Kawan-kawan kakcik

Ahad, 16 Oktober 2011

Pertemuan blogger (kemaskini) ...

InsyaAllah akan diadakan pada :

Tarikh : 23/10/2011 (Ahad)

Waktu : 2.00 petang hingga 7.00 malam

Tempat : Rumah Kakcik (alamat penuh akan diberi kemudian)
              Taman Kencana, Cheras
              (berhampiran Pandan Indah).


Diharap kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak dapat mengesahkan kehadiran di blog ini atau di blog Dr Faiz ini.

Tiada susunan aturcara kerana pertemuan ini hanyalah sebagai jambatan untuk menghubungkan silaturrahim sesama kita yang kebanyakannya hanya saling kenal melalui maya sahaja.

Seperkara lagi, jamuan di pertemuan ini akan diadakan secara 'potluck'.  Kalau boleh, minta nyatakan jenis makanan yang akan dibawa untuk memudahkan rakan-rakan lain menentukan jenis makanan mereka pula.

Apa-apa perkembangan, akan diberitahu dari masa ke masa.  Semoga apa yang kita rancangkan ini akan menjadi kenyataan. InsyaAllah.  Selain dari kakcik dan Daddy Ziyyad, kedatangan kawan-kawan dijangka akan disambut juga oleh Azieazah, gadisBunga dan AcuSayang.

Bujal X = spaghettinya
Azian  = kek coklat kukus
Marina Monroe  = sambal daging dan nasi impit/nasi lemak
AzeedA  = roti jala imported punya.
Ati Masrif = kek belang dan kek oren 
 Dato' LF = 50 bekas puding karamel
Akuzle  = cheesetart
gadisBunga  = kek tiramisu @ kek batik @ nasi ambeng
Ida nyanyisunyi = mee rebus
Wani si Ibu Muda = makanan kanak-kanak
HanisAzla  = pasta goreng


DIJANGKA HADIR SAMA (INSYAALLAH) :

Alamak! baru perasan senarai nama yang kakcik letak sebelum ini telah HILANG sebahagian darinya! :( 

Diharap kawan-kawan yang telah pasti akan hadir dapat membuat pengesahan sekali lagi, ya.


94 ulasan:

  1. bestnya, mcm berminat, tp nak kena tny 'tok ketua', sbb dia byk agenda :-)

    semoga pertemuan kerana Allah ni dipermudahkan dan diberkati :-)

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan pertemuan blogger2.. ayu tumpang happy.........
    nak attend. aduhai..
    jauhnya jarak.

    BalasPadam
  3. kak cik...tadi wani nyatakan kat blog doktor nk buat puding gula hangus...

    tiba2 teringat, kakcik juga nak buat puding yg sama kan :)

    nanti wani fikir menu lain...hehe

    BalasPadam
  4. salam kak cik

    header kakcik nampak macam keluarga arab

    BalasPadam
  5. ok...dah komen kat blog DZ...
    insyaALLAH ye kakcik, ade rezeki dapat jumpa...

    BalasPadam
  6. insyaAllah kakcik, mmg sangat teringin bertemu sama kamu. masih punyer banyak waktu utk bagi keputusan. hehehehe

    BalasPadam
  7. seronoknya akak ..
    kalau dekat ieda leh jont .. tgk dari jauh je kak yeee :)

    BalasPadam
  8. Selamat bergembira kakcik dan rakan2.. weekend saya padat sehingga Nov...(hingga takat ini...)

    BalasPadam
  9. mesti bestkan, tapi apakan daya, jauh sgt tu

    BalasPadam
  10. Bilalah nak buat gathering di JB ye...

    BalasPadam
  11. Alahai kakcik, minta maaf tak dapat pergilah. Ada hal. Kita jumpa di alam maya jelah nampaknya. Selamat bergembira. Terima kasih atasjemputan.

    BalasPadam
  12. As'salammualaikum kak,

    Kalau dekat amy pergi nie tapi apakan daya jarak memisahkan kita...huhu, semoga ada rezeki kita bertemu nanti ye kak...

    BalasPadam
  13. Nanti kena listdown apa menu yang akan kita sumbangkan.

    Azie, insyaAllah ada. Dari pagi... Jadi Orang Kanan kakcik!

    BalasPadam
  14. kak chik doakan cik ina berminat, cik ina pemalulah, bagi peluang cik ina fikir ye.

    BalasPadam
  15. hmmm.. pikir dulu. nanti kpah bagitau ye.

    BalasPadam
  16. sebulan lagi. sempat kot saya turun barang 5-6 kilo. heheh!!!

    BalasPadam
  17. Assalamualaikom kakcik.. :)

    teman takat ni lom ade apepe tarikh tu.. insyaAllah akan join. anggaran menu - dadih & kek besdei anak bongsu teman :D

    BalasPadam
  18. kakcik, sy harap dpt join, kalau sy dpt turun kl.. doa2kan lah yer..
    p/s:smlm internet mmg meragam..

    BalasPadam
  19. Kakcik, ela baca mcm best jer. InsyaAllah kalau tak ada apa-apa halangan, bolehlah ela ke sana. Tp jauh di sudut hati .. "segan". Hihi

    BalasPadam
  20. kakcik camne ni ati pun ingat
    nak bawa kek juga...tapi
    bukan kukuslah

    rasanya nak bawa kek belang
    dan kek oren ...ok ye :)

    BalasPadam
  21. Ella...

    tiada apa yang hendak disegankan. Datanglah, ya? :)

    BalasPadam
  22. wahh best nya. tapi saya ni kalau first time jumpa org, mesti kelu semacam..pemalu gitu..hikhikhik..

    BalasPadam
  23. ida baru tahu hal ni..insyallah ida cuba aturkan jika dapat datang ida akan bagitahu kak cik..ada sebulaan lagi insyallah...

    BalasPadam
  24. seronoknya...
    nak gak join skali tp ada agenda lain...amik gmbr byk2 tau kakcik

    BalasPadam
  25. selamat untuk kakcik...tentu ramai akan datang....

    BalasPadam
  26. tgk blk snarai mcm byk cucimulutnye.. nnti tmn kabor balik le dgn kakcik ape nk dibawak. yg kek tu kompom ye.. :)

    BalasPadam
  27. nanti saya cek jadual..kalau takde hal nak juga bertemu.

    pasal makanan, bila dah confirm akan bgtahu apa nak bwk.

    BalasPadam
  28. kakcik..
    teringin nak jumpa tapi kalau keadaan kesihatan tak mengizinkan maka mampu tengok di blog kakcik je nanti.. sebab masih belum larat nak jalan jauh (takdelah jauh mana dari Klang ke Cheras)

    BalasPadam
  29. salam kakcik,

    saya cadang nak join jugak nanti :)

    BalasPadam
  30. Insya Allah kakcik.. Kalau en. suami tak kerja sampailah saya kat sana. ada rezeki bertemulah kita.

    BalasPadam
  31. wah bestnyer..tringin gak bkumpul mcm tu.. hihihi

    BalasPadam
  32. so far 24 org termasuk kakcik... kne pk juadah cepat2 neh....heeeeee

    BalasPadam
  33. harap2 di berikan kelapangan untuk menghadirkan diri nanti.. rasa macam nak pergi blind date pun ada sebab sebelum ni tak pernah bertemu dgn semua.. he..he.. kalau saya dpt dtg cadangnya nak bawa pasta goreng.. yg simple2 aje saya boleh masak..

    BalasPadam
  34. Assalamualaikum...

    Sebenarnya teringin juga pergi tapi jaraknya terlalu jauh..

    Terima kasih atas jemputan..

    BalasPadam
  35. akak..nama putubambu 2x akak bubuh kat depan tu kak...

    sabor kak..saya pun excited gak ni..ekekke...

    BalasPadam
  36. besnya...kita jauh, klu dekat, tentu bole joint..

    harap semua brjalan spt yg dijadualkan..

    BalasPadam
  37. jelesnya kakcik.....saya jauh..
    kalau tk saya mesti datang dengan agar-agar lapis keladi saya....ahaks...

    BalasPadam
  38. SALAM,
    DAH BERITAHU SEBELUM INI, INSYAALLAH AKAN DATANG BERSAMA ISTERI. SEKARANG NAK BERITAHU PULAK, NAK BAWAK -- CARAMEL PUDDING (50 - DALAM BEKAS PLASTIK).

    BalasPadam
  39. ASSALAMUALAIKUMMMMM!! Ada orang bawak MEE MAMAK TAKKKK????? Heehehehee

    BalasPadam
  40. Dr Izat...

    datang tau! :)

    Dato LF...

    terima kasih. :)

    Fa...

    takde. Nanti Fa bawa ya? :)

    BalasPadam
  41. duh, kakcik lupakan sy...huhuhu.. insyaallah sy nk bwk cheese tart.. mknn berat dh ader bpe, kak?

    BalasPadam
  42. saya mungkin akan bawak kek tiramisu atau kek batik atau nasi ambeng.

    hihihi~

    BalasPadam
  43. lama dah teringin nak jumpa rakan blogger tapi tak pernah berkesempatan.huhuhu.....

    BalasPadam
  44. 'insyaallah cheesetart' tuh nama kuih terbaharu yea? jgn mare yer, kakcik? eheheheh....

    BalasPadam
  45. kakcik...update nama wani yek...

    wani goreng bihun je lah nanti...setelah difikir2 itu je yg pandai...ahaks!

    BalasPadam
  46. tkasih. maaf tak dapat join. bukan saja sebab jauh tapi IM rasa segan juga.

    BalasPadam
  47. SALAM,
    LF, ISTERI DAN ANAK (1) INSYAALLAH AKAN HADIR

    BalasPadam
  48. wah..bestnya dpt berkumpul, sya kt johor bc update kt blog je la

    My Latest Entry: Mood melayani Drama Melayu..

    BalasPadam
  49. ramainya blogger fofular..tiba2 saya jadi segan..hahaha..salam kenal kakcik..

    BalasPadam
  50. Dee...

    salam perkenalan. Jemputlah datang, tiada apa yang nak disegankan. Kita semua sama sahaja. :)

    BalasPadam
  51. x dpt menghadirkan diri sbb adik ipar nikah 22/10/2011..maybe lainkali leh join

    BalasPadam
  52. vavava,,,,,bestnya.....huhuhuuhu...D kat kedah....

    BalasPadam
  53. Salam Kak Cik,

    InsyaAllah, saya nak bawak pasta goreng.

    BalasPadam
  54. wahhhh....kakcik buat open house laaaa....ahakz...


    kakcik...apa maksud komen jadi spam erk...sorry kita ngak paham....ahakz...ada ke masalah dari blog kita erk...?

    BalasPadam
  55. wahhhh seronoknya!
    ramai nya blogger nk gather! :)
    ana nak p gak buleh? hehe




    luv,
    cik ana :)

    BalasPadam
  56. jeBateja...

    datanglah, nanti boleh kita cerita pasal spam. :)

    ana...

    tentu sahaja boleh datng, Dik. :)

    BalasPadam
  57. saya boleh dtg ker.... mcm berminat jer. tp say ablogger baharu.. belajar lagi pun....

    BalasPadam
  58. Assalamualaikum.
    Terbayang suasana riuh yang best.
    Kak G ada jemputan kahwin yang mesti diusahakan pergi juga. Jadi, tak berani la nak commit.
    Tapi boleh contribute saja. Kan? Insya Allah Kak G usahakan.

    BalasPadam
  59. Liza...

    datanglah. Tak kisah baru atau lama, kita boleh berkenalan secara nyata. :)

    Kak G...

    Wa'alaikummussalam. Terima kasih kerana memberikan perhatian. Kalau sempat, Kak G datanglah, ya? :)

    BalasPadam
  60. selamat bergathering utk semua kekawan...

    BalasPadam
  61. Assalamualaikum my lovely kakCiks..:)

    ..nampaknya..tinie bertandang dari jauhlah ni kuttt...

    Selamat Menjamu selera yaa kakcikS..dan semoga ukhwah terikat erat ..;)

    BalasPadam
  62. kakcik, sy leh dtg ker? hehee.. nama x masuk lam list pon.. uwaaaa!!

    p/s:maklum lah, sy bukan termasuk lam kakciknya bloglist...

    sob sob..sedey nih..

    BalasPadam
  63. Fatin...

    tiada dalam bloglist, bukan bermakna kakcik tak baca blog Fatin. Datanglah... nanti kakcik masukkan nama Fatin dalam senarai kehadiran, ya. :)

    BalasPadam
  64. syahdu nih. insya allah sy akan turun dari kuantan~

    BalasPadam
  65. kak cik sya akan cuba dayakan juga
    hadir tanpa enpakwe lah scuma dgn anak anak\sbb enpakwe dah pindah, tak baliklah seminggu sekali, 2 minggu sekali bolehlah dia balik.. ;p

    sya akan bawak kepek2 ye....

    BalasPadam
  66. Sya...

    kakcik harap Sya dapat hadir sama walaupun tak bawa apa2. Yang penting, dapat keizinan suami. :)

    BalasPadam
  67. Bestnyer kalau dapat join. Tp jauh la. Kalau g rmh akak kat2 ctu blh la.

    BalasPadam
  68. saya sah2 tak dapat pi..tapi dihari yang indah itu jangn la lupakan saya ye kakcik..
    shahdu tetibe..
    hehhe

    BalasPadam
  69. psstt kakcik.. tang imported tu pelan2 sikit hehehe.. dadih kalo sempat teman akan bwk juge.. kalo sempat tak dibaham oleh anak3 teman tuuuu ;)

    BalasPadam
  70. kakcik

    minta maaf la tak dapat hadir. bestnya ada jumpa-jumpa.

    kebetulan pula majlis sambut menantu belah lelaki pada tarikh tersebut.

    :P

    BalasPadam
  71. ramainya blogger akan berkumpul..moga ikatan abadi terjalin selamanya..

    BalasPadam
  72. kak cik,
    saya dapat tau dari wani ibu muda pasal gathering ni..nak join boleh tak..hehehe..actually baru first time sampai kat blog kak cik ni.. takpe ke..

    BalasPadam
  73. Rai...

    kakcik sangat mengalu2kan kedatangan Rai. Jemputlah, boleh kita berkenalan nanti. :)

    BalasPadam
  74. assalam kakcik..
    ida harap tiada apa2 halangan pada 23 hb ni..mudah2an..rasa berdebar2 pulak..malu pun ada ..ceewah...lagi satu takut tkde kenderaan masa tu sebab kereta kwn ida prblm skrg ni..harap2 akan ok nnti bila tiba masa.insyallah.

    BalasPadam
  75. kakcik..ade tema kaler tak??
    kot2lah nak bagi happening.. hikshiks!

    BalasPadam
  76. MDT...

    kakcik memang ada terfikir warna tema, apa2pun nanti kakcik bincangkan dengan Dr Faiz, ya. :)

    BalasPadam
  77. kakcik

    dengan rasa berat hati, saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir atas sebab masalah keluarga. saya doakan semoga perjumpaan ini berjaya dan berjalan dengan meriah.

    harap maaf kerana terpaksa menarik diri.

    BalasPadam
  78. wow...meriah sesangat.....rasanya teringin nak pi tapi ada kemungkinan saya kena pi bali pasal kerja...insyallah one day!

    BalasPadam
  79. assalamuaaikum...sukanya kalau boleh bersama-sama di sana.

    BalasPadam
  80. salam kak cik...

    saya confirm datang nanti :)

    BalasPadam
  81. Assalam kak cik...

    bestnye dapat bertemu rakan2 blogger... mcm nak ikut serta tapi kena tanya tuan ydp 1st...
    kalau kite dpt dtg kite bwk air gas aje boleh ke...

    BalasPadam
  82. sorry kakcik tak lepas..

    kite doakan semuanya berjalan dgn baik... Amin.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.