhhh... Mereka kena 'membangunkan negara', jadi mereka perlulah berhijrah dan tinggal berhampiran dengan mereka yang sejawatan.  Barulah boleh buat 'percambahan fikiran', kan?  Apa barang nak tinggal di tempat asal!

Berapa banyak tempat asal menteri-menteri sekarang yang pesat membangun ya?  Baling dan Sik terletak di mana, ya?  Kelantan ke?  Ada sesiapa yang tak tahu apa kaitannya Baling dan Sik dalam catatan ini?  Kedua-dua tempat itu dikenali sebagai tempat yang miskin di Malaysia ini.  Bukan sahaja menteri, perdana menteri pun pernah berasal dari negeri di mana Baling dan Sik itu terletak.

Air di Kelantan tu kuning warnanya ya?  Pernah terbaca tak tentang tanah rancangan di Pahang yang tidak mendapat bekalan air bersih?  Bila musim perayaan, masalah bekalan air mereka bertambah parah.  Tiadakah menteri yang berasal dari Pahang dan menetap di negeri itu?   Ke manakah mereka? Oh... Mereka juga berhijrah ya?  Mereka tak sanggup hidup dikelilingi kemiskinan ya?  Jadi, sesuai dengan taraf mereka, rumah mereka mesti di'bangunkan' di tempat yang kononnya 'bangsawan'.  Ada tak agaknya rumah mereka di luar negara ya?

Ini yang kau sibuk sangat ni kenapa kakcik?  Nak jadi calon dalam pilihanraya akan datang ke?

Tak ada maknanya... Tapi negara ini bukankah negara demokrasi?  Kita diberi peluang untuk bersuara walaupun tak semestinya suara kita didengari sesiapa.  Betul tak?


Bukan anak muda Kelantan saja yang ke luar negeri...

Saja (atau sahaja?) nak beritahu, kot-kot ada yang terlepas pandang...  Sebenarnya bukan anak-anak muda dari negeri Kelantan saja yang 'berhijrah' keluar untuk mencari kerja.

Mana-mana aku pergi di Kuala Lumpur ini, mesti aku akan berlaga bahu dengan 'orang sekampung'ku.  Aku ni betasal dari Perak.  Ramai yang aku jumpa, bukan pun asalnya lahir di Kuala Lumpur.

Baiklah, setakat itu saja buat pagi ini... Nanti ada sesuatu yang hendakku leterkan lagi...

Jumaat, 1 Mac 2013

Sama juga bentuknya, kan? ...




Sama, kan?

(takde kerja ke kakcik?)

Bulan di pagi Jumaat...


ia muncul lagi
mengikut kitaran yang tak pernah dimungkiri
ia datang dan pergi
tidak pernah tahu ada pungguk yang merindui

selagi belum kiamat
di sana ia walau kadangkala tidak terlihat
hanya dengan Tuhan ia terikat
kepada alam ia memberi khidmat

ia hadir tanpa warna
tiada juga wangi yang ditebarkannya
namun yang pasti lagi nyata
tanpa munculnya malam jadi gelita