Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Mac 2012

Sarapan bersama blogger, jemputan untuk semua...


Marilah sama-sama kita terus memperkukuhkan ukhwan yang telah kita jalin sebelum ini.  Seperti peta lokasi yang tertera di atas, pertemuan kali ini juga akan berlangsung di Musollah Ehsan iaitu kediaman Dato' LF dan Datin Aishah di Bandar Baru Bangi.

Tarikhnya : 01/04/2012 (Ahad)
Waktunya : 9.30 pagi ke atas
Konsep     : Bawa makanan untuk dikongsi bersama

Jemputan adalah terbuka untuk semua yang membaca catatan ini.  Jangan malu jangan  segan kerana di sisi Allah, yang membezakan kita cuma iman dan taqwa.  Di sisi manusia sebenarnya kita semua sama sahaja kecuali mereka yang sengaja mengada-ngada hendak meletakkan kasta!

Jom kita berjumpa di sana (InsyaAllah, kakcik akan cuba menghadirkan diri sekiranya suami tiada hal nanti).



Jumaat, 30 Mac 2012

Patutkah merasa hebat...

bila berjaya membuatkan orang rasa meluat
meskipun kedudukan mereka sedikitpun tidak tergugat
tapi kita bangga terlompat-lompat
mempamerkan sikap kita yang bejat
seolah-olah kita sangat kuat
dan orang lain langsung tiada kudrat!


Rezeki di tengahari Jumaat.  Sayang ayamnya agak keras.
Mengada-ngadalah pulak kakcik! Dah lupakah yang ada orang
langsung tak dapat makan kerana tiada makanan.  Tak
kasihankah kepada yang ada makanan tapi ditarik
pula nikmat untuk makan?






 

Hujan di pagi Jumaat...

semoga bersamamu ada kasih dan rahmat
dari Allah yang sayangNya Maha Hebat
jauhkan kami dari segala dugaan yang berat
hendak menanggungnya kami tak kuat




Khamis, 29 Mac 2012

Aku yang terlebih besar...



Macam gergasi kan?
(gambar dirakam beberapa tahun lalu di Rumah Panjang Penan, Mulu, Sarawak).





Untuk kesekian kalinya...

... terperangkap dalam kesesakan lagi.  Keluar rumah 6.30 petang dan tiba di Hospital Pakar Al-Islam, Kg. Baru pada waktu Maghrib ...

Melalui JLT2 (MRR2) dan masuk ke Jalan Ampang melalui Kg. Pandan,
sekiranya keadaan tidak sesak boleh sampai dalam masa 15 minit sahaja.

Pernah dengar laporan lalu-lintas di radio tak?
'Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2)  dari Pandan Indah menuju
Ampang dilaporkan sesak'...
Sementelah kamera sudah di tangan, rakamlah apa sahaja...

Langit yang cerah dan indah...

Masih sesak lagi...

Hampir Maghrib - masih mencelah-celah mencari arah...

Tujuan ambil gambar ini? 
Saja suka-suka...


Rabu, 28 Mac 2012

Satu jam untuk 5km perjalanan - mungkin ada yang terlepas penerbangan...

Keluar rumah jam 6.30 petang menuju Banting.  Masuk ke Jalan
Lingkaran Tengah 2 (MRR2), jalan mula sesak.

Nampaknya macam ada lori besar yang mengalami kerosakan...


Inilah lorinya...

Tidak jauh dari yang tadi, ada pula sebuah lagi tersadai di sini...

Nampaknya jalan Cheras menuju Kajang juga sesak teruk...


Setelah melepasi kedua-dua lori tadi, jalan masih sesak lagi...

Lelaki dalam kereta Camry itu sampaikan boleh bersantai membaca akhbar!

Ada pula bas yang tersadai...

Melepasi bas tersebut, jalan tetap juga sesak hingga azan Maghrib
 telah berkumandang dari stesyen radio yang dipasang...

Dah gelap!

Tidur lagi bagus (tapi tak elok tidur di waktu Maghrib tau - tunaikan
kewajipan pada Ilahi dulu)

Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan sebelum susur keluar ke Stadium Bukit Jalil.  Tak sempat nak ambil gambar sebab dah penat pegang kamera!  Akhirnya kami berhenti untuk menunaikan solat Maghrib di Hentian Seri Kembangan.  Memang ramai orang yang berhenti solat pada waktu itu.

Sekiranya ada yang 'berkejar' ke LCCT atau KLIA, tak mustahil mereka terlepas penerbangan.

Kalau berjogging pun boleh sampai dalam masa 10 minit agaknya!

Sampai semula ke rumah hampir jam 10.00 malam.  Penat!

Penat penat pun jangan lupa temujanji kita pada hari Ahad ini.  Sila klik pautan ini.

Selasa, 27 Mac 2012

Sarapan bersama blogger - edah dah habis kan? ...

Pakciklie (PCL) dengan persetujuan Dato' LF (dah lama Dato' tak kemaskini blog, semoga Dato' sihat sejahtera) bercadang untuk mengadakan pertemuan secara kecil-kecilan (akan jadi besar-besaran sekiranya mendapat sambutan) pada tarikh dan tempat berikut :

Tarikh    : 1 April 2012 (Ahad)
Masa      : 9.30 pagi ke atas
Tempat  : Kediaman Dato' LF di Bandar Baru Bangi.

Sekiranya ada kelapangan, marilah kita meneruskan agenda suaikenal kita di sana.  Semoga Allah SWT merahmati pertemuan tersebut kerana kita mencari kesinambungan ukhwah bukan hanya untuk bersukaria tanpa matlamat yang nyata.  InsyaAllah.

Masihkah ada di ingatan akan kemeriahan ini?


Ayam...


yang kita nampak hanyalah ayam goreng
menyelerakan dan garing

saat ingin makan
kita tak ingat untuk mempersoalkan
apakah status ayam itu
ayam ibu atau ayam andartu
atau benarkah masih dara
seperti yang 'mereka' kata

ayam kampung atau ayam bandar
kita makan kadang tanpa sedar
benarkah ianya masih segar
atau sekadar pelaris yang sengaja diwar-war

halalkah ayam yang kita makan
mungkin tak pernah kita pedulikan
asalkan ianya boleh mengoncang iman
tanpa soal terus kita telan...


aku suka kalau ada yang befikir di sebalik apa yang aku paparkan, tapi siapalah aku untuk diberi perhatian...


Kecemerlangan apakah yang cuba Cikgu tunjukkan?...


Aku dan suami menghadiri mesyuarat ini pada Sabtu yang lalu.

Ibubapa bertepuk bila melihat anak naik ke pentas. Tapi lihatlah
keputusan yang mereka dapat. Adakah tujuannya untuk memberi
dorongan atau bertujuan untuk memalukan? Walaupun nama anakku
tiada dalam senarai itu tapi sebagai seorang ibu, sangat tersentuh hatiku.

Isnin, 26 Mac 2012

Aku ingin bersendiri seketika...

... esok sahajalah kita berjumpa!

Sabtu dan Ahad yang telah berlalu, bukan sekadar membuatkan diriku berasa lesu malah hati ini juga bagaikan ingin terus membeku...


Ahad, 25 Mac 2012

Sabtu, 24 Mac 2012

Sikembar yang comel...

Seekor agak panjang bulunya, sementara yang seekor lagi biasa sahaja.

Kecik-kecik lagi dah pandai makan ayam goreng segera!

Ibu merangkap kakak mereka (faham tak?)

Dah jadi tempat mengiklan yang lucah pula...

Sebagai jalan penyelesaian, terpaksalah ianya kubuang dari
sisi kanan blog ini.  Kalau ada kawan-kawan yang ingin 
menghulur salam, masuklah ke ruangan komen
(sementara ianya juga masih ada).

Polis Malaysia yang peramah...

Semoga sikap itu tidak bertukar menjadi pemarah pada keadaan yang tidak sepatutnya...


Mulanya polis yang membelakangkan kamera itu yang tolong
mengambil gambar.  Kemudian pelancong itu memeriksa kamera
mereka.  Gambar bergoyang gara-gara tangan siperakam gambar
(akulah itu) menggigil sebab takut kena sergah! hehehe...