Kawan-kawan kakcik

Khamis, 31 Mac 2011

4 kejahatan ibubapa terhadap anak...

Aku baru membaca artikel di atas yang tersiar dalam majalah MIDI bil.110 keluaran 1 April 2011.  Rasanya elok juga kukongsikan petikannya (dengan sedikit tambahan dan ubahsuai) di sini untuk renungan dan perhatian kita bersama :


i) Memaki dan menghina anak...

Bagaimana ibubapa dikatakan menghina anak-anaknya?  Iaitu ketika seorang ayah atau ibu menilai kekurangan anaknya dan memaparkan setiap kebodohannya lebih-lebih lagi di hadapan teman-teman anak tersebut.  Ibubapa juga hendaklah memberikan nama yang baik kepada anak-anak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya 'Sesungguhnya kalian akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama ayah kalian, maka perbaikilah nama kalian' (Hadis Riwayat Abu Daud)

ii) Melebihkan seorang anak daripada yang lain...

Membeza-bezakan kasih sayang antara anak-anak merupakan faktor yang mendorong kepada putusnya silaturrahim anak dengan orang tua dan saudara-saudaranya serta mungkin menerbitkan permusuhan sesama mereka.

Ibnu Hiban meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Semoga Allah mengasihi orang tua yang membantu anaknya atas kebaikan'.


iii) Mendoakan keburukan bagi sianak...

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 'Ada tiga doa yang dikabulkan : doa orang yang teraniaya, doa musafir dan doa (keburukan) orang tua atas anaknya' (Hadis Riwayat Tarmidzi).


iv)  Tidak memberi pendidikan kepada anak...

Allah SWT berfirman dalam Al Qur'an, Surah At Tahrim, ayat 6 yang bermaksud 'Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya daripada manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan'.

Firman Allah lagi dalam Surah Thaha, ayat 132 'Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.  Kami tidak meminta rezeki darimu malah Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.  Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertaqwa'.


Semoga kita tidak menjadi ibubapa yang melakukan kejahatan kepada anak-anak kita sendiri.

  

Selagi dalam dakapan...

sayangi dan dampingilah
belailah penuh kasih
curahkan cinta sepenuh hati
zahirkan keikhlasan tanpa alasan

jangan nanti
bila terlepas dari pegangan
barulah merayu penuh penyesalan
dipujuk dan digula-gulakan
dengan janji dan segala manisan

bukan mudah hendak mendapat
tapi tidak susah untuk hilang
beringat-ingatlah
kerana siang tetap bertemu malam




Rabu, 30 Mac 2011

Aku tak pandai menari pun...



ada juga berita di KOSMO


Rasanya macam banyakkkkk sahaja lagi isu-isu yang perlu dikeluarkan fatwa

Wallahuaklam...




Kenapa pula jadi macam ini...

Merujuk kepada catatan sebelum ini, nampaknya ada masalah untuk menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada Adik Muhamad Abdul Rahim Hatib.  Tidak tahu apa yang tidak kena dengan akaun bank kakaknya Zawiyah Hatip...


Susur kembali ke blog beuatifulnara untuk mencari maklumat tambahan, terjumpa pula komen ini...


Jadi kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan, cubalah.  Mungkin jumlahnya tak sebanyak mana, tapi bila ramai yang membantu pasti sedikit sebanyak dapat meringankan beban saudara kita.

Selingan :

Tidak dapat difahami mengapa jadi begini :

terjadi sewaktu kakcik singgah di blog miloais  petang semalam!
Tabung gajah milo dah jadi tabung pengepala blog kakcik pula...




Selasa, 29 Mac 2011

Bantulah... ini masa dia...

Jalan-jalan di blog BEAUTIFULNARA dan terjumpa CATATAN INI.  Andainya berkemampuan apa salahnya sama-sama kita hulurkan bantuan dengan penuh keikhlasan.


Hampir empatbelas tahun yang lalu, keluargaku juga menempuh ujian bilamana Bangcik (anakku yang ketiga) disahkan mempunyai masalah jantung.  Dia dibedah sewaktu berusia 7 hari bagi membetulkan saluran jantungnya yang dikesan sebagai transposition of great arteries (TGA).  Kos keseluruhan yang dibayar ketika itu ialah sebanyak RM31,710.10 (aku sangat menghafal angka ini).  Syukurlah, syarikat tempat suamiku bekerja melunaskan keseluruhan bayaran tersebut.  Alhamdulillah.



Isteri Solehah (Nasyid Saff One)...

Isteri cerdik yang solehah

Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan



Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan



Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya


Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan


Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan



nota hati : Dapatkah agaknya aku menjadi isteri yang solehah buat suamiku??? Jangan pula nanti ada yang menyibuk menyuruh aku membenarkan suamiku bernikah di Siam semata-mata untuk menunjukkan bahawa akulah isteri yang solehah.  Kalau suamiku berkeinginan, dia dan pasangannya (jika ada) tidak perlu melangkau sempadan.  Aku sendiri yang akan menguruskannya.  InsyaAllah.



 

Isnin, 28 Mac 2011

Kata Menteri...

di dada akhbar aku terbaca
seorang menteri telah berkata
'cuba tunjukkan kepada saya
undang-undang mana yang ada berkata
menonton video lucah itu salah adanya'


SubhanAllah... MasyaAllah...

jelas dan nyata dia sebangsa denganku
kalau begitu kita pun tahu
di kad pengenalan mesti tertera
Islam itu agama anutannya

aku tidak berani menghukum dan mengata
walaupun kini makin terang dan nyata
Islam dan bangsa hanya pada nama
tapi amalan dan pegangan berbeza-beza 

Apakah undang-undang dibuat terpilih-pilih
'saya boleh tapi kamu tidak boleh'
kalau kes orang habis semua dilondeh
tapi bila kes saya kamu buat-buatlah jangan menoleh 

kalau menonton tidaklah salah
membuat dan mengedar juga jangan ditegah
bagaimana hendak ternganga-nganga
kalau pelakunya tidaklah ada

dalam Al Quran telah tersurah
hukum hakam terang terserlah
jangan kita mengambil mudah
apa yang telah diaturkan oleh Maha Pemerintah

kerana kuasa yang Dia pinjamkan
kita berbuat seolah tiada pedoman
apa sahaja sanggup dilakukan
agar segalanya dalam genggaman... 


Terpaksa bercuti lagi...

tercungap-cungap waktu bangun pagi
dada perit bagai di hiris belati
harap bos akan mengerti
saya terpaksa mengambil cuti lagi

badan dan kaki terasa berat
telah bermula sejak Jumaat
mungkin badan ini tak cukup rehat
membuat kerja tak sepadan kudrat


dengan habuk memang saya alah
kerana saya ini penghidap lelah
tapi kalau saya buat endah tak endah
takut dikata sangaja mencari helah


saya tak larat nak memanjang bicara
jari-jari ini menggigil pula
setelah menyedut gas sekali dua
hendak berehat agar segera lega



Ahad, 27 Mac 2011

Terima kasih Acu...

Tanda mata terbaru dari Acu Sayang merupakan tasbih kristal dari Mekah. FM yang dua keping itu diterima tidak berapa lama dulu (kedua-duanya juga dari Acu), satu dari Vietnam dan satu lagi dari Singapura.  


Terima kasih Acu kerana tidak pernah lupakan kakcik setiap kali Acu ke luar negara.  Tiada yang lebih bermakna dari ingatan tulus ikhlas dari Acu. 

Malam tadi juga hasrat Along untuk mengadakan jamuan makan-makan telah dilaksanakan.  Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir.  Terima kasih juga kepada adik-adik, adik-adik ipar, kawan-kawan Along dan kawan-kawan Angah yang turut meringankan tulang menolong mengadakan persiapan dan mengemas dari awal hingga akhir majlis.  Alhamdulillah, hidangan ringkas yang aku dan adik-adik sediakan, tidak bersisa.

Semoga selepas ini, hasrat aku untuk menjemput rakan-rakan maya hadir ke rumahku, akan dapat aku laksanakan.  Bila masanya?  InsyaAllah nantikanlah bila kita ada rezeki dan kelapangan.  Doakan, ya?


 

Sabtu, 26 Mac 2011

Belum begitu pulih...

kepala berdenyut-denyut
mata terkelip-kelip
leher rasa tegang

hilang semangat nak menjawab komen
rasa berat nak jengah kawan-kawan
cuma singgah satu dua rumah
jengah-jengah
sapa sikit-sikit

enaknya kalau dapat terus berbaring-baring
tapi rasa semuanya bagai tak kena
kena keluar sekejap lagi
ada beberapa urusan perlu dibereskan

kalau diizinkan Yang Maha Kuasa
nanti dapatlah kita berbicara lagi, ya...

RANGGU??  Rangup kot!




Jumaat, 25 Mac 2011

Gara-gara pulut kuning...

(Tidak elok untuk menyalahkan makanan bila kita dihinggapi penyakit, kan?  Sepatutnya kita yang kena berhati-hati memilih, bukan makanan itu yang memilih untuk masuk ke tekak dan perut kita)

Jalan-jalan ke blog Pn. Somuffin pagi tadi.  Tengok ada pulut kuning dan rendang.  Naik ke kantin pejabat, kebetulan hari ini (hari Jumaat), ada dijual pulut kuning dan rendang ayam.  Rasa teringin  pula nak makan (sebelum ini tak pernah beli pun).  Maka dibelilah, dan dimakan dengan penuh perasaan (tiada gambar kerana kamera tidak dibawa bersama).

Sekarang kepala rasa berat, belakang leher rasa tegang.  Terbayang bantal dan tilam, tapi kerja kena didahulukan.  Nanti-nantilah kita bercerita pula, ya?



Khamis, 24 Mac 2011

Untuk anak-anakku yang kurang cemerlang ....

Ini adalah siaran ulangan. Catatan ini telah disiarkan pada 11/12/2010 selepas keputusan PMR dikeluarkan. Sempena keputusan SPM yang baru diumumkan sengaja kubuka semula catatan ini...


Kita memang impikan, mahukan dan perlukan kejayaan. Kita akan rasa seronok, bangga dan megah dengan segala kejayaan yang kita genggam. Namun, janganlah kejayaan yang kita raih itu akan membuatkan kita bongkak, angkuh dan sombong. Jangan mencebikkan bibir atau menjeling sinis kepada yang 'kurang bernasib baik'. Kita berjaya mungkin kerana usaha mungkin juga kerana tuah atau seribu kemungkinan lain. Namun, segalanya tidak mungkin terjadi tanpa izinNYA.

Andainya kita bukan orang yang berjaya atau kurang berjaya, janganlah kecewa. DIA tahu apa yang baik atau tidak buat kita. Aku ingin mencatatkan pengalamanku sendiri. Bukan untuk membuka pekung di dada dan bukan juga hendak mengada-ngadakan cerita.

Anak-anakku bukanlah dari golongan pelajar cemerlang. Along atau Angah, tidak ada A dalam keputusan UPSR mereka. Begitu juga di sekolah menengah. Pencapaian mereka sangat sederhana dan kadangkala lemah. Bohonglah kalau dikatakan tiada langsung rasa terkilan.

Tapi aku dan suami kena positif. Kami lihat ke mana kecenderungan dan minat anak-anak. Along kelihatannya sangat berminat ke arah agama. Dari seawal usianya 11 atau 12 tahun, dia akan bangun pagi sebelum subuh semata-mata kerana hendak sampai awal di surau. Dia akan mengalunkan azan sebaik masuk waktu Subuh. Pernah sekali dia tertidur di surau kerana dia menyangkakan jam 4.30 pagi itu adalah 5.30 pagi! Alhamdulillah, walaupun sekarang dia bukan seorang Jurutera atau Akauntan, dia adalah seorang Imam yang sangat dikenali masyarakat setempat. Aku amat-amat bersyukur.

Angah sekarang masih belajar di bidang Teknologi Maklumat yang diminatinya. Aku dan suami hanya boleh mengawal agar perjalanannya tidak terkeluar landasan dan semoga dia akan mendapat kejayaan walaupun tidak cemerlang tapi boleh menjamin masa depannya dunia dan akhirat.

Apa yang ingin kusampaikan sebenarnya kepada anak-anak yang telah dan akan mendapat keputusan peperiksaan - walaupun mungkin keputusan kalian itu jauh ketinggalan dari rakan-rakan kalian, itu bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Carilah kekuatan di sisi lain yang kalian ada. Gunakan sepenuhnya kekuatan itu agar nanti kalian tetap dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan kalian.

Rasa bersalah pula...



Masa sikit ditunggu-tunggu
bila agaknya nak cecah seribu (beranganlah tu)
akhirnya kini bertambah lagi satu
Sdr. Dang Tari si gadis Melayu

tiga ratus jumlah yang banyak
membuatkan aku rasa terhenyak
 diriku ini tidaklah layak
punya pengikut yang membuak buak

bukan catatan untuk mengampu
menghargai kalian setulus hatiku
cuma ingin menyatakan 'aku tidak mampu'
ke 'rumah' kalian nak berkunjung selalu

kedatangan kalian memang dinantikan
walaupun dalam senyap diri dihadirkan
terbit juga rasa malu dan segan
tiada hidangan enak untuk disajikan

ada yang datang tanpa alamat
susah bagiku berkunjung hormat
selagi tidak terpesong niat
kesudian kalian tetap kuingat

...terima kasih kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak yang sentiasa sudi berziarah ke sini.  Tanpa kalian rumah ini pastinya sepi...


Kenapa begitu akhirnya...

Saat kau dilahirkan
kau disambut penuh kesyukuran
di telingamu dibisikkan azan
diwar-war akan wajahmu yang tampan


ketika itu tiada apa yang kau tahu
menangismu saat kau perlukan susu
atau kala kau inginkan dakapan ibu
mungkin juga sesekali perutmu sebu


kau membesar diulit kasih
tidak dibiarkan kulitmu tercalar pedih
saat kau menangis pasti ibumu turut bersedih
apalagi kalau kau hiba merintih-rintih


begitu cepat waktu berlari
engkau dewasa bagai tidak disedari
namun ibumu menjeruk hati
zahirmu tidak lagi seperti lelaki

engkau berhias bagai wanita
lenggang dan lenggok kononnya bergaya
hendak disalahkan pada siapa
bila ditegur kau menjeling 'manja'

kenapa begitu pula akhir jadinya
salah asuhan atau pun apa
tiada pula tergambar duka di muka
malahan kau mendabik dengan penuh bangga

bukan sekadar hiasan dan pakaian
suaramu pun tega engkau ubahkan
tidakkah telah elok kejadian Tuhan
sesuka hati dikau ubahsuaikan

untukmu doaku panjatkan
agar kau tetap kembali ke pangkal jalan
bukan bermaksud menghulur sindiran
semoga pergimu nanti bersama keimanan

nota hati :  sebagai ibu kepada empat anak lelaki, aku sangat takut andainya terjadi begitu kepada anak-anakku.  Mohon dan doa kepada yang Maha Berkuasa agar kejadian dan kurniaanNya yang begitu sempurna tidak dipersia-sia...



Rabu, 23 Mac 2011

Sayap, perut dan ekor...

Dr. Singa ... inilah sayap yang gedabak itu (dan menghalang pandanganku)...








36,000 kaki dari aras bumi...

... dan dengan kelajuan 900km/j, aku menyaksikan keindahan ini ...









Firman Allah berulangkali di dalam Surah Ar-Rahman : "Maka, nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang hendak kamu dustakan?"



Kegembiraan berganda...

Balik dari kerja petang semalam, tengok ada kiriman dari utara menanti....


Agak-agak, apa isinya ya?

v

v

v

v

v



Inilah dia... cantikkan?
Terima kasih yang tidak terhingga kepada SU @ MAMASYAZA.  Tak sangka ucapan selamat hari ulangtahun kelahiran dari kakcik buat suami Su, melayakkan kakcik menerima hadiah yang sungguh cantik dan bernilai dari Su.  Kakcik sangat menghargainya.  Terima kasih sekali lagi Su...


Semalam juga, Along telah menerima surat pengesahan pakej umrah dari Andalusia Travel & Tours.  Aku sangat-sangat gembira dan teruja kerana jika tiada sebarang aral, InsyaAllah, hasrat dan impian Along akan termakbul juga.  Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah ... semoga tiada sebarang halangan buatmu, nak...


Sudah lama wajah ini tidak muncul di blog ini. (*_*)





Selasa, 22 Mac 2011

Langit nan merah...

 langit nan merah
bukan kerana lukanya berdarah
menunjukkan betapa berkuasanya Allah
mencorak alam begitu indah

 langit nan merah
lihatlah betapa warnanya menyerlah
bukan tanda ianya marah
hanya fenomena alam yang sentiasa berubah


 langit nan merah
ke wajahmu aku tengadah
mengucap syukur tak pernah sudah
kerana masih bisa menutur madah 


Cerita hari ini...

Bangun seawal 4.00 pagi - jerang air, buka komputer - mengadap blog (Bujal - kamu jangan tanya 'makcik tak solat tahajjud ke?'.  Makcik alasan kukuh tau...).  TERPAKSA bangun awal sebab termimpi-mimpi menggoreng nasi.  Sebelum tidur, berkali-kali Bangcik pesan minta gorengkan nasi sebelum aku keluar ke pejabat.

Kemudian tungtang tumbuk cili api, ikan bilis dan bawang.  Goreng nasi.  Basuh dan jerang beras pula.  Nanti ada pilihan sama ada anak-anak nak makan nasi goreng atau nasi putih.  Malas nak masak ikan, cuma goreng drumet ayam.  Semalam dah merajinkan diri masak talapia goreng berlada, telur dadar dan sup cendawan.  Habis pula anak-anak dan suami makan.  Sedaplah agaknya (atau sebab tiada pilihan?).

Jam 5.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya.  Jalanraya jadi sungai sementara.  Alhamdulillah, jam 6.40 dah sampai di pejabat.

Tengahari tadi ke Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru untuk berjumpa doktor pakar *&*.  Alhamdulillah, semuanya baik.  Tapiiiiii.... ada tapinya... Kalau masalah berterusan, jalan terakhir mungkin perlu melalui satu lagi pembedahan.  Oh tidak!.  Aku tak rela disiang lagi!  Mudah-mudahan masalahku ini akan segera berakhir.

Itu sahaja corat-coret untuk hari ini.  Hingga kita bertemu lagi di catatan akan datang, didoakan kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Ilahi. Amin.



Air Tapai...

Semua gambar ini dirakam di Monsopiad Cultural Village...








Kakcik letak gambar-gambar ini untuk pengetahuan sahaja.  Bukan nak suruh buat air tapai pula, ya?