Kawan-kawan kakcik

Khamis, 28 Februari 2013

Sama tak bentuknya?...

Baru perasan (memang jenis orang yang suka perasan) bentuk bibir kami adalah sama.  Namanya pun anak-beranak, kan?  :)







Belek-belek album lama, rasa teringin pulak nak makan ketam masak lemak...

... ada siapa sudi nak belanja? ;-)

Enak dimakan begitu saja...

... kalau gigi kuat mungkin bentuk sepit itu pun tidak kelihatan!


Kawan-kawan, maaf ya...

Catatan melekat buat sementara waktu...


Kalau sebelum ini, kakcik hanya tak sempat nak jawab komen atau tinggalkan jejak bila ke blog kawan-kawan, selepas ini mungkin kakcik langsung tak sempat nak singgah.  Nak kemaskini blog sendiri (walaupun secara berjadual) juga mungkin tak sempat...

Selasa, 26 Februari 2013

Cinta artis...

Semoga segera bersatu dalam ikatan yang sah dan berbahagia bersama hingga ke syurga....


Mereka akan bernikah bulan Julai nanti


Isnin, 25 Februari 2013

Jalan-jalan lagi di Melaka (23/02/2013)...


Pagi - jalan-jalan cari sarapan dulu di Mydin Mall.  Nasi Kerabu
bersama semangkuk sayur berharga RM9.00 - BS kata
'murahnya'.  Mentang-mentang bukan dia yang bayar! Sup
'gear box' semangkuk berharga RM12.00.  BS beli jam tangan.
Datang di tengahari, tempat ini sunyi sepi...

Ke  Medan Selera Ayer Keroh untuk menjamu selera,
malangnya hidangan tidak seperti dijangka...

Balik dulu ke hotel, layan BS dengan adik sepupunya mandi dulu.
Tengoklah gaya BS tu - 'sangat abang' kan?


Sementara menanti malam, jalan-jalan dulu sekitar Melaka.


Rupa-rupanya Medan Ikar Bakar ini meriah di waktu malam.


Mungkin kami salah memilih gerai!

Khamis, 21 Februari 2013

Jawapannya...

Dari kiri - plug kipas, pengecas telefon bimbit, plug seterika, pengecas telefon bimbit dan pengecas iPad. Ada yang meneka dengan betul-betul tepat tak? Kalau ada, maklumkan kepada kakcik ya... Mungkin kakcik terlepas pandang.

Kalau sudah jodoh...

Tahniah buat Farah Asyikin dan suaminya Zaahier (yang berasal dari Cape Town). Hanya dengan perkenalan selama dua bulan melalui twitter, ditakdirkan Allah bertemu jodoh mereka.   Semoga berpanjangan jodoh dan bahagia bersama hingga ke syurga...

Gambar diambil dari sisipan MEGA, Utusan Malaysia
bertarikh 21.02.2013 dan kuedit sesuka hati...

Rasa hatiku...

ada sayu, sendu dan pilu yang sebabnya aku tak tahu
ada gembira tapi tertanya-tanya
ada resah dan rasa payah




Ah....



entah apa-apalah...




P/s : aku cuba membalas jejak kalian, aku juga cuba membalas sapaan kalian. Bagaimanapun, masaku bagai tak teruruskan. Bukan sibuk kerana kalau aku kata aku sibuk, yang jelasnya aku berbohong. Tapi aku sendiri tak pasti dengan kata hati ini. Mungkin aku harus 'berhenti dari menyanyi dan berlari di sini...'



InsyaAllah petang esok akan turun ke Melaka lagi...

Cuba teka...

Ada lima 'plug' di situ. Untuk apakah kegunaan setiap satunya?

Rabu, 20 Februari 2013

Walau hanya 3 biji limau kecil...

...pemberian itu harus diterima dengan senyuman (^_^)

Dua hari sahaja lagi...

... dan aku akan meninggalkan 'tempat' ini. Adakah yang rasa suka bila kelibatku tiada lagi di depan mata? Ah! Fikirkan yang positif sahaja kerana rasa benci hanya akan membunuh rasa hati!

Lauk yang kumasak awal pagi tadi - rasanya pedas ...

Selasa, 19 Februari 2013

Dalam Setiap Sujud - apa yang ingin disampaikan sebenarnya?...

Kisahnya kisah biasa. Tentang 'kahwin kerana terpaksa atas kehendak keluarga'. Suami tak suka pada isteri kerana telah ada kekasih yang berjanji untuk sehidup semati. Kesudahan drama ini rasanya boleh diagak.



Aku menonton drama ini hanya bila TERtonton.


Watak isteri yang dilakonkan oleh Nur Fathia kononnya seorang yang taat kepada agama, tidak tinggal solat, sangat patuh kepada ibubapa dan suami.  Begitu juga dengan watak ibu mertuanya yang dilakonkan oleh Rozie Othman.  Sentiasa mengingatkan anak menantu supaya tidak tinggal solat dan ingat kepada Tuhan.  Tapi kedua-dua watak ini, tidak mencerminkan muslimah yang taat kepada suruhan agama apabila 'tidak dipakaikan' dengan pakaian yang menutup aurat seperti yang diwajibkan dalam agama Islam.

Kedua-duanya mewarnakan rambut.  Pakaian yang dipakai oleh si ibu mertua juga adalah perlambangan 'wanita moden lagi urban' sampai boleh nampak tali baju dalam di atas bahunya.

Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam drama ini ialah 'wanita yang tidak menutup aurat juga tidak pernah lupakan solat dan Tuhan' atau 'wanita yang bertudung itu tidak semestinya lebih baik dari wanita yang tidak bertudung'?

Arahan untuk menutup aurat jelas di nyatakan di dalam kitab suci Al Quran :


Isnin, 18 Februari 2013

Bila ianya tidak dirancang...

... tahu-tahu ianya terjadi.

Ahad = 17/2/2013.

Balik dari bersarapan dengan En. Suami, mulalah menghadap iPad.  Nampak ada pesanan di facebook dari SiRibenMerah (Iyra).  Setelah berbalas-balas pesanan, kami bersetuju untuk ke Musollah Ehsan iatu kediaman Dato' LF.  Disebabkan kereta En Suami tiada, Iyra bersetuju untuk mengambilku di rumah dan kami akan ke Bandar Baru Bangi dengan kereta Iyra sahaja.

Sementara menanti ketibaan Iyra, aku terperasan bahawa Dato' LF ada 'berbincang' dengan Ida Nyanyisunyi yang blognya dah sunyi sepi bahawa mereka bercadang untuk bersarapan di rumah Anaa (blog Anaa juga dah bersawang!).  Tiba- tiba saja aku menyampuk di facebook dengan mengatakan aku ingin menyertai mereka!  Mujur Iyra tiada masalah untuk ke sana walaupun kami sama-sama tak pernah sampai ke kawasan rumah Anaa.  Akhirnya, sampai juga kami ke rumah Anaa.

Dari rumah Anaa, aku dan Iyra mengekori kereta Dato' LF untuk ke Musollah Ehsan pula.  Melepak di rumah Dato' dan Datin.  Tumpang solat Zohor dan suka-suka hati buat macam rumah sendiri sampai petang.  Elok sahaja kami masuk kereta dan ingin meninggalkan rumah Dato', sebuah kereta mewah meluncur masuk.  Aku dan Iyra tak jadi balik kerana kami ingin bertemu dengan tetamu yang baru sampai itu.  Maka, bertemulah kami dengan En. Azhan bersama isteri dan anak-anaknya...

Hero-hero kesayangan Anaa (termasuk yag di belakang itu)

Blogger Bunga Mawar, Datin Aishah dan Iyra.


Zara - cucu Dato' dan Datin ini hanya 'melekat' dengan neneknya.

Datin Aishah memperkenalkan bunga kesidang yang wangi kepadaku.


Mereka yang menceriakan hariku.

Duduk sebelah orang berbadan kecil, lagilah terserlah kegemukanku!

Ahad, 17 Februari 2013

Mohamad Adam Firdaus : 16/2/2013...

...tidak banyak perubahan terhadap kesihatan anak kecil ini. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya. Semoga juga ibuayah dan keluarga Adam redha dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal terjadi ...



Sabtu, 16 Februari 2013

Aku dan adik-adikku...

Puluhan tahun yang lalu...

Bila celik mata...

... yang selalu terlintas di kepala :
nak makan apa
nak pergi ke mana
nak pakai baju apa
berapa lagi duit yang ada
nak itu nak ini nak segala
segalanya keperluan dunia
bagi ibubapa anaklah yang utama
bagi anak-anak ibubapa entah tempat keberapa

Tapi...
semuanya bagai lupa
semua ini sebenarnya milik siapa...
teringatkah kita untuk bersyukur kepadaNya
sebaik sahaja terjaga dari lena...

Jumaat, 15 Februari 2013

Dalam melayan kebuntuan ini...



tak perlu mengharapkan orang lain mengerti
tak perlu juga untuk ternanti-nanti
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
tentang apa yang tersirat di sudut hati

Usah tolak rezeki...

Rezeki itu sebenarnya dari Allah, jika Dia tidak mengizinkannya untuk sampai kepada kita, apa cara pun tidak akan sampai juga...

Khamis, 14 Februari 2013

Jawapan Siti...

Kakcik ambil dari blog Beautifulnara :





Hari Valentino Rossi?...

Dari pagi terdengar penyampai-penyampai Radio EraFM menyebut tentang 'Hari Valentino Rossi'.  Apakah maksudnya itu?  Mungkinkah kerana tak boleh mewar-warkan tentang Valentine's Day, maka di'koner-koner'kan menjadi hari Valentino Rossi?  Entah, aku tak faham sebab aku memang kolot...


Sarung cincin pertunangan dengan memakai seluar koyak?

Sekali lagi - tajuk adalah sangat panjang!


Entah ke mana perginya adat Melayu yang penuh sopan santun!
(Mungkin sekadar membelek cincin yang telah disarungkan
oleh ibu atau keluarga terdekat, tapi gaya ini tetap tidak elok
dipertontonkan.  Entahlah...)



Rabu, 13 Februari 2013

Miri dan Mulu - gambar-gambar kitar semula...

Gambar-gambar dirakam sewaktu kakcik ke Miri dan Mulu, Sarawak pada awal bulan Mac, 2010...

Bagai kapas yang berserakan

Di kala senja menjelang

Matahari yang bagai ingin menyorok ke dalam lautan

Bagai kapas dibusar

Bilik yang luas di Royal Mulu

Kenangan yang tak boleh dilupakan - minta Fresh Orange
dapatlah buah oren.  Sepatutnya minta Orange Juice!
Hidangan ini (termasuk sandwich itu) berharga RM16.00

Tenang dan damai

Tak mampu untuk ditumpang - RM90 untuk 45 minit menyusuri
sungai Mulu

Makcik yang tak habis-habis berangan!

Mungkinkah agaknya dapat bercuti ke sana lagi?