Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Julai 2014

Bagaimana hendak menjadi terkenal? ...

...buat sahaja 'perangai yang bukan-bukan' dan muatnaik ke media sosial...

Sekejapan sahaja boleh jadi terkenal dan mungkin dapat hadiah caci nista secara percuma...

Yang mencaci nista itu pula, bagai tidak pernah membuat kesilapan sepanjang meminjam nyawa dari Tuhan Yang Maha Esa.

Sempena masih di Syawal ini, marilah sama-sama menyedari bahawa kesempurnaan itu bukan milik kita dan ia juga bukan bermakna sesuka hati kita boleh sengaja mencipta kononnya perkara yang tidak disengajakan dengan alasan 'kita hanya manusia biasa'.  Akal yang dikurniakan itu apa pula gunanya?

Rabu, 30 Julai 2014

1 Syawal 1435H - Terima kasih Allah...

Sejak ibubapaku tiada lagi, Hari Raya bagi keluargaku hanyalah di Kuala Lumpur.

Selepas solat sunat Aidilfitri,  suamiku akan merancang ke mana arah kami hendak pergi.

Tahun ini, kami mulakan perjalanan ke rumah besanku di Seri Kembangan.   Selepas makan minum, tahlil ringkas yang dibawa oleh Along dan bergambar,  kami bergerak pula ke kediaman Dato' Abdullah Al-Hadi dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi.   Kali ini kami disertai oleh adikku sekeluarga.

Setelah menghuru-harakan hidangan di rumah Dato', kami bergerak pula ke rumah sepupuku di Jenderam, Sepang.

Balik dari Jenderam,  ditakdirkan kami telah memasuki jalan yang salah untuk balik ke Cheras.  Setelah berpusing balik, suamiku terperasan ada sesuatu yang tidak kena dengan kereta kami.  Brek kereta tidak berfungsi! 

Perlahan-lahan,  suamiku memberhentikan kereta.  Angah turun dari kereta dan melihat ada asap pada tayar hadapan.

Allahuakbar!   Ketentuan Ilahi membawa kami ke jalan itu.  Jalan yang lengang dan berhenti betul-betul di persimpangan yang sama sekali tidak menghalang lalulintas.

Suamiku menelefon talian bantuan Toyota.  Aku pula menelefon adikku yang telah lepas ke hadapan.   Hanya Bangcik yang muat untuk ditumpangkan ke dalam kereta adikku.

Sementara menanti bantuan dari kereta tarik yang dihantar pihak Toyota,  anak kepada sepupuku datang mengambil kami (kecuali suamiku) dan membawa kami pulang ke rumahnya dan kemudian menghantar pula kami balik ke Cheras.

Tak dapat dibayangkan andainya kereta kami itu hilang kawalan sewaktu kami melalui jalan sempit yang terpaksa menaiki dan menuruni bukit atau di tengah jalanraya yang sibuk.

Allah jugalah yang telah melencongkan laluan kami dan menjauhkan kami dari malapetaka.   Maka, nikmat Allah yang mana satu yang hendak aku dustakan?

Duit boleh dicari, namun nyawa tiada galang ganti...

Sabtu, 26 Julai 2014

Berkali-kali lagi suamiku berpesan...

Katanya...

bila kamu berada dalam kumpulan
dan kamu mula melihat bibit-bibit perpecahan
lalu kau rasa kau tak boleh mengujudkan perdamaian
tariklah dirimu keluar perlahan-lahan
jangan pula kamu sibuk turut melaga-lagakan
kelak jahatmu jelas kelihatan
tiada lagi sekelumit baikmu jadi sebutan

Jagalah maruah keluargamu
senyum yang kau terima ikhlasnya belum tentu
mungkin hanya satu sindiran yang dalam diam memperlekehkanmu
serahkan sahaja pada Yang Satu

selagi kamu tidak menjadi api dalam sekam
pasti segala hiruk pikuk akhirnya akan diam

Rabu, 23 Julai 2014

Kerana rumah kita ada yang datang berkunjung...

...tak bolehlah sewenang-wenangnya dinding rumah kita itu diconteng...

Walaupun kita boleh berkata,  'peduli apa,  rumah aku, aku punya suka' - bukan selamanya kita boleh bersendirian...

Kita juga perlukan teman, tapi kalau kita anggap teman kita itu tak punya perasaan,  mungkin akhirnya kita akan ditinggalkan bersendirian.

Tetamu yang datang pula, jangan suka-suka hendak mencela.   Rumah mereka,  biarkan mereka hendak corakkan sebagaimana.  Kalau di mata kita rasanya ada yang tak kena, biarlah berhemah cara menegur agar tidak timbul sengketa...

#takfahamtakapa #ingatanuntukdirisendiri

Selasa, 22 Julai 2014

#kosongkosong - ia tidak semudah itu!...

...kita bukan anak-anak kecil.
Ucapkan sahaja 'kosongkosong', kononnya semua dosa dan kesalahan gugur dengan sendiri...

Embun pagi pun tidak sesuci mana kini.  Udara yang penuh dengan pencemaran, ada kesannya kepada embun yang terjadi di dinihari.

Ucapkanlah kata maaf tulus dari hati saat tangan bertaut bersalaman (ops...jangan jana dosa pula menyentuh yang bukan mahram/muhrim).  Perkataan 'kosongkosong' itu di manakah yang menunjukkan ianya satu permohonan maaf?

Janganlah segalanya ingin diringkaskan hingga ianya jadi bagai mainan yang tidak membawa kepada penyentuhan jiwa...

Isnin, 21 Julai 2014

Rashidun Caliph Conference 2014...

Ini adalah catatan berjadual.  Untuk catatan terbaru, sila lihat di bawah catatan ini...


Sabtu (28/06/2014), bersama-sama dengan beberapa orang blogger, kakcik hadir ke NZ Curry House di Jalan Ampang.  Majlis ini dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd dengan kerjasama Denaihati Network.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mewar-warkan Rashidun Caliph Conference yang akan diadakan menjelang sambutan hari Kemerdekaan Negara yang ke 57 pada 30/8/2014 nanti.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa
,
Antara Lembaga Pengarah Tathweer

Simbolik penyampaian tiket seminar

Barisan blogger yang hadir bersama Ahli Lembaga Pengarah

Seperti biasa, walaupun suamiku bukan blogger
tapi beliau lebih peramah dari isterinya.  ;-)
Entah apa yang disembangkannya bersama Dato' Jaafar.

Rashidun Caliph Conference 2014 adalah seminar sehari yang akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membawa tema Past Experience - Future Lesson. Seminar ini akan berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 9.30 malam pada 30 Ogos 2014.

Antara aturcara yang akan diadakan adalah ceramah agama/forum yang dibarisi oleh ahli panel tempatan dan antarabangsa - antaranya : Dr.Reda Bedeir , Shaykh Faisal Abdul Razak , Sheikh Abdul Hakeem Waleed dan beberapa orang ilmuan Islam lagi.

Orang ramai termasuk bukan Muslim adalah dijemput untuk menghadiri seminar ini. Ianya bukan berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam semata-mata. Ia juga adalah bagaimana kita menerima Islam sebagai jalan dan panduan hidup.

Bayaran masuk adalah dikenakan sebanyak RM200.00. Walaubagaimanapun, bagi 300 pembeli pertama, tiket boleh didapati dengan harga RM150.00. Kunjungi thatweer.com untuk mendapatkan tiket anda. 

Jom beramai-ramai kita berkunjung ke seminar ini demi untuk mendapatkan ilmu dunia dan akhirat. Tidak banyak pun, mungkin sedikit dapat juga kita ilmu sebagai bekalan kehidupan di sini dan di sana. InsyaAllah.

Iftar bersama blogger (#IBB2014) di Saloma Bistro...


Tarikh   : 19/07/2014
Tempat : Saloma Bistro, Jalan Ampang.

Masa kakcik dan suami tiba, para jemputan belum ramai yang tiba.  Iyalah, masih awal - 5.45petang. Acara petang itu adalah anjuran Denaihati Network dengan kerjasama Al-Ansar Health dan Yeo's Malaysia.  Kakcik ditempatkan di meja 21, manakala En Suami dan BS di meja 20.  

Baiklah, disebabkan belum ramai orang mari kita lihat antara makanan yang dihidangkan :





Jam 6.00 petang pun masih lengang

Terpinga-pinga berseorangan di meja ini
Tema pakaian malam itu 'Arabian Night'.  Makcik sarung
sajalah jubah yang ada dan boleh terus dibawa bersolat
tanpa perlu memakai telekung lagi.  Dah hampir sebulan
berpuasa makcik kekal 'montel'...hehehe

Aturcara Majlis

Barangan dalam 'goodie bag'

Ada gaya Arab ke?
Teman pertama di meja 21 - Aqilah Azmi, pelajar UIA, PJ.

Bersedia untuk menandatangani
'Perjanjian Persefahaman' antara Denaihati
Network dan Al-Ansar Health.


Gimik dari pihak Denaihati

Gimik dari Al-Ansar Health

Termetrai Perjanjian dan Persefahaman

Tazkirah dari Ustaz Effendi

Persembahan nasyid 

Teman semeja punya makanan

Ini makcik punya

Persembahan dari Muadz Dzulkefli

Makcik bersama blogger Datin Tyka dan Nor Atikah Baki

Alamak! Hazman Fadzil belum bersedia.

Makcik pulak mengetap bibir - bersama Hidayah dan
suaminya Hitam Keris Emas dan Hazman Fadzil.
Ucapan jutaan terima kasih kepada penganjur majlis ini.  Majlis juga turut dihadiri oleh warga emas dan anak-anak yatim/miskin dari Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim/Miskin Rukaiyah (KKR-Amal).

Jumaat, 18 Julai 2014

Ayam goreng bersalut rangup...

Sesungguhnya maut tak pernah jauh dari kita...

...kita mungkin dijemput saat sedang tidur atau sedang ketawa atau sedang leka atau sudah bersedia atau dalam keadaan apa juga...

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga 280 penumpang (majoritinya dari Belanda) dan 15 anak kapal #MH17.  Dikhabarkan juga 20 orang isi perut pesawat itu terdiri dari warga Malaysia termasuk bayi.

Dugaan yang datang adalah untuk kita mengambil pengajaran - bukan untuk mereka yang terlibat secara langsung sahaja, tetapi untuk kita juga...

#masihmengharap #doauntukmh370

Rabu, 16 Julai 2014

Iftar di Satay Station - hanya RM55.00 dan makan selagi terdaya...

Tarikh  : 15 Julai 2014 = 17 Ramadhan 1435H
Tempat :  Satay Station Ampang Waterfront

Kami anak beranak berbuka di sini atas pelawaan Along.

Siapa yang ingin berbuka dengan selesa, solat Maghrib sebelum terus menjamu selera, bolehlah berkunjung ke sini.  Pelbagai makanan yang rasanya tak akan mampu untuk dijamah semua, sedia menanti anda.  Premis yang luas dan bersih (mendapat taraf A dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya) tidak akan membuatkan anda terasa sesak.  Makanan yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka, cuma sayang tak mungkin dapat kita rasa semua...

Hidangan yang disediakan khusus sepanjang bulan Ramadhan sahaja.  Di bulan-bulan lain, hidangan yang ada di sini cuma satay, mee rebus dan sup daging.  Mari lihat apa yang disediakan di sini (ada hidangan yang terlepas untuk diambil gambarnya)...

Ada pemuzik yang memainkan lagu-lagu asli
yang lunak didengar.













Pasangan penaja

RM55.00 untuk dewasa dan RM28.00 untuk
kanak-kanak.  Ada nombor telefon di situ
sekiranya ingin menempah tempat.

Ini bukan salah satu hidangan.  Ini adalah budak kecil yang
sangat baik - memberi peluang kepada ibu-bapa, datuk-nenek
dan pakcik-pakciknya makan dengan selesa.