Sekejap sahaja sudah hampir pertengahan Ramadan. Hari ini sudah 13 Ramadan 1442H. Mudah-mudahan Allah SWT takdirkan kita bertemu Lailatul Qadar. Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Sekejap sahaja sudah hampir pertengahan Ramadan. Hari ini sudah 13 Ramadan 1442H. Mudah-mudahan Allah SWT takdirkan kita bertemu Lailatul Qadar. Aamiin Ya Rabbal Alamin...
Makcik panggil dia Omot sebab masa baru-baru sibujang makcik ambil, makcik nampak dia sangat comot. Sibujang bagi nama Maha (Maha apa makcik tak ingat. Kucing sebelum ini dia bagi nama Muffin Mufasa - makcik panggil Katak sebab suka duduk macam katak. Satu lagi Mehit Muezza, makcik panggil Mok atau Omok sebab dia gemuk).
Si Omot ini masa baru diambil, diletak dalam sangkar, dia tunjuk perasaan. Bekas makanan, minuman dan pasir semua dia terbalikkan. Lepas itu dia baring terlentang dalam sangkar dengan kaki terjulur keluar. Tenaganya kuat. Dia boleh renggangkan pintu sangkar dan lari keluar. Bila dalam sangkar, dia akan terangguk-angguk menggigil dengan air liur meleleh dari mulutnya (takkanlah air liur keluar dari mata, kan?) sehinggakan suami makcik menyangka dia berpenyakit.
Satu hari, dia terlepas. Puas dicari, tak jumpa. Sampai macik masukkan dalam grup whatsapp jiran setaman. Bila jumpa, dia lari dari bawah satu kereta ke kereta yang lain. Beberapa jam juga hendak mendapatkannya semula.
Sejak itu, Sibujang tidak lagi meletakkannya ke dalam sangkar. Dia pandai balik untuk makan minum dan berehat di hadapan rumah. Tapi dia sangat garang. Kucing lain tak akan dia bagi muka. Semua dia hambat. Kaki kami anak beranak juga dicakarnya Anak-anak cucu semua tak berani mendekatinya.
Tengoklah betapa besarnya dia. |
Tak tahu apa puncanya. Tiba-tiba tak boleh hendak letak huraian gambar. Tak boleh hendak komen gambar orang lain. Tak boleh hendak bals komen di gambar sendiri. Tak boleh hendak like.
Sudah sebulan begitu, akhirnya ambil keputusan untuk tutup shaja akaun instagram itu. Sebelum tutup, terbaca komen dari @lyanaishak yang meminta buang link blog di bio.
Setelah mencuba, Alhamdulillah segalanya pulih semula. Terima kasih Lyana. 💕💕