Kawan-kawan kakcik
Jumaat, 28 Februari 2014
Bercuti dan bergembira cara kami suami isteri...
Cerita 'dalam kain' di petang Khamis dan pagi Jumaat...
Jahitan sudah dibuka...
Khamis, 27 Februari 2014
'Aku nak buka 7 Eleven'...
Sebenarnya aku tak ada perancangan khusus bila aku buat keputusan untuk bersara awal.
Lagipun, aku fikir paling cepat aku akan bersara lebihkurang dua setengah tahun lagi iaitu di usiaku 55 tahun (Ogos 2016). Tak sangka pula tiba-tiba suamiku bersuara mengizinkan aku bersara lebih awal dari tarikh itu. Lalu aku membuat dan menghantar surat permohonan untuk bersara pilihan sendiri mulai 1/1/2015.
Ada yang bertanya aku nak buat apa bila sudah bersara nanti. Selalunya jawapan yang aku beri 'nak jaga cucu', walaupun jawapan itu hanyalah sekadar 'pemati kata'.
Entah macam mana, semalam tiba-tiba terpacul jawapan 'nak buka 7 Eleven' bila aku ditanya lagi.
Huhuhu.... keluar masuk 7 Eleven untuk menghabiskan duit bolehlah. Nak buka 7 Eleven sendiri mungkin satu impian yang nampaknya sukar untuk dijadikan kenyataan!
Tapi, kalau Allah nak beri rezeki, pastinya ada jalan, kan? :)
Rabu, 26 Februari 2014
Dik, hukum Tuhan tu untuk semua, ya...
Selasa, 25 Februari 2014
Jom buat pembedahan untuk kecantikan...
Isnin, 24 Februari 2014
Sabtu, 22 Februari 2014
Bersegeralah dalam menjaring rezeki...
...setiap Sabtu, aku dan suami akan pergi ke Pasar Tani Taman Tasik Permaisuri. Seawal jam 7.00pagi kami sudah berada di. situ. Kalau lewat pun, dalam 7.30pagi.
Dari minggu ke minggu aku dapati peniaga di situ makin lambat memulakan perniagaan mereka. Mungkinkah kerana waktu Subuh kian lewat masuknya?
Tapi, kalau kita yang 'mengatur kerja mengikut masa', mungkin tiada alasan untuk kita berlewat-lewatan, kan?
Bila pembeli dah mula datang sedangkan peniaga masih belum nampak muka, maka jangan mengeluh bila jualan kita agak lambat larisnya...
Jumaat, 21 Februari 2014
Khamis, 20 Februari 2014
Amaran - hanyalah sekadar amaran...
...kalau dah ketegaq bak kata oghang Utagha, mailah amaran lagu mana, ada depa nak kisah!
Haram ka harus ka...main membujoq lalu melintang patah ...
Aku berada dalam kereta di perkarangan Masjid Sulltan Abdul Samad (Masjid KLIA) sambil menanti ketibaan keluarga adik iparku yang akan pergi mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.
Di hadapan keretaku ada sekumpulan lelaki sedang bersembang. Kemudian seorang demi seorang mengeluarkan rokok dan menghisap serta menghembuskan asap dengan 'nikmatnya'. Salah seorangnya kemudian terbatuk-batuk dan terus memudahkan kahak dengan selamba.
Suamiku beristighfar berkali-kali. Tiba-tiba dalam jarak semeter sahaja dari kumpulan lelaki itu aku terlihat sekeping papan tanda berdiri tegap. Tanpa teragak-agak aku turun merakamkan gambar papan tanda itu. Kumpulan lelaki itu hanya memerhatikan tingkahku. Kemudian seorang demi seorang beredar dan tidak lagi kelihatan mereka menghisap rokok.
BIASA TENGOK TAK PAPAN AMARAN BERTULIS 'DILARANG MEMBUANG SAMPAH DI SINI. DENDA RM500'? Selalunya di bawah papan tanda itulah sampah dilonggokkan, kan?
Rabu, 19 Februari 2014
Kalau tak sakit kenapa nak berpura-pura sakit...
...lagipun kesakitan (walau sekadar lakonan) akan membuatkan kita kelihatan tua! Hahaha.
Aku bertemu doktor pada tarikh temujanji genap seminggu selepas pembedahan 'carpal tunnel'. Doktor terkejut bila aku kata aku tak sakit cuma ada rasa berdenyut dan aku minta buka benang jahitan.
Aku siap tunjuk pada doktor yang aku boleh menggenggam jari jemari tanpa masalah. Doktor kata lukaku belum betul-betul sembuh dan benang hanya boleh dibuka seminggu lagi.
Yang membuatkan aku rasa 'kembang kuncup' bila doktor kata aku yang paling 'kuat' berbanding pesakitnya yang lain.
Ada pesakit berusia 30an yang 'merengek-rengek' tangannya masih sakit walaupun sudah bercuti sakit selama sebulan. Ada yang minta cuti sakit sampai hampir dua bulan untuk kes yang sama seperti aku.
Bercuti memang seronok tapi kita yang bekerja terikat dengan peraturan. Jangan sebab keseronokan sementara kita akan menanggung akibatnya di hari kemudian.
DAN JUJURNYA JUGA AKU DAH TAK SABAR HENDAK BERSARA!!!
Mengidam kek keju leleh Mrs. Faizie @ Daddy Ziyyad...
Nak buat tempahan macam ada masalah nak pergi ambil...huhuhu.
Mula-mula rasa kek ini adalah pemberian SiRibenMerah yang buat tempahan. Memang sedap sangat. Budak Sepet makan sampai tak toleh kiri kanan. Kalau toleh kiri kanan mahu tersuap ke lubang hidung pula!
Saiz yang agak besar dengan harga yang berpatutan memang langsung tidak mengecewakan.
Semalam cuba beli di tempat lain tapi saiznya kecil dengan harga yang agak mahal dan kurang rasa keju memang mendatangkan rasa terkilan.
Kalau ada yang tergoda dan ingin buat tempahan setelah tengok gambar-gambar di bawah ni, cubalah bertanya dengan Daddy Ziyyad di blognya (alwaqiahalmulk.blogspot) ya...
Selasa, 18 Februari 2014
Kaya dan ternama serta rupawan tidak semestinya bahagia ...
Sendiri dalam kesepian...
...namun aku suka begini
kerana bagiku sunyi itu mendamaikan...
Ada orang suka hiruk pikuk
dan lebih suka andai kehadiran menjadi perhatian.
Masing-masing ada kesukaan tersendiri namun bagi aku saat aku selesa dalam kesunyian janganlah hendaknya ada yang cuba-cuba hendak bermanja.
Ada masa kita suka hendak gembira bersama dan ada ketikanya sunyi itu lebih menenangkan.
Saat aku bercuti, memang sebolehnya aku ingin bersendiri apatah lagi bila beramai itu membuatkan aku kehilangan waktu rehat....
Aku selesa begini...
Biar pahit biar perit, kemanisan sebenar hanya lahir bersama suami, anak-anak dan menantu.
Adik-beradikku juga adalah kekuatan dan kelemahan dalam jatuh bangun kehidupanku.
Kawan-kawan hanyalah warna kehidupan yang boleh pudar mengikut peredaran masa.
Dalam detik menuju titik, aku hanya inginkan ketenangan dalam redha Tuhanku Yang Satu.
Isnin, 17 Februari 2014
Ahad, 16 Februari 2014
Carpal tunnel...
...sila tanya pakcik google apakah bendanya itu ya....
Sekarang makcik sedang bercuti sakit. Boleh berehat atau tidak tak tahulah...
Sabtu, 15 Februari 2014
Melihat ke dada langit...
perlahan-lahan ditutup awan
lalu kubayangkan satu wajah sedang bersedih
dan airmatanya jatuh setitis demi setitis
Jumaat, 14 Februari 2014
Tanyalah Ustaz di TV9 - ianya berkaitan dengan sikap...
Alhamdulillah. Pagi ini berkesempatan menonton rancangan Tanyalah Ustaz bersama Ustaz Syed Norhisham.
Topiknya berkaitan dengan sikap...
1. Kebiasaan berjanji dengan mengucapkan kata 'InsyaAllah' sedangkan di hati telah terdetik untuk menggunakan perkataan InsyaAllah itu sebagai penyedap kata semata2. (Orang yang memungkiri janji adalah termasuk dalam golongan orang munafik)
2. Menghormati hak jiran. Ada yang bersikap tidak peduli. Mentang2 ada banyak kereta. Suka-suka meletakkan kereta di kawasan jiran sehingga menyusahkan orang lain.
3. Bersikap samseng bila memandu. Sanggup memaki hamun dan jadi pemarah.
4. Meletak kenderaan di tempat letak kereta dengan sesuka hati sehingga tempat yang sepatutnya boleh masuk dua kereta diletakkan satu kereta sahaja.
5. Datang lambat ke masjid dan kemudian menghalang kenderaan orang lain. Waktu keluar, sengaja melambat2kan dengan kononnya memperbanyakkan solat sunat tanpa peduli orang lain nak mengeluarkan kereta.
Kesemua sikap di atas adalah sikap yang tidak disukai oleh Rasulullah SAW.
Doktor terkejut bila aku minta cuti sakit dua hari...
Khamis, 13 Februari 2014
Teatar Bidasari - jujurnya pelakon tambahan lebih menyerlah...
Rabu, 12 Februari 2014
Sebenarnya anak-anak itu memang didera?...
'Warkah' dari ibu Allahyarham Adam Syukri...
Terima kasih kak kerana share kisah arwah anak saya. 4.3.14 genap dua tahun umur arwah dan 7.2.14 genap setahun arwah meninggal. Terima kasih juga kepada mereka yang membantu.
Selasa, 11 Februari 2014
Dua seringgit dua seringgit...
Aiman Hakim Redza, Nur Fathia dan Tengku Puan Pahang...
Mengejar sinar matahari pagi...
Isnin, 10 Februari 2014
10/2/2014 - 54 ya, bukan 45...
Ahad, 9 Februari 2014
Sabtu = 8/2/2014 - Senyumlah walau isi hatimu tiada yang tahu...
Jumaat, 7 Februari 2014
"Dia seorang blogger"...
Khamis, 6 Februari 2014
Ashraf Muslim - semoga mereka bahagia selamanya...
Rabu, 5 Februari 2014
Selasa, 4 Februari 2014
#masakmasakblogger di Abuain Kitchen Studio, Bukit Mahkota
Waktu : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tetamu Undangan : Chef Adu Amran dan Izyan MasterChef.
Lokasi : Bukit Mahkota, Nilai.