|
Waktu ini Ustaz belum tiba. Agaknya kaum Adam kian pupus kerana
kerusi 'di sebelah sana' kelihatan banyak yang kosong. |
|
Ada skrin besar untuk yang kurang nampak |
|
Untuk gambar yang kabur ini, sila salahkan kamera kakcik! |
|
|
Sebenarnya kakcik tak tunggu hingga habis program yang agak lewat bermula itu tadi. Sebabnya, kakcik dan suami ke Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi Aiman.
Antara yang kakcik ingat tadi, Ustaz kata :
i) Wanita dijadikan dengan perasaan malu. Tapi wanita sekarang telah banyak yang hilang rasa malu. Tidak malu hendak mendekati lelaki, termasuk ustaz. Sanggup 'menghimpit' untuk bergambar dan sebagainya.
ii) Wanita yang dalam edah, adalah masih hak suaminya kerana mereka boleh rujuk pada bila-bila masa (dalam waktu edah). Jadi, adalah haram untuk lelaki lain cuba 'mendekati' wanita itu - sama ada untuk berkenalan atau pun untuk meminang.
iii) Wanita yang baru kematian suami, janganlah bersolek dan berhias serta keluar rumah tanpa keperluan seperti keluar bekerja, ke kedai/pasar atau menghantar anak ke sekolah.
iv) Haram hukumnya membeza-bezakan tetamu di majlis perkahwinan. Contohnya, untuk tetamu 'utama' diberikan cenderahati yang mahal dan untuk tetamu lain diberikan buah tangan yang biasa-biasa sahaja.
v) Cabaran untuk mereka yang terlibat dalam bidang dakwah adalah sangat hebat. Sedangkan Rasulullah lagikan diuji, inikan pula manusia biasa. Hendak memanggil orang datang ke kuliah agama yang diberikan secara percuma pun sukar mendapat sambutan.
vi) Pelbagai rancangan hiburan/realiti adalah agenda untuk melalaikan umat Islam.
Bila ustaz mengalunkan ayat-ayat suci Al-Qur'an beserta terjemahannya, Subhanallah, meremang bulu roma kakcik. Terasa meresap hingga ke sudut hati.