Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Ogos 2011

Hadiah hari lahir merangkap hari raya...

Terima kasih adik-adik perempuanku - Pn. Roos Haini dan Pn. Suaina yang menghadiahkan beg ini kepada ku...




Isnin, 29 Ogos 2011

Makan... makan... dan makan...

Jumaat = 26/08/2011.  Makan di Juara Tomyam, Kg Baru.  Ditaja sepenuhnya oleh Along :






Angah dan Bangcik - eh! yang mana abang yang mana adik?

Sabtu = 27/08/2011.  Suami bawa kami berbuka di Hotel Istana.  Berbuka kali terakhir tahun ini bersama Lokman dan Bakri sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing dengan bas jam 9.00 malam dari Hentian Putra.











Salam Aidil Fitri...

Catatan melekat sehingga 30/08/2011

Kepada rakan-rakanku yang dikasihi, sudi-sudikanlah terima kad ucapan dariku ini ....




Suatu tengahari Ahad ...

... di satu lorong di Kuala Lumpur ...













Kepala yang sakit bertambah sakit dan aku jadi keliru, apakah aku sedang berada di bumi Melayu?


Ahad, 28 Ogos 2011

Jom kemas rumah...



Kenapa tu Lokman?  Kena dera dengan Adik ya?

Hehehe... comel tak saya?

Balik kampung nanti, mungkin ini menjadi satu kenangan buat Bakri.

'Tuan Besar' sedang memberi arahan kepada bala tenteranya.

Nampak sangat yang sebenarnya si BS ni suka main air.

Walaupun ruangnya kecil, rumahku adalah syurgaku.

Tiada perabut baru.  Cuma tukar permaidani sahaja.

Kesian Lokman dan Bakri.  Penat diaorang.  InsyaAllah, pagi ini mereka telah sampai ke kampung halaman mereka di Narathiwat.

Bangcik tunjuk macho.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Raya tahun lepas...

pak masih ada
walaupun pak tak sesihat mana
tapi pak masih mengharap-harap juga
agar wajah itu menunjukkan muka

pak tetap tertanya-tanya
tidak adakah khabar berita
lalu harus kuberikan jawapan yang bagaimana
melainkan kupinta pak lupakan sahaja

memang apa yang kuucap kejam bunyinya
tapi adakah yang tahu bahawa hatiku turut luka
aku tak sanggup melihat pak berwajah duka
dan sesekali kulihat pak menyeka airmata

raya tahun ini pak telah tiada
pemergiannya sangat kuterasa
bersama sesalku yang masih bersisa
kudoakan sejahteralah pak di sana

Anak-anakku bersama Pak di Hari Raya tahun lepas.


Kepulangan yang dinanti (Aman Shah) ...



Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali


Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali


( korus )


Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata


Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali


( ulang dari mula )


Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Pesanan buat kawan-kawanku (dan diriku juga) :  berhati-hatilah walau di mana sahaja berada.  Dalam kita bergembira, ingatlah sama pada yang tiada.  Semoga di Syawal ini, kita tidak kehilangan atau kekurangan apa-apa.


Khamis, 25 Ogos 2011

Kad raya dari Amy / Lauk-pauk...

Kad raya yang baru diterima dari Amy Sinar Raudah.  Terima kasih dik. :)

Jom tengok gambar lauk-pauk, mana tahu boleh dijadikan ilham untuk dimasak sebagai hidangan berbuka/bersahur nanti...

Bawal goreng berlada


Cencaru sumbat kelapa

Kari daging dengan kentang

Tenggiri tumis asam

Sambal tumis udang

Teh O yang mesti ada di waktu berbuka dan bersahur (tak habis simpan dalam peti ais) ;-)

Eh! Anak Arab Sepet mana pulak ni???