Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Jun 2020

Lebuhraya sesak semula...

Pandangan melalui cermin sisi

Pandangan hadapan

Pemberitahuan

21/06/2020 = 29 Syawal 1441, bersama anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu dan adik-adik bersama keluarga mereka, makcik ke Gerik.  Di sana ada kakak makcik dan keluarganya.  (Kakak sebapa berlainan ibu).

Sehari sebelumnya, kami bergerak dari Kuala Lumpur dan bermalam semalaman di Kuala Kangsar.  (Nanti cerita kemudian).  Balik dari Gerik ke Kuala Lumpur, kami yang menaiki 5 buah kereta, terperangkap dalam kesesakan di lebuhraya.  Tempoh perjalanan bertambah 2 jam (mujur tak 12 jam...hahaha).

Oh...semua orang mengambil kesempatan untuk keluar sarang selepas lebihkurang 3 bulan terkurung.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke rumah walaupun pinggang rasa nak patah...

Ahad, 14 Jun 2020

Apa khabar semua?...

Semoga semuanya baik-baik sahaja.

Makcik masih mencari 'rentak' untuk kembali mencoretkan sesuatu di sini.  Hendak dibiarkan terus berkubur, sayang pula rasanya...

Adik beradik jangan berkelahi
Ingatlah dari mana kita bermula
Andai ada izin Ilahi
Pasti kita bertemu semula.