Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Jun 2016

Baby Z...

Assalamualaikum dunia.  Semoga kehadiran saya diterima dengan sebaik-baiknya
dan saya akan membesar dengan sihat, cerdik lagi soleh atas izin Allah SWT.

Ini Abang Q saya yang sudah semakin cerdik dan bijak.
Cakap pun sudah makin banyak. Paling suka panggil
'Atok oooo Atok' gaya Upin Ipin.  Atok tak ada, dia
sarung jubah Atok...

Selasa, 28 Jun 2016

Saya dah jadi abang...

Alhamdulillah, mommy saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 6.52 petang,
22 Ramadhan 1437H (Isnin).  Doakan semoga mommy saya kembali pulih kesihatannya dan
adik lelaki saya sihat-sihat sahaja ya...

Sabtu, 25 Jun 2016

KL Raya Fest - 72 jam tanpa henti di PWTC...

...siapa yang berkelapangan dan ada keperluan, bolehlah berkunjung ke Pusat Dagangan Dunia Putra pada 24/6/2016 (10 pagi) hingga 27/6/2016 (10 pagi).  Kepada yang ingin melihat dan membeli jubah / kurta anak lelaki dari usia 1 hingga 8 tahun, jenguk-jenguklah ke booth Darwish Rich Design.  Mungkin ada yang sesuai buat sikacak anda... :)

'Iklan gergasi' di bangunan UMNO tentang festival ini :




Antara artis yang membuka gerai jualan di festival ini.
Gerai Dato' Siti Nurhaliza betul-betul berhadapan dengan
gerai Darwish Rich Design.  DRD berkongsi gerai dengan
Eldurra Exclusive yang menjual Kurta Elman untuk
kanak-kanak/lelaki dewasa juga jubah wanita.


Jomlah sokong perniagaan mommy dan daddy saya.  Saya kena tinggal dengan Atok dan Nenek sebab
saya masih tidak boleh terlalu terdedah kepada suasana yang hiruk-pikuk dan ramai orang...





Jumaat, 24 Jun 2016

Percutian 3H2M ke Terengganu dengan hanya RM500...

...jom siapa hendak ikut serta?

Kos RM500.00 termasuk pengangkutan (bas) dan penginapan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan tempat-tempat yang akan dilawati.  Di samping itu, para peserta dalam percutian ini berpeluang beramah mesra dan menyertai sessi memasak bersama Chef Azli Razali (yang kini muncul dalam rancangan Hidangan Barakah jam 4.05 petang di TV Al Hijrah).

Tarikh lawatan adalah pada 2 hingga 4 September 2016.

Tempat-tempat yang akan dilawati adalah seperti dalam 'poster' di bawah.

Jom...siapa yang berminat boleh tinggalkan komen di bawah...



Khamis, 23 Jun 2016

Tugasan Sejarah PT3 - kajilah...

...lain kali kaji dulu baru buat, bukan dah buat baru kaji.  Macam dah berak baru cari jamban pulak...

Dari SINI :

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula arahan yang mewajibkan pelajar di sekitar ibu negara yang melaksanakan Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi subjek Sejarah untuk mendapatkan tandatangan di Jabatan Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak kementerian akan berbincang dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi melihat kewajaran perlunya mendapatkan tandatangan itu.

"Saya kena lihat balik semua hal berkaitan yang dibangkitkan oleh PIBGN (Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional) dan juga akan berbincang dengan LPM mengenai perkara itu.

"Ia termasuk juga panduan, termasuk juga jadual kajian Sejarah dibuat pada hujung minggu pertama selepas cuti sekolah. Itupun saya nak tengok baliklah," katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Bersama Warga Kementerian Pendidikan Daerah Padang Terap di sini, malam ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan mendakwa arahan sedemikian tidak praktikal dan mungkin menyusahkan segelintir ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke jabatan itu.

Mohamad Ali berkata kaedah mendapatkan tandatangan itu bukan satu keperluan utama untuk kerja kursus memandangkan banyak lagi kaedah lain yang lebih sesuai untuk membantu mereka.

Mahdzir berkata, jika kementerian berpuas hati arahan mendapatkan tandatangan itu tidak perlu dilaksanakan, kaedah yang lebih sesuai mungkin akan diperkenalkan bagi kebaikan semua pihak.

Sementara itu, beliau berkata kementerian akan bertindak lebih tegas bagi memastikan makanan yang dijual di kantin sekolah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Ini kerana ada kantin sekolah yang tidak mematuhi peraturan dengan menjual makanan yang memberikan kesan sampingan tidak baik terhadap kesihatan pelajar.

"Jika melanggar arahan, amaran dan tindakan akan diambil," katanya. - Bernama

Sebelum arahan tugasan ini dibuat dulu, adakah 'pihak-pihak berkenaan' telah memikirkan sedalam-dalamnya tentang buruk baik arahan itu?

Murid-murid PT3 ini rata-ratanya baru berusia 15 tahun.  Mereka bukan pelajar institusi pengajian tinggi pun.  Mungkin anak-anak itu seronok 'dapat keluar' bersama kawan-kawan untuk melakukan tugasan, tapi ramai juga yang akan terpinga-pinga. Kena jumpa pegawai, kena temuramah orang, kena ambil gambar dan kena juga ibubapa keluarkan belanja pelbagai...

Memang ada anak-anak yang berusia 15 tahun tapi sudah sangat matang.  Sudah pandai terfikir hendak kahwin pun!  Tapi membiarkan mereka membuat tugasan (terutama bagi anak gadis) adalah agak membahayakan dan mendedahkan mereka kepada pelbagai kemungkinan.

Jom baca antara reaksi ibubapa dan orang ramai terhadap perkara ini :





Dapatkan jubah/kurta anak-anak di Mood Republik pada 24-26 Jun ini...

... bagi mereka yang tidak berkesempatan tapi berkeinginan untuk membeli jubah/kurta bayi/anak lelaki kerana pembelian atas talian telah ditutup, bolehlah berkunjung ke bazaar Mood Republik di PWTC pada 24 hingga 26 Jun ini nanti...


Khabarnya lebih 500 jenama popular akan membuka gerai jualan di Mood Republik PWTC ini...

Gerai Darwish Rich Design akan berada di booth no : 1316
berdekatan dengan pintu masuk utama, Hall 2.




Nampak kemas dan segak anak-anak (lelaki) peserta Qari Junior yang memakai jubah DRD ini, kan? :




Selasa, 21 Jun 2016

'Ayah Untuk Disewa'...

Eh... aku dah tak ada ayah untuk disewakan.  Ayah anak-anakku pun aku tak akan sewakan walaupun beliau cuma pinjaman dari Allah SWT untukku...

Tajuk di atas itu adalah tajuk drama yang disiarkan di Astro malam tadi (20/06/2016). Aku pun tidaklah berminat hendak menonton kisahnya kerana bagi aku 'entah apa-apa sahaja'.  Lakonan pelakon wanita yang sangat memualkan gaya percakapannya (slang minah saleh kononnya) sudah cukup membuatkan aku memekakkan telinga.

Dah begitu, buat apa aku tengok?  Sajaaaa...sebab nak tengok model / pelakon cilik Nik Adam Mika menggayakan kurta dengan seluar pelikat keluaran Darwish Rich Design dalam drama itu. Walaupun hanya satu babak, rasa terujalah juga...



Mudah-mudahan perniagaan DRD akan terus bertambah maju dengan izin Allah SWT.  Aamiin...


Saja nak tunjuk :

...tiba-tiba teringin nak makan kari telur dengan kentang,
maka dimasaklah untuk berbuka semalam dan hanya habis waktu sahur tadi...


Ahad, 19 Jun 2016

Dugaan di bulan Ramadhan...

Mula-mula Muhammad Qaid masuk wad...

...semasa menjaga Qaid di wad, mommynya dapat khabar rekaan DRD telah diciplak.
Punyalah 'pandai'  penyangak itu, kan?  Guna teknik photoshop, sewenang-wenangnya
tukar kepala model, tukar warna pakaian dan padam watermark DRD letak watermark
sendiri. Hmmmm... kalau penyangak ini Muslim, menjawablah kau di sana nanti...
Dua hari selepas  Qaid keluar hospital, mommynya pula terpaksa masuk wad.
Dijangkiti rota virus dari Qaid.  (gambar dari instagram Heliza Helmi)
Bengkak muka mommy Qaid kesedihan.  Sedang sarat hamil dan terpaksa
dipisahkan seketika dari Qaid bimbang Qaid terkena virus semula.
Mungkin Allah hendak beri sesuatu yang lebih baik maka diturunkan dulu ujian buat kami.  Di sebalik itu, baru-baru ini En Suami telah menerima imbuhan (bonus) dari syarikat tempat beliau bekerja.  Mungkin kecil jumlahnya bagi orang lain, tapi besar nilainya bagi kami.  Satu jumlah yang En Suami sendiri tidak menyangka.  Alhamdulillah.  Dapatlah digunakan serba sedikit membayar apa yang perlu dibayar dan selebihnya untuk persiapan hari raya yang bakal tiba.

'Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menguji hambaNya di luar kemampuan mereka'

Jumaat, 17 Jun 2016

Masih perlu dikuarantin...


~senyuman saya adalah mahal~
Alhamdulillah.  Muhammad Qaid sudah keluar dari hospital walaupun masih lagi cirit-birit tapi tidaklah kerap.  Hanya sesekali.  Sudah mahu menjamah makanan dan sudah boleh bergurau dengan bapa-bapa saudaranya.  Bagaimanapun badannya sangat susut dan kelihatan agak letih.

Buat masa ini Muhammad Qaid masih perlu dikuarantin dari terdedah kepada khalayak atau suasana yang sibuk.  Tidak mengapalah, mommy daddy atok nenek dan pakcik-pakciknya akan jaga Qaid Darwish dengan sebaik mungkin hingga kesihatannya benar-benar pulih.

Terima kasih untuk semua doa yang telah dikirimkan kepada Muhammad Qaid Darwish.  Kami sangat-sangat menghargainya.

Rabu, 15 Jun 2016

Terima kasih...

...untuk semua yang bertanya khabar dan mendoakan Muhammad Qaid Darwish.  Buat masa ini kesihatannya masih belum pulih, masih cirit-birit dan hilang selera makan...


Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Selasa, 14 Jun 2016

Isnin, 13 Jun 2016

Rota virus...

Dari ujian makmal terhadap najisnya, Qaid disahkan dijangkiti oleh ROTA VIRUS...
Apa itu Rota Virus? (Di salin dari SINI)

Muntah dan cirit-birit adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak, namun ianya amat berbahaya bagi bayi.  Bagi kes yang normal, muntah adalah cara badan kita mengeluarkan toksin daripada perut dan ianya bukanlah diklasifikasikan sebagai kes serius. Kebanyakan kes tersebut biasanya akan pulih dalam tempoh beberapa jam. Namun begitu, ibubapa perlu bimbang sekiranya suhu anak mula meningkat dan diikuti dengan muntah atau cirit-birit yang berpanjangan. Ini kerana kajian menunjukkan  cirit- birit adalah merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia. Di Malaysia, dianggarkan 35 hingga 50 peratus daripada kes kemasukan kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di hospital akibat cirit- birit teruk adalah berpunca daripada jangkitan Rotavirus.



Apa itu Rotavirus?

Rotavirus adalah sejenis virus yang amat mudah berjangkit dan boleh kekal selama beberapa jam di atas kulit manusia, malah mampu bertahan beberapa hari di atas permukaan objek keras dan kering. Ini bermakna virus ini mudah merebak melalui air atau makanan yang tercemar. Penyebaran virus juga boleh berlaku melalui orang dewasa yang dijangkiti atau yang menguruskan bayi yang telah dijangkiti.
Virus ini mampu hidup selama seminggu dalam najis individu yang dijangkiti. Ia dikenalpasti menjadi punca berlakunya masalah cirit- birit di kalangan bayi baru lahir khususnya di kalangan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 24 bulan. Rotavirus sangat mudah tersebar dengan cepat melalui kitaran najis ke mulut. Ia amat mudah berjangkit melalui sentuhan biasa di kalangan kanak-kanak. Virus ini boleh berada di mana-mana khususnya permukaan lantai, tombol pintu atau alat permainan kanak-kanak.
Perkataaan “Rota” yang bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dilihat dibawa elektron mikroskop. Dalam kebanyakan kes,kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun yang mendapat penyakit ini selalunya tidak perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Malangnya jangkitan Rotavirus pada kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun boleh menyebabkan keadaan yang agak serius malahan boleh membawa maut.
Walaubagaimanapun, jangkitan Rotavirus di kalangan bayi berusia di bawah umur 3 bulan yang menyusu badan selalunya tidak begitu serius. Ini adalah kerana terdapatnya ‘passive immunity’ daripada ibu dan juga perlindungan daripada  susu ibu. Kebanyakan kanak-kanak boleh dijangkiti Rotavirus sebelum berumur 5 tahun. Dengan jangkitan yang berulang, seorang individu akan meningkatkan tahap immunitinya terhadap jangkitan virus ini.
Punca jangkitan Rotavirus
Pada kebiasaanya, muntah dan cirit-birit kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti Rotavirus biasanya akan mengalami demam, muntah dan diikuti pula dengan cirit-birit yang teruk dengan najis yang berair . Kanak-kanak tersebut turut mengalami dehidrasi kesan daripada muntah serta cirit birit. Malahan yang membimbangkan lagi, mereka juga biasanya berdepan dengan masalah menghadam laktosa disebabkan maslah yang berterusan. Walaupun ianya berpunca mungkin disebabkan oleh keracunan makanan, sakit perut atau meningitis, namun  kebanyakan kes yang sering dialami oleh kanak-kanak dan bayi adalah disebabkan oleh jangkitan virus dan dikenali sebagai Gastroenteritis Akut.
Gastroenteritis biasanya dikaitkan dengan masalah radang perut dan usus. Walaupun selalunya ia tidak begitu serius kepada kanak-kanak, namun ia juga boleh membahayakan dan dalam sesetengah kes ianya dapat mengancam nyawa bayi. Penyebab utama gastroenteritis adalah sejenis virus yang dipanggil Rotavirus.
Virus ini menjangkiti usus manusia dan mudah merebak. Ianya dapat masuk ke dalam usus kita melalui mulut. Cara jangkitan adalah melalui “feco oral” ataupun dari najis ke mulut. Oleh kerana virus ini mudah merebak, wabak ini amat senang  berlaku khususnya di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak atau TASKA.
Justeru itu langkah pencegahan adalah amat penting dan pemantauan perlu dibuat dari masa ke semasa.
Apakah simptom jangkitan Rotavirus?
Selepas masa inkubasi selama 2 hingga 7 hari, kanak-kanak atau bayi yang mendapat jangkitan Rotavirus akan mula demam diikuti dengan muntah-muntah dan cirit-birit. Najis mereka biasanya berbentuk cecair tetapi tidak berdarah. Demam dan muntah selalunya akan pulih selepas 2 hari namun masalah cirit- birit akan berterusan.
Di kalangan kanak-kanak yang lebih muda terutamanya yang berusia di bawah 2 tahun, mereka akan mengalami ‘lactos intolerance’ iaitu oleh kerana usus mereka tercedera dan kehilangan enzim Laktase, biasanya najis mereka akan bertukar menjadi asid yang mana boleh mencederakan dan menyebabkan punggung kanak-kanak tersebut melecur. Sekiranya masalah cirit birit ini berlarutan,mereka akan mengalami masalah kekurangan air dalam badan (dehidrasi), kekurangan tenaga serta berkeadaan letih. Tanda-tanda dehidrasi di kalangan kanak-kanak adalah mulut dan bibir yang kering, mata terbenam, kurang kencing, sentiasa letih, tidak bermaya serta kelihatan pucat.
Rawatan
Pencegahan adalah lebih penting dari rawatan. Bagi pencegahan di rumah, tabiat mencuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas ke tandas dan sebelum makan adalah amat penting. Bagi ibu- ibu yang menjaga bayi adalah sangat penting untuk mereka mencuci tangan sebersihnya selepas membersihkan najis bayi mereka serta sentiasa memastikan puting botol atau puting payudara berkeadaan bersih sebelum memulakan penyusuan.
Kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan (sudu, garpu, cawan dan pinggan mangkuk), alatan permainan, lantai serta tahap kebersihan makan yang disediakan perlulah sentiasa berkeadaan bersih. Semua langkah tersebut mampu mengelakkan jangkitan Rotavirus tersebar terutamanya kepada bayi anda.
Oleh yang demikian, langkah-langkah kebersihan adalah sangat penting dalam mencegah penyakit ini. Pesakit yang mengalami dehidrasi memerlukan rawatan di dalam wad di hospital. Dehidrasi dapat diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan.  Rawatan untuk muntah dan cirit birit selalunya terhad dan akan berhenti selepas 2 hingga 5 hari. Jika pesakit mempunyai masalah dengan “lactos intolence” maka rawatan menerusi susu tanpa laktos perlu diberikan selama beberapa hari atau minggu (bergantung pada keadaan pesakit). Penyusuan ibu juga boleh disambung. Ubat demam akan diberikan sekiranya pesakit mengalami demam.
Sekiranya cirit-birit atau muntah tidak begitu serius, pengambilan “oral rehydration salt” (ORS) dengan kerapnya, bergantung kepada kekerapan pembuangan najis pesakit tersebut. Pengambilan antibiotik tidak diperlukan kerana ianya tidak memberi akan memberikan kesan kepada kuman Rotavirus. Satu cara yang paling berkesan dalam mencegah daripada jangkitan Rotavirus adalah melalui pengambilan suntikan vaksin untuk kanak-kanak.
Langkah berjaga-jaga yang umum
Sentiasa menjaga kebersihan., itulah satu nasihat yang perlu ditekankan di mana jua anda berada. Cuci tangan dengan bersih selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan. Ibu-ibu yang sedang dan masih menyusu bayi atau anak mereka digalakkan untuk terus menyusu. Secara amnya didapati susu ibu dapat mengurangkan masalah cirit birit di kalangan bayi atau kanak-kanak.
Kini terdapat 2 vaksin Rotavirus  yang boleh diberikan  kepada bayi anda. Vaksin ini akan diberikan dalam 2 atau 3 dos bermula dari umur bayi anda di antara 6 hingga 12 minggu dan perlu di habiskan sebelum umur bayi mencecah 8 bulan. Walaupun kos vaksin ini agak tinggi, ibubapa digalakkan untuk memberi vaksin ini kepada anak-anak mereka kerana jika dibandingkan dengan kos rawatan bagi masalah cirit-birit terutamanya yang melibatkan kemasukan ke wad, kosnya sudah pasti lebih tinggi daripada kos vaksin tersebut. Justeru itu kepada ibubapa, buatlah keputusan yang bijak demi kesihatan anak anda.
DISEDIAKAN OLEH :

Dr. Varughese Koshy 

Pakar Pediatrik 

Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMCShah Alam


Berkemungkinan  Qaid dijangkiti virus ROTA ini sewaktu bermain di ruang permainan hospital.  Terdapat beberapa pesakit kanak-kanak yang telah dijangkiti dan mendapatkan rawatan di hospital yang sama.  Sepatutnya kanak-kanak yang telah dijangkiti ini dikuarantin di bilik masing-masing.  Penjaga / ibubapa telah dinasihatkan untuk berbuat begitu, namun ada yang mengambil mudah dan tidak menghiraukan nasihat doktor/jururawat.  

Sebelumnya Qaid dimasukkan ke hospital kerana kahak yang banyak di paru-parunya.  Setelah keadaannya baik, dia dibenarkan keluar hospital.  Balik ke rumahku, Qaid mula cirit-birit hingga berbelas kali. Akhirnya Qaid di bawa semula ke hospital dan dimasukkan kembali ke wad.

Tolong doakan agar kesihatan Qaid kembali pulih ya...

Aunty Ija menziarahi Qaid di hospital...

Sabtu, 11 Jun 2016

Hidangan berbuka / bersahur yang membuka seleraku...

...di hujung-hujung usia ini, hanya hidangan yang seadanya dapat membuka selera tuaku...

ikan bilis goreng garing bersama bawang besar dan cili kering

telur goreng bersama bawang besar direnjis kicap

taugeh tumis bersama kek ikan

Alhamdulillah.

Jumaat, 10 Jun 2016

Di hospital...

Setelah beberapa hari batuk disertai selsema yang agak teruk dan setelah dibawa ke klinik, akhirnya Qaid dirujukkan ke hospital.  Sudah dua malam Qaid bersama mommy daddynya bermalam di hospital dan masih belum boleh keluar lagi.  Doktor kata, paru-paru Qaid banyak kahak...

Seronok bila bapa saudaranya datang melayan

Kesian dia...
Bermain-main bila ada yang melayan walaupun kesihatannya tidak begitu baik...








Suka sangat bila Atoknya ada bersama :


Semoga kesihatan Qaid akan segera kembali pulih sepenuhnya. Aamiin...

Khamis, 9 Jun 2016

Sup bebola ikan dengan lobak putih...

Salam Ramadhan Kareem para pembaca budiman yang sudi singgah ke blog ini.  Sekejap sahaja hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4, 1437H. Masih bermasalah sebenarnya blog ini, yang tak kuketahui apa puncanya...

Kerana bulan puasa ini adalah bulan untuk mendidik jiwa, untuk bersederhana, untuk menginsafi nasib mereka yang lebih susah dari kita, untuk merasakan bagaimana susahnya bila diri serba tak punya, maka elok juga kita tidak hanya menayangkan hidangan yang mewah untuk bersahur dan berbuka.  Tidak juga menunjukkan bagaimana hebatnya berbuka di hotel-hotel mewah semata, maka marilah kutunjukkan satu hidangan yang sangat ringkas dan agak 'sihat' juga...

Sup yang ringkas tanpa perlu menumis
dan menggunakan minyak...

Bahan-bahannya :
Sepeket kecil (anggaran 10-15 biji) bebola ikan
Setengah batang lobak putih (jika besar) atau sebatang jika kecil (kikis kulitnya dan hiris nipis)
Sebiji tomato (dibelah 4 atau 6)
Sebiji bawang besar di hiris
Sebiji cili merah (nak letak lebih pun tak apa) dihiris
Satu kiub pati ikan bilis (ikut sukalah jenama apa pun)
Sedikit garam (sekiranya tidak cukup masin, sebab bebola ikan dan kiub ikan bilis akan mendatangkan rasa masin)
Air sejuk secukupnya.

Bawang goreng dan daun bawang/daun sup untuk hiasan dan menambah rasa.

Caranya :

Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak atas api (kecuali garam, bawang goreng dan daun sup/daun bawang)

Setelah menggelegak, rasa dahulu.  Jika tak cukup masin baru tambah garam.  Bila dah cukup rasa, padamkan api dan masukkan bawang goreng serta daun sup/daun bawang.

Itu sahaja.

#ininamanyacatatanorangkekuranganilham

Rabu, 8 Jun 2016

Gelagat Muhammad Qaid...

Hari ini hari Rabu, kan?
(Hari untuk nenek letak gambar Qaid...hehehe)

Sementara tunggu Mommy bersiap...
(main-main dengan bedak dulu)

Sementara tunggu pesanan sampai...
(lambat sangat, macam saya pendatang je,
padahal saya pun ada kad pengenalan)

Dalam perjalanan ikut Daddy ke masjid...
(main-main dengan songkok)

Selasa, 7 Jun 2016

Cadar kalis air yang cantik dan sangat berguna...

...untuk mereka yang sedang 'mengajar' anak-anak kecil berhenti memakai lampin atau untuk orang dewasa yang bermasalah kecing malam atau untuk pesakit yang selalu buang air atau muntah di pembaringan. Pastinya menjadi masalah yang besar untuk membasuh tilam yang berat bila basah dan sukar untuk dikeringkan.  Cadar kalis air yang didatangkan oleh LITTLEMUNAS mungkin boleh membantu masalah anda.

Cadar kalis air bukan bermakna kain yang digunakan jenis yang tidak serap air, sebaliknya ia diperbuat dari kain kapas yang lembut, sejuk dan 'sangat sedap' disentuh.  Yang kalis air, adalah lapisan bawah cadar itu. Lapisan itu yang menghalang air dari terkena tilam.

Corak yang menarik dan jenis kain yang 'cantik'

Bahagian atas yang dibasahkan - serap air...

,,,bagaimanapun di sebelah bawahnya ada lapisan plastik
yang 'menahan' air dari terkena tilam.  Jadi tilam kekal kering...

Di hari raya nanti pastinya ramai ibubapa membawa anak-anak pulang ke kampung.  Mungkin ada yang menghadapi masalah anak kencing malam dan akan membasahkan tilam di rumah kampung mahu pun rumah inap desa (homestay) yang dihuni.  Menjadi masalah pula setiap pagi kena angkat tilam untuk dijemur dan dikeringkan.  Bagaimana jika cuaca hujan atau lembab dan matahari tidak muncul?  Tilam akan jadi berbau dan bertompok-tompok.  

Untuk mengatasi masalah tersebut, apa kata beli dan bawa balik cadar kalis air dari littlemunas ini? Jika masalah 'kebasahan' tiba, yang perlu  dibasuh hanyalah cadarnya sahaja.  Tak perlu mengangkat tilam lagi.  Cadar ini ringan dan mudah dikeringkan. Boleh baca sedikit tips dan testimoni berkaitan cadar kalis air ini di SINI.

Bagaimana hendak mendapatkan cadar kalis air yang berharga RM55.00 (saiz bujang) atau RM65.00 (saiz ratu @ queen size dan saiz raja @ king size)) ini?  Boleh hubungi secara atas talian :



...atau ke butik mereka di :

ABOUT UMI & BABY
17-1, JALAN MUSYTARI AM U5/AM
SEKSYEN U5
40150 SHAH ALAM.