Kawan-kawan kakcik
Khamis, 31 Mei 2012
Orang memberi, dengan malu-malu kakcik terima...
Matawang Thailand pemberian seseorang yang baru saja dikenali. Beliau adalah kakak ipar kepada anak angkat kakcik dan suami. |
Ini juga pemberian dari orang yang sama:
Buah Salak |
Rambutan |
Asam Jawa Manis |
Laici |
Pauh |
Yang ini pula pemberian seorang kawan yang mulanya dikenali melalui maya juga lebihkurang 5 tahun lalu...
Keropok dan... |
5 biji telur masin. |
3 helai kaftan ini pemberian suami buat kakcik. Lagi lebarlah badan kakcik sebab tak perasan pakai pakaian longgar! |
Baru kakcik perasan...
Rabu, 30 Mei 2012
Mari fikirkan...
Kakcik terima gambar-gambar ini melalui emel. Mungkin ramai juga yang telah melihatnya...
Perlukah kita ketawa tanpa memikirkan apa-apa?
Apa kakcik buat bila tinggal seorang diri di bilik hotel...
Mulanya kami ditempatkan di bilik ini... |
cukup selesa untuk dua orang, tapi suami tak berpuas hati... |
disebabkan masalah ini. |
Kami ditukarkan ke bilik ini... |
memang luas sangat... |
dan masalah tadi tiada lagi. |
Bila ditinggalkan keseorangan dan saluran TV pun tak banyak pilihan... |
drama Tamil pun kakcik layan! Mujur ada sarikata. |
Oh... kakcik tonton siaran ini juga... |
dan kakcik jadi terpana... |
Subhanallah. Merdunya suara dia dan sangat lancar dia membaca... |
Ingatkan tak mahu berkata-kata, tapi nanti orang tak faham pula...
Monyet (orang Kelantan panggil beruk) ini agak mendengar kata. Disuruh berdiri, dia berdiri. Siap buat aksi letak tangan di belakang pinggang. |
Tak silap kakcik, hidangan ini disebut COTEK. Ianya roti canai dengan telur separuh masak dan kuah bertakung. |
Kreatif, kan? Kerusi yang diperbuat dari tayar - di Rantau Panjang. |
Selasa, 29 Mei 2012
Jom tambah kawan melalui blog Elia Si JEJARIRUNCING...
Header blog Elia. Segmen tambah follower di catatan Elia DI SINI. |
Atas tanda TERIMA KASIH saya yang tak terhingga kepada korang semua, saya nak bagi hadiah kat korang. .SEGMEN TINGKATKAN FOLLOWERS DAN TRAFIK BLOG!!
Buat entri tak kesah la pasal apa apa pon. yang penting entri anda tu mestilah ada keyword JEJARIRUNCING kat tajuknya dan entri tu haruslah di-linkkan ke http://www.jejariruncing.blogspot.com/. tak kesah nak buat entri pasal blog saya ke, apa yg anda nk diupdate di blog ni ke, kata2 perangsang ke, ucapan tahniah ke, apa2 jelah. be creative. dah siap, pastekan link blog anda kat komen entri ni ye. Entri yang paling menarik akan dapat hadiah menarik dan juga anda akan dapat promosikan bloglink anda di blog saya! boleh kita kongsi dan tambahkan jumlah trafik dan followers anda!
Bagi kakcik, Elia adalah seorang gadis yang matang mendahului usianya. Walaupun menjadi perhatian selepas terbongkar kisah cintanya bersama penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan/Negara dan kemudiannya 'meletup' apabila kisah cintanya itu kecundang di tengah jalan, Elia tetap gadis biasa yang punya hala tuju kehidupan yang jitu.
Berkat sikap kentalnya yang tidak menjadikan kisah putus cinta sebagai batu penghalang untuk meneruskan hidup, dia berjaya menamatkan pengajiannya. Sekarang beliau sedang sibuk menghabiskan waktu yang ada dengan perkara-perkara berfaedah seperti menjalankan perniagaan bersama keluarga, menjadi model majalah dan juga menulis di mana semuanya memberikan beliau pulangan berbentuk kewangan tanpa menumpang nama sesiapa pun.
Bagi gadis-gadis yang ditinggalkan kekasih, berhentilah meratap. Contohilah Elia yang tidak lagi menoleh ke belakang untuk mengenang perkara yang telah berlalu biar apapun fitnah atau umpatan yang datang.
Untuk Elia, sesungguhnya Allah telah menentukan bahawa segala yang berlaku itu tetap ada hikmah di sebaliknya. Teruskanlah melangkah selagi langkah itu tidak tersasar dari landasan dan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Jom ke Rantau Panjang pula...
Kakcik hanya mengeluarkan duit di sini. Beli 'baju bola' ManCity untuk Budak Sepet dan MU untuk Bangcik. |
Sebelum tengahari, pelbagai jenis lauk-pauk telah tersedia. |
Aiskrim yang agak 'lain' cara penyediaannya. |
Hmmm... sampai terpaksa keluarkan duit lagi! |
Sebaik selesai mengempiskan poket dan dompet, para peserta dibawa makan di Restoran Malay Thai Seafood...
Pak Aji ni kata kepada kakcik : 'Apalah asyik ambil gambar tanpa model?'. Jadi, kakcik mintalah dia beraksi untuk kakcik rakamkan gayanya. :) |
Kerabu mangga. |
Daging masak merah. Disebabkan gigi kakcik sudah tidak kuat untuk mengunyah (serius ni), tak dapatlah kakcik menikmati keenakannya. |
Telur dadar - ha... yang ini kakcik boleh kunyah walaupun bahagian yang garing agak sukar juga bagi kakcik memamahnya. :( |
Tomyam putih ini memang sangat-sangat-sangat sedap bagi tekak kakcik. |
Entah apa saja yang mereka cari sampai bersesak-sesak begini! |
Langgan:
Catatan (Atom)