Bangun seawal 4.00 pagi - jerang air, buka komputer - mengadap blog (Bujal - kamu jangan tanya 'makcik tak solat tahajjud ke?'. Makcik alasan kukuh tau...). TERPAKSA bangun awal sebab termimpi-mimpi menggoreng nasi. Sebelum tidur, berkali-kali Bangcik pesan minta gorengkan nasi sebelum aku keluar ke pejabat.
Kemudian tungtang tumbuk cili api, ikan bilis dan bawang. Goreng nasi. Basuh dan jerang beras pula. Nanti ada pilihan sama ada anak-anak nak makan nasi goreng atau nasi putih. Malas nak masak ikan, cuma goreng drumet ayam. Semalam dah merajinkan diri masak talapia goreng berlada, telur dadar dan sup cendawan. Habis pula anak-anak dan suami makan. Sedaplah agaknya (atau sebab tiada pilihan?).
Jam 5.00 pagi, hujan turun dengan lebatnya. Jalanraya jadi sungai sementara. Alhamdulillah, jam 6.40 dah sampai di pejabat.
Tengahari tadi ke Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru untuk berjumpa doktor pakar *&*. Alhamdulillah, semuanya baik. Tapiiiiii.... ada tapinya... Kalau masalah berterusan, jalan terakhir mungkin perlu melalui satu lagi pembedahan. Oh tidak!. Aku tak rela disiang lagi! Mudah-mudahan masalahku ini akan segera berakhir.
Itu sahaja corat-coret untuk hari ini. Hingga kita bertemu lagi di catatan akan datang, didoakan kalian semua sentiasa dalam rahmat dan kasih Ilahi. Amin.
alahai..
BalasPadamsemoga kakcik baik2 saje
dan tak perlu disiang lagi
hukhuk... saya pun tak sanggup utk kena siang kali ke-3. tp 2 anak, macam tak cukup je?? huhu
cepatnya kakcik sampai ofis .. saya keluar rumah pun selalunya lepas jam 7.
BalasPadamawal kakcik sampai opis..saya kul 8.30 masih di bawah rumah..hihi!
BalasPadamAlhamdulillah pakar *&* kate OK..
BalasPadammoge2 berkekalan le OKnye tu ye..
teman haghi ni tebabehhh.. gelap2 kusangke suboh, ghopenye gelap2 mendung dek ujan! kelibut smue dibuatnye huhuhuuuu..
kakcik take care ok...
BalasPadamsaya kalau takde hal paling awal keluar ofis pukul 7. kakcik pukul 6.40 dah sampai. bestnye!
chik na doakan smoga kakcik tak perlu jalani pembedahan
BalasPadamSallam,
BalasPadamKakcik sakit apa sampai perlu disiang, sakit macam saya juga agaknya, alhamdulillah saya tak perlu disiang. Saya doakan kakcik pun tak perlu disiang kali ini, semuga dia sembuh sendiri.Amin.
assalamualaikum ...
BalasPadammoga Kakcik dikurniakan kesihatan yg baik2 aje .. :)
hoih~~bujal tak cakap apa2 pun~~haha~~
BalasPadam*saya doakan yang terbaik untuk makcik dan keluarga~~
harap2 kak cik ok je
BalasPadamdan kembali ceria selalu....
supaya kita dapat membaca celotehnya dlm blg....
take care kak cik...
klu di jb..waktu2 begitu itu org bekerja di s'pore yg dah mula gerak.
BalasPadamsemoga kakcik ok hendaknya :)
salam kak cik ku...
BalasPadamk.cik... rajinnya bgn seawal pagi... saya pn sntsa m'cuba bgn seawal mngkn tp x lah seawal k.cik... kagum saya bila ada yg b'jaya b'perang dgn nafsu syaitan (t'lalu b'lebihan tido)yg satu nie...
gee doakan dipermudahkan segala urusan k.cik...moga tiada yg m'jadi bebanan & moga apa yg dihadapi dilalui dgn tenang & sabar...
awalnya kakcik sampai opis...
BalasPadamiols pun selalunya sampai 7:30
tu pun - tak de sapa lagi
iols yg kena bukak pintu segala
hiks
Kakak paling takut kalau sebut operation. Terbayang darah membuak... Mohon kakcik sembuh segera hendaknya. Ikutlah apa pantang-larang dan ubat yg diberi kakcik asal tak kena operation.
BalasPadamDr h4ni3...
BalasPadamAnak kakcik yang pertama dan kedua lahir secara normal, tapi yang ketiga dan keempat kakcik terpaksa merelakan diri kakcik disiang separuh hidup!
Kanda AL...
BalasPadamjam 7.00 pagi tu biasanya saya sedang bersantai2 dari blog ke blog... :)
MDT...
BalasPadam8.30 pagi, kalau banyak kerja maknanya kakcik tengah sibuk meneliti biji kopi! :)
AzeedA...
BalasPadameh eh.. mike idok nengok jam ke cik adik oiii...! :)
gB...
BalasPadamkalau waktu Subuh masuk lambat, kakcik dan abg Mus akan keluar cepat dan solat di masjid/pejabat. Kalau masuk awal, kami keluar selepas sahaja solat. Senang, jalan masih lengang jadi kuranglah rasa tertekan. :)
Chik Na...
BalasPadamterima kasih. kakcik pun dah tak sanggup nak masuk dewan bedah rasanya. Serik mengingatkan waktu dibedah untuk memasukkan skru di tualng belakang kakcik!
Lipislady...
BalasPadamjadi wanita ni tambah2 selepas melahirkan berkali2, kita terdedah kepada pelbagai penyakit. Harap2nya tidaklah sampai kakcik perlu dibedah lagi. Biarlah kakcik bertahan dengan ubat sahaja.
Wa'alaikummussalam adol...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah dan ikut blog kakcik ini. Terima kasih juga untuk doa. :)
bujal x...
BalasPadamkamu kan 'anak angkat' makcik yang paling nakal. Saja makcik suka nak usik kamu. Terima kasih kerana kamu masih sudi mendoakan makcik dan keluarga. :)
sal...
BalasPadamkebelakangan ini, kakcik macam tiada lagi ilham untuk dikongsikan bersama...
terima kasih, dik. :)
zue...
BalasPadammemang dari dulu, kakcik dan suami suka keluar awal. Malas nak terperangkap dalam kesesakan yang kadangkala tidak dijangka. :)
PynGees...
BalasPadamsalam kembali adikku. Mungkin kakcik dah terbiasa bangun awal. Jadi, kalau tak bangkit dari tempat tidur pun, mata sudah tak mahu terlelap lagi...
miloais...
BalasPadamha! salah satu tugas tak resmi kakcik ialah membuka pintu pejabat! Kadang2 rasa seram sendiri! Na'uzubillahhiminzalik...
Kakzakie...
BalasPadamtadi pun kakcik ada berbincang dengan suami. Setelah tolak campur darab bahagi... rasanya biarlah kakcik makan ubat (walaupun terasa jemu)...
6.40 tengok tv ,.sejukk
BalasPadamkakakku kakcik..
BalasPadamcatatan ini mengingatkan saya pada arwah mak saya.. bangunya awal..memasak utk kami 8 beradik..sampai ke pejabatnya juga awal..bezanya, mak tak tau apa itu blog..dan ofis mak hanyalah kebun getah yg basah,semak-samun yg merimaskan dan embun pagi yg dingin..moga Allah memberikan keselesaan buat emak di sana..amin
zeq...
BalasPadamtarik selimut tak? :)
Adikku Samad...
BalasPadambegitulah seorang ibu. Waktu anak2 masih 'dalam kelambu', sang ibu sibuk memikir apa yang perlu disediakan buat anak2.
Semoga mak-mak kita tenang di sisi Maha Pencipta. Amin.
Kak Cik...cukup respek dengan perempuan yang sanggup bangun awal pagi untuk masak nasi untuk anak-anak dan suami... saya pernah cuba.. tapi malangnya ,, biasanya kalau bangun awal..nanti awal pagi saya keletihan, mengantuk dan tidak berdaya....nanti mulalah menguap depan anak murid..
BalasPadamKak cik..take care..jaga diri..moga sihat ...
Bangla + Indon = Malaysia? Klik sini
BalasPadam