Tarikh : 21/12/2016
Cuti hujung tahun kali ini, aku dan suami tiada rancangan membawa anak-anak ke mana-mana seperti tahun-tahun lalu juga. Kami bukan orang yang berkemampuan untuk merancang sesuatu percutian yang mungkin menelan belanja yang bukan sedikit.
Atas permintaan anak ketigaku, suami mengambil cuti dan kami bergerak menuju ke Utara. Bukan jauh manapun, hanya menuju ke kampung kelahiranku di Karai (orang lebih senang menyebut kawasan ini sebagai Kawasan Kuala Kangsar, sedangkan Karai terletak di Daerah Sungai Siput).
Kami bergerak pada malam 20/12/2016. Tiba di rumah adik iparku di Ipoh lebihkurang jam 11.30 malam. Bermalam di rumahnya sebelum meneruskan perjalan pada pagi 21/12/2016.
|
Inilah kami |
|
Set nasi lemak yang nampak macam set nasi ayam... |
|
Kuey teow sup... |
|
Roti canai planta... |
Makan dan minum macam-macam (tak semua gambar makanan aku rakamkan), tak sampai RM30.00 pun dibelanjakan. Alhamdulillah. Perut kenyang, hati senang.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Karai melalui jalan lama. Sekiranya melalui lebuhraya, kami akan keluar di Kuala Kangsar. Melalui jalan lama, kami terus masuk ke Enggor (sebelum sampai Kuala Kangsar) dan terus ke pekan kecil Karai.
Khabarnya sekarang pekan Karai sudah terkenal di kalangan pelancong asing termasuk dari China dan Jepun kerana terdapatnya Jambatan Victoria. Selain itu, jambatan ini juga pernah dirakamkan di dalam filem termasuk filem Zombi Kg. Pisang.
Kalau orang asing pun sanggup datang, takkanlah kita yang berasal dari sini tak teruja pula, kan? Jadi, jomlah kita bergambar lagi walaupun sudah berkali-kali bergambar di sini...
|
Tengoklah anak-anak makcik di belakang tu, walaupun gayat hendak juga beraksi. Mujurlah sudah tiada keretapi yang lalu di jambatan ini... |
|
Si abang sedang memberi arahan kepada si adik... |
|
eh...mak memang tak boleh kalah... |
|
Nampak tak Sg. Perak di belakang itu? Suatu ketika dulu, di aliran sungai itu tempat aku belajar berenang dan mengapungkan badan. Waktu itu airnya jernih dan sesekali dilanda banjir besar... |
|
...tiba-tiba di laluan sebelah (rel keretapi yang baru), ada 'keretapi barang' meluncur laju. Mungkin lelaki itu sempat hairan melihat seorang perempuan tua sibuk mengambil gambar dengan kamera telefon dan monopodnya...hahaha... |
|
...apa agaknya yang di bawa keretapi ni, ya?... |
...bersambung...