Kawan-kawan kakcik

Rabu, 30 Oktober 2013

Hari ini hari Rabu...

...otak dah makin tepu
hendak bercerita makin tak tahu
bukan boleh nak lebih-lebih merapu
nanti orang nak baca pun naik berbulu...


Tayang gambar muka tak sudah...

Selasa, 29 Oktober 2013

Karenah anak...

Selalu merasakan mereka lebih bijak
Tak mahu lagi mendengar arahan makbapak
Lupa kepada tangan yang membasuh kencing dan berak
Teguran makbapak didengar dengan rasa jelak

Tapi makbapak tak henti berdoa
Jadilah anak orang yang berjaya
Bila dah senang dan jadi orang kaya
Janganlah makbapak tak dipandang walau sebelah mata

Isnin, 28 Oktober 2013

Secantik mana pun sesuatu bekas...

...ia hanyalah benda yang tidak punya upaya.  Diisi apapun,  takkan mampu ia membantah...

Apakah kita juga hanyalah sebuah bekas?

Jumaat, 25 Oktober 2013

Jangan asyik 'kita' sahaja...

Kita nafikan penglibatan orang lain bila ianya 'membawa' nama baik

Kita malas nak ucapkan terima kasih bila orang berbuat sesuatu yang baik untuk kita

Kita lindungkan kebaikan orang semata-mata kerana hendak menonjolkan diri kita

Kata Prof. Dr. Muhaya di TV9 pagi tadi 'kalau orang tu asyik nak menang,  kita jabat tangan dia dan kata 'baiklah, awak menang.  Ambillah hadiah awak.''

Rabu, 23 Oktober 2013

Berbaloikah hasil dengan usaha yang dilakukan?...

Agaknya iklan yang manakah di tiang ini akan cepat menarik perhatian.  Bukan sekadar perhatian, tapi mudah juga untuk di baca...

Isnin, 21 Oktober 2013

Baiklah...aku sudah sangat penat! ...



Berjalan kaki ke Singapura
Bawa bekalan tauge dan kucai
Selama mana harus berpura-pura
Sedangkan hati kian berkecai
Ah... yang terjadi tetap terjadi..
.
Gambar hiasan : mangga muda di hadapan rumah.   Entah sempat membesar entahkan tidak...

Ahad, 20 Oktober 2013

Semanis mana pun madu...

...bukan semua orang melihatnya dengan bernafsu.

Dihias cantik dan diperagakan mahupun diniagakan dengan harga yang mahal dan khasiatnya diwar-warkan, namun diam menyepi dan membeku tanpa ada yang memperdulikan...


Khamis, 17 Oktober 2013

Kalau orang tiada yang betul...

...apakah kita sentiasa sempurna?

Bila setiap kali kita letak status di facebook contohnya, semuanya tentang 'ketidakbetulan' orang lain,  adakah kita betul menceritakan hal orang itu???

(Ingatan untuk diriku yang sering lupa )

Gambar hiasan : kalau mendengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan...

Isnin, 14 Oktober 2013

Apa yang kita harapkan dari seorang kawan?...

...kesetiaan?

 ...kesefahaman?

 ...ketelusan?

 ...kejujuran?

 ...kasih-sayang?

 atau apa lagi???


 dan apa pula yang boleh kita beri kepada kawan kita?

 ...kebahagiaan?

 ...kebolehpercayaan?

 ...bahu untuk melepaskan tangisan?

 ...rahsia mereka tetap tersimpan?

 ...keterbukaan yang mungkin menyakitkan?

 atau kita hanya boleh menerima tapi tidak boleh memberi???

 Salam Aidil Adha kawan-kawanku, adik-adikku dan anak-anakku...

Jumaat, 11 Oktober 2013

Susahnya hendak bercerita...

...bertambah susah pula bila teman-teman tak sempat hendak disapa mahupun teguran hendak di balas semula...

Salam Jumaat kawan-kawan.   Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut Aidil Adha...


Gambar hiasan : biarpun titis-titis air itu jelas kelihatan,  tapi berapa lamakah ia dapat bertahan?

Khamis, 10 Oktober 2013

Kemegahan yang tak diendah...

...kerana ia terbentang di hadapan mata lalu kita buat bena tak bena
tapi bila ia di tempat orang, tidak segan silu kita menjulang...

Begitu juga dengan ibubapa. Kerana kita di bawah tanggungjawab mereka, kita rasa untuk apa ucapan terima kasih disua.  Saat kita masih perlu dimanja lalu Tuhan mengambil mereka,  maka apakah yang akan kita rasa?

Barukah kita teringat untuk menghargai mereka?

Gambar hiasan : sepanjang ia berdiri di situ tak sampai lima kali kujejakkan kaki ke situ...

Rabu, 9 Oktober 2013

Pagi ini suamiku berpesan lagi...

'Makan. Makan makanan panas'

'Banyakkan makan sayur'

'Jangan minum ais atau minuman sejuk'

'JANGAN BERDIET - lemak dah banyak hilang tu nanti badan senang jadi sejuk'

Iyalah abang oiiiii.  Saya tahu abang sayangkan saya... hehehe

Isnin, 7 Oktober 2013

"Makan, jangan diet"

Itu kata En. Suami kepadaku.

'Muka tu dah cengkung' katanya lagi.

Masalahnya,  aku bukan berdiet. Tapi...

Bila aku makan, banyak yang rasa tak kena.  Bila dah terbiasa tak lalu makan, tengok makanan pun aku dah boleh rasa kenyang...

Gambar hiasan : cuaca di Kuala Lumpur  adalah sangat panas...

Helang...

di dada langit kulihat ia terbang
dengan sayapnya yang luas terdepang
melayang dengan wajah garang
sambil mengintai adakah peluang

hati-hatilah duhai helang
walau siang maknanya terang
bukan bermakna ribut tak datang
kuasa Allah tiada yang dapat menghalang
garang kamu ada lagi yang lebih garang...

Gambar yang tiada kena mengena... bila habitat mereka diteroka, salahkah mereka untuk rasa murka?

Sabtu, 5 Oktober 2013

Bila aku berkawan...

...kuharap persahabatan akan kekal bepanjangan

tapi di luar kesedaran

dek sikapku yang tak keruan

perlahan-lahan kukehilangan kawan...

Salam hari Sabtu kawan2...

Jumaat, 4 Oktober 2013

Love you Mr. Arrogant - tiba-tiba aku jatuh cinta...

Gila apa aku nak jatuh cinta pada Azlee Khairi (Zafriel Irham) yang sebaya anakku itu?

Sebenarnya aku jatuh cinta dengan watak Zaara Amirah yang dilakonkan oleh Zara Zya (aku tak pernah kenal siapa dia ini).

Watak  lurus bendul dan 'bodoh-bodoh alang'nya sangat mencuit hatiku hingga aku boleh gelak sorang-sorang!

Khamis, 3 Oktober 2013

Hari ini tak ada cerita...

...tuan tanah kedaung nak melayan perasaan dulu...

Untuk para guru, berhati-hatilah dengan emel palsu ini...

Rabu, 2 Oktober 2013

Dengan alasan 'manusia tak pernah sempurna'...

...hati orang sewenangnya dirobek luka

kemudian dengan selamba dituturkan kat

'maaf saya tak sengaja'

atau

'saya cuma manusia biasa'

lalu, kemudian dan kemudiannya
selepas dan selepasnya
kesilapan yang di sengajakan pun akan berulang dan diulang
lagi dan lagi
berkali - kali
kerana ada alasan yang sama
'Kita tak pernah sempurna'

Filem BENCINTA adalah filem ENOUGH versi Melayu...

Filem Melayu menampilkan Nora Danish dan filem Inggeris menampilkan Jennifer Lopez...

Siapa dah tengok filem BENCINTA? Sama lebih 90% jalan ceritanya dengan filem ENOUGH ini, kan?...

The film begins in a Los Angeles diner where a waitress named Slim (Jennifer Lopez) works with her best friend, Ginny (Juliette Lewis). She receives romantic advances from a customer who teases her about her name, and she reveals that "Slim" isn't her actual name. She is rescued by a man named Mitch Hiller (Billy Campbell), who "stops" the man from coming on to her. Slim falls in love with Mitch, they marry and have a child named Gracie (Tessa Allen).

However, Slim finds out Mitch has been cheating on her with a woman named Darcelle. She confronts him and he admits it, while also insisting Darcelle means nothing to him. Slim becomes angry and threatens to leave, enraging Mitch who becomes violent, slapping and punching her in the face. He warns her, telling Slim that he makes the money and gets to whatever he likes, implying he wants an open marriage. Mitch refuses to stop his affair unless she wants to fight him. He stops her attempts to call his mother.

When Slim does confide in Mitch's mother (Janet Carroll), she asks her what she did to make Mitch angry, implying he has a history of physical abuse. Ginny advises Slim to leave Mitch, but Slim doesn't want to hurt Gracie. She then goes to pick up Gracie from school to discover Mitch had already picked her up. Panicked that Mitch might have left town with her, she calls Mitch, who tells her that he took Gracie to the zoo. That night, during dinner, Mitch further insults Slim for confiding in his mother, while staying civil in front of Gracie.

Having had enough, Slim plans to escape. However, while escaping late at night, Mitch foils her by grabbing her by the hair. He throws her to the ground and begins kicking her in the chest, while Gracie is asleep on the sofa. Luckily, Slim had her friends outside the house. They break in and Mitch threatens them with a gun, before Phil (Christopher Maher) picks up Gracie to use as a shield while exhorting her to look at her father. Unable to shoot the man with Gracie watching him, Mitch lets Slim escape. Slim retreats to a cheap motel, having had her credit cards frozen by Mitch.

Slim goes on the run to Seattle where she briefly stays with her old boyfriend Joe (Dan Futterman), before some of Mitch's friends disguised as FBI agents investigating a kidnapping show up at Joe's house. She leaves Joe behind and in need of money, goes to her father (Fred Ward). The man, named Jupiter, claims that Slim is not his daughter and gives them only $12, thinking they are homeless and want money. Slim leaves, hardhearted at Jupiter, and moves with Gracie to Michigan. However, after Jupiter is threatened by Mitch's men, he decides to help. He sends them enough money for a house in his Buy Slim a House Fund. In Michigan, Slim buys a house and changes her name to Erin Shleeter. Although their future looks bright after a visit from Joe, Mitch tracks them down and attacks Slim.

This time, she is prepared, having pepper spray and an escape plan. A car chase ensues between Slim and one of Mitch's friends (Noah Wyle, who had disguised himself as a love interest to Slim), while Gracie screams in the background. Eventually, Slim goes into hiding in San Francisco, hires a woman who looks like her to keep her cover, and sends Gracie on vacation to Hawaii with her best friend to get her out of harm's way.

 She prepares herself with self-defense trainer (Bruce A. Young) who teaches her Krav Maga, since self defense is not murder. He tells her the hardest lesson - if he hits her, hold on to his voice and awaken when he is about to attack or kick her. She returns to Los Angeles, breaks into Mitch's new home and traps him there, after hiding his guns and blocking the phone connections, so he cannot call the police. When he says he cannot hit her, she asks him why he could do it before when she was defenseless. In the ensuing fight Slim uses her new skills, beating Mitch badly. She calls Ginny saying she cannot kill him, and while she is distracted Mitch hits her from behind with a lamp. Slim repeats what she learned in her lessons and trips, beats and kicks him in the chest to send him off a balcony to his death. She calls the police, who rule her actions as self-defense. With Mitch no longer a threat, Slim and Gracie go on to live a happy life in Seattle with Joe.

Omakane - sosej segera yang boleh terus dimakan...

...kakcik 'kenal' sosej ini sewaktu perhimpunan pagi yang dianjurkan oleh Jabatan. Ianya salah satu 'benda' yang terdapat dalam beg untuk semua yang hadir...

Selasa, 1 Oktober 2013

Seawal pagi aku keluar rumah...

... sudah tentulah tujuannya ke tempat kerja. Selalunya seusai solat subuh, kami tiga beranak (Aku, suami dan Angah - dulunya berpuluh tahun, hanya kami berdua), akan keluar. Rutin yang sama selama puluhan tahun membuatkan aku dan suami tidak merasakan keluar awal itu satu bebanan.

Hari minggu pun kami akan bangun awal kerana telah terbiasa. Kadangkala kami akan keluar berdua untuk bersarapan. Eh! sebenarnya aku nak cerita hal lain..

. Di awal pagi sewaktu keluar ke pejabat, aku akan dapat melihat ramai orang yang sebenarnya lebih awal keluar dariku sehinggakan aku terfikir 'di manakah mereka menunaikan Subuh?' (macamlah aku baik sangat nak pertikaian amal ibadat orang, kan?).

Kalau Subuh masuk cepat, maknanya cepatlah aku berada di atas jalanraya.

 Aku melihat ada anak-anak muda yang masih segar di awal pagi melepak di hadapan 'Pusat Internet'. Tak tahulah sama ada Pusat Internet itu dibuka sehingga pagi kerana lampunya kelihatan terang benderang.

 Ada juga anak-anak sekolah dalam seragam mereka, duduk atau berdiri di pinggir jalan menanti kenderaan menjemput mereka (semoga mereka menjadi anak-anak yang berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat).

 Ada pekerja syarikat pembersihan sedang menyapu sampah sambil mengesat peluh (mungkin saat itu anak-anak mereka sedang enak menganyam mimpi mengharapkan sinar mentari datang bersama rezeki).

 Ada kereta yang dipandu laju tanpa menghiraukan keselamatan orang lain (mungkin pemandunya baru sedar yang dia sepatutnya berada di rumah pada waktu itu).

 Ada bermacam pandangan yang boleh dihuraikan dengan seribu tafsiran. Maka, pastikah aku bahawa esok masih ada lagi pagi buatku?