tapi aku bagai kehilangan kata-kata...
tentang resah yang menggila
kerana diri serba tidak upaya
untuk memenuhi nafsu dan selera
sedangkan kemampuan entah di mana
dengan poket yang tinggal syiling cuma
anak-anak begitu kehendaknya
diri sendiri begini pula
himpitan hidup nak salahkan siapa
bila diri sendiri tak pandai merencana
orang-orang besar hanya tahu bergendang
mengajak orang kecil sama berdendang
supaya isu besar terlepas pandang
lalu kepalsuan terus dijulang
eh! bukankah kuasa di tangan kita
konon-konon begitulah penyedap kata
bagai si gila talak mencari cina buta
lalu pasti ada yang akan terpedaya
Firman Allah SWT dalam Al Qur'an (Surah An-Nahl, Ayat 96 : (Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
nota hati : tak faham tidak mengapa, kerana aku menulis bukan kerana nama.
|
'Kesiannnn mak.. macam-macam nak fikir' |