... tapi ibubapa ada hak terhadap anak-anak mereka. Tanpa ibubapa pun, anak itu sama sekali tidak akan menjadi sesiapa dengan izin Yang Maha Esa ...
Kawan-kawan kakcik
Khamis, 31 Januari 2013
Ceramah Ustaz Don...
Antara isinya...
1. Kita kata kita sayang ibu. Jadi panggilannya kita sahut. Tapi bila kita kata kita cinta Allah dan Rasul, tidak pula kita menyahut seruan azan mahupun menyegerakan solat.
2. Kita sayangkan kereta sehingga sanggup berhabis kerananya, tapi tidak pula kita sanggup berhabisan dengan pakaian yang cantik untuk bersolat.
3. Apakah ada di rumah kita barang atau sesuatu yang boleh membuatkan kita sentiasa mengingati Rasulullah SAW? Ianya bukan Al Quran, kerana ada pun Al Quran belum tentu kita membaca dan memahami isi kandungannya.
4. Kita wajib membawa kompas ke tempat yang mana kita ketahui kita tidak akan dapat menentukan arah kiblat. Mungkin di Malaysia tidak ada masalah kerana tempat untuk mendirikan solat ada di mana-mana.
Sebenarnya banyak lagi 'isi-isi' yang disampaikan oleh Ustaz Don, cuma kakcik tidak pandai hendak mengolahkannya. Contohnya seperti 'tangan dan kaki yang akan menjadi saksi saat mulut tidak lagi boleh berkata-kata'. Bukan bermakna kaki dan tangan akan bercakap, tapi kesan dari perbuatan kita akan ada 'tandanya' pada tubuh badan kita.
Ustaz Don tidak banyak 'melawak' tapi beliau tetap mampu menarik perhatian hadirin untuk mengikuti ceramah beliau dari awal hingga akhir sampaikan waktu terasa begitu cepat berlalu walaupun hampir dua jam beliau berceramah.
Majlis turut dihiasi dengan bacaan ayat suci Al Quran serta alunan Qasidah dan Marhaban yang dibawakan oleh Ustaz dan pelajar dari Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru.
Rabu, 30 Januari 2013
Kita rakam pemandangan yang indah saja...
...asalkan kita rasa tenang dan gembira, yang jelek kita buat-buat pejamkan mata!
Tapi jangan lupa, DIA tak pernah leka dari 'memerhatikan' kita...
Selasa, 29 Januari 2013
ADA itu merujuk kepada pejabat atau orang di dalamnya?...
Azza Elite juga telah bertudung...
Syukurlah. Semoga seiring peningkatan usia maka akan bertambah baik penampilan, gaya dan tatasusila. Alhamdulillah. Kisah sepenuhnya di blog Beautifulnara.
Blogger Johor, ada masa tak untuk kita berjumpa?...
InsyaAllah kakcik akan turun ke Johor lagi petang Khamis 31/1/2013. Kalau tak menginap di hotel, kemungkinan kakcik akan terus ke rumah adik kakcik di Pasir Gudang. Mungkin akan balik semula ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat 1/2/2013 (Kuala Lumpur cuti sempena Hari Wilayah Persekutuan), tapi sekiranya dapat berjumpa dengan kawan-kawan di sana, boleh juga kakcik balik ke KL pada hari Sabtu 2/2/2013. :(
Bersama 'adik' yang asalnya juga kakcik kenali melalui 'maya' hampir 8 tahun yang lalu. Persaudaraan kami terus segar mewangi hingga kini. Syukur kepada Allah yang telah menemukan kami... |
Isnin, 28 Januari 2013
Saya bukan artis...
Jadi ada saya kisah kalau orang tengok saya pakai baju yang sama setiap hari.
Sekejap lagi saya bersama mak dan ayah akan hantar Angah ke hotel, kemudian kami akan balik semula ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan kami dirahmati Allah, ya.
Sekejap lagi saya bersama mak dan ayah akan hantar Angah ke hotel, kemudian kami akan balik semula ke Kuala Lumpur. Doakan perjalanan kami dirahmati Allah, ya.
Rakaman di lebuhraya sewaktu kami dalam perjalanan ke Johor semalam |
Saya di Danga Beach, Johor |
Ahad, 27 Januari 2013
Turun ke Johor...
InsyaAllah pagi ini kakcik bersama suami, Angah dan BS akan turun ke Johor dan bermalam di Pasir Gudang. Esok balik semula ke KL. Doakan perjalanan kami dalam lindungan Allah SWT, ya.
Tak dapat nak bersama kawan-kawan di rumah Dato' LF petang ini.
Tak dapat nak bersama kawan-kawan di rumah Dato' LF petang ini.
Sabtu, 26 Januari 2013
Pagi Sabtu = 26/1/2013
Selepas solat Subuh, keluar rumah untuk ke Medan Selera, Hospital Kuala Lumpur. Sedang makan, teringat untuk menelefon Rose mama kepada adik Adam Firdaus yang sudah 3 bulan dirawat di Institut Pediatrik. Disebabkan tiada nombor telefon Rose, aku menelefon Iyra SiRibenMerah.
Kami (aku, suami dan BS) menjemput Rose dan membawa beliau untuk sarapan di Kampung Baru. Iyra kemudiannya menghantar mesej untuk menyertai kami...
Macam-macam perangai manusia...
Aku melihat dengan mata sendiri lalu aku tertanya-tanya di dalam hati : apa tujuannya seorang lelaki meletakkan troli pasaraya di hadapan sebuah kereta yang bukan miliknya? Mungkin dia yang baru sahaja meletakkan kereta di sebelah keretaku itu, bimbang troli berkenaan akan bergerak lalu mencalarkan keretanya. Maka dia tidak kisah bila troli yang ditolak ke hadapan kereta lain itu akan menghalang pula perjalanan kereta itu nanti...
Jumaat, 25 Januari 2013
Bila hujan lebat...
Pengedar akhbar kerjanya tersekat
Nelayan pula tak dapat menurunkan pukat
Pekerja pejabat mukanya kelat
Ramai yang merah terakam di kad
Kalaulah boleh tarik selimut
Pastinya enak mengulit mimpi
Tapi bila nelayan tidak ke laut
Ikan di pasar tak mampu dibeli
Orang atas pura-pura mengerti
Kesempitan hidup marhaen hadapi
Pelbagai bantuan konon diberi
Pandai-pandailah kalian membalas budi
Pergantungan kita bukan sesama insan
Kerana kita dan mereka adalah hamba Tuhan
Kepada Dialah segalanya kita adukan
Agar hidup ini sentiasa ada panduan
Nelayan pula tak dapat menurunkan pukat
Pekerja pejabat mukanya kelat
Ramai yang merah terakam di kad
Kalaulah boleh tarik selimut
Pastinya enak mengulit mimpi
Tapi bila nelayan tidak ke laut
Ikan di pasar tak mampu dibeli
Orang atas pura-pura mengerti
Kesempitan hidup marhaen hadapi
Pelbagai bantuan konon diberi
Pandai-pandailah kalian membalas budi
Pergantungan kita bukan sesama insan
Kerana kita dan mereka adalah hamba Tuhan
Kepada Dialah segalanya kita adukan
Agar hidup ini sentiasa ada panduan
Jalan-jalan di Pudu Sentral...
Dikenali juga sekarang sebagai UTC (Urban Transformation Centre) atau dalam Bahasa Melayunya - Pusat Transformasi (dari Bahasa Inggeris juga) Bandar. Di Tingkat Dua terdapat banyak pejabat/agensi Kerajaan seperti Imigresen, JPJ dan JPN...
Khamis, 24 Januari 2013
Bila cuti, Kuala Lumpur agak sepi...
... atau sebenarnya sebab hari masih awal pagi dan sambutan Maulidul Rasul pun tidak dibuat di sini...
Rabu, 23 Januari 2013
Selasa, 22 Januari 2013
Satu petang di Jalan Duta...
Gambar ini bukan di waktu petang, tapi waktu malam pada hari yang berlainan dengan gambar-gambar di bawah... |
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. |
Masjid yang sama dirakam dari jarak yang berbeza. |
Satu waktu dulu, bangunan-bangunan ini sangat terkenal sebagai 'Kompleks Kerajaan Jalan Duta'. |
Tujuan utama ke Jalan Duta adalah untuk ke sini. Sudah 5 kali kami datang ke sini, tapi kali terakhir pada 18/1/2013 adalah untuk membeli dan bungkus bawa balik. Nasi Arab di SINI murah harganya dan rasanya pun sedap. |
Yang kelihatan itu bukanlah kubah masjid. Sebaliknya ia adalah kubah Kompleks Mahkamah Jalan Duta. |
Ada sesiapa yang tahu tentang FanBox tak?
Kereta Haziq (bekas peserta Akademi Fantasia)...
Ingat tak dengan Haziq AF4 tu? Dia suka nyanyi lagu-lagu Melayu Asli, kan? Walaupun dia tak begitu berjaya dalam bidang seni, tapi dia agak berjaya dalam bidang perniagaan. Selain dari mempunyai restoran, dia juga aktif dalam perniagaan bersama Syarikat New Image yang antara lain mengeluar dan memasarkan produk Alpha Lipid SDll.
Beberapa bulan sahaja menyertai New Image, Haziq telah mencapai tahap yang sangat memberangsangkan. |
Inilah kereta Audi milik Haziq yang turut menjadi idaman Along dan Huda. Semoga dengan usaha yang berterusan, impian mereka akan menjadi kenyataan. InsyaAllah. |
Isnin, 21 Januari 2013
Hidangan di majlis perkahwinan rakan berbangsa China...
Hidangan ini sebenarnya khusus untuk tetamu beragama Islam. Sebanyak dua buah meja disediakan untuk 'tetamu khas'...
Kari kepala ikan |
Kari kambing |
Kari udang galah |
Acar (sampai aku balik rasanya acar ini tidak 'bersentuh') |
Nasi kuning |
Keseluruhan hidangan - ada sotong goreng tepung dan ayam goreng |
Memang besar udangnya |
Besar kan? |
Tempat majlis diadakan di Taman Bukit Maluri, Kepong |
Antara tetamu |
Kawan-kawan suamiku |
Termenung sambil memerhati gelagat orang |
Langgan:
Catatan (Atom)