Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 Mac 2011

Untuk anak-anakku yang kurang cemerlang ....

Ini adalah siaran ulangan. Catatan ini telah disiarkan pada 11/12/2010 selepas keputusan PMR dikeluarkan. Sempena keputusan SPM yang baru diumumkan sengaja kubuka semula catatan ini...


Kita memang impikan, mahukan dan perlukan kejayaan. Kita akan rasa seronok, bangga dan megah dengan segala kejayaan yang kita genggam. Namun, janganlah kejayaan yang kita raih itu akan membuatkan kita bongkak, angkuh dan sombong. Jangan mencebikkan bibir atau menjeling sinis kepada yang 'kurang bernasib baik'. Kita berjaya mungkin kerana usaha mungkin juga kerana tuah atau seribu kemungkinan lain. Namun, segalanya tidak mungkin terjadi tanpa izinNYA.

Andainya kita bukan orang yang berjaya atau kurang berjaya, janganlah kecewa. DIA tahu apa yang baik atau tidak buat kita. Aku ingin mencatatkan pengalamanku sendiri. Bukan untuk membuka pekung di dada dan bukan juga hendak mengada-ngadakan cerita.

Anak-anakku bukanlah dari golongan pelajar cemerlang. Along atau Angah, tidak ada A dalam keputusan UPSR mereka. Begitu juga di sekolah menengah. Pencapaian mereka sangat sederhana dan kadangkala lemah. Bohonglah kalau dikatakan tiada langsung rasa terkilan.

Tapi aku dan suami kena positif. Kami lihat ke mana kecenderungan dan minat anak-anak. Along kelihatannya sangat berminat ke arah agama. Dari seawal usianya 11 atau 12 tahun, dia akan bangun pagi sebelum subuh semata-mata kerana hendak sampai awal di surau. Dia akan mengalunkan azan sebaik masuk waktu Subuh. Pernah sekali dia tertidur di surau kerana dia menyangkakan jam 4.30 pagi itu adalah 5.30 pagi! Alhamdulillah, walaupun sekarang dia bukan seorang Jurutera atau Akauntan, dia adalah seorang Imam yang sangat dikenali masyarakat setempat. Aku amat-amat bersyukur.

Angah sekarang masih belajar di bidang Teknologi Maklumat yang diminatinya. Aku dan suami hanya boleh mengawal agar perjalanannya tidak terkeluar landasan dan semoga dia akan mendapat kejayaan walaupun tidak cemerlang tapi boleh menjamin masa depannya dunia dan akhirat.

Apa yang ingin kusampaikan sebenarnya kepada anak-anak yang telah dan akan mendapat keputusan peperiksaan - walaupun mungkin keputusan kalian itu jauh ketinggalan dari rakan-rakan kalian, itu bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Carilah kekuatan di sisi lain yang kalian ada. Gunakan sepenuhnya kekuatan itu agar nanti kalian tetap dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan kalian.

26 ulasan:

  1. Benar sekali kakcik. SPM itu bukan penamat dalam kehidupan ini.Kesian melihat tekanan dan bebanan yang diletak dibahu anak-anak remaja sekarang.

    Beruntung ibu bapa yang memahami anak remaja mereka.

    BalasPadam
  2. iols setuju ngan kakcik ni....
    andai gagal - cuba lagi
    insyaallah akan berjaya dengan lebih cemerlang pulak!

    BalasPadam
  3. KAKCIK..
    semakin rasa dekat denganmu..
    insyallah,.ayu akan beri nasihat yang terbaik utk adik ayu yang bakal ambil SPM tahun ini.

    walau dia tak bergitu bijak..ayu akan pastikan kemahiran yang dia ada...bakal ayu tonjolkan..

    PS: tahniah along dan angah...anda anak2 yang sangat cemerlang di mata kak ayu

    BalasPadam
  4. ASsalamualaikum,

    Universiti melambak sekarang...pilih je. Soal bayaran PTPTN ada... Ndak dengan idak je...

    BalasPadam
  5. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya
    saya sendiri pun pernah 'kecundang'
    :))

    BalasPadam
  6. org yg tak pernah gagal takkan pernah belajar. betul tak kakcik? :)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum my dear sis..:)

    Dalam pada kelebihan pastinya ada juga kekurangan..
    &
    disebalik kekurangan ada juga kelebihannya..

    Tuhan itu Maha Adil kan sis:)

    BalasPadam
  8. t.kaseh atas pesanan ni kak.. kaseh ni pun baru nak mendidik anak2 buah.. baru2 ni dorang da dapat result peksa..ada satu c je kaseh dah bising..pasni kena berlembut sket ngan buda2 ni dan bersyukur kan kak...

    BalasPadam
  9. saya juga pernah ada pengalaman yang perit semasa proses pembelajaran dulu2. sukar untuk di ceritakan tapi sekarang saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah

    BalasPadam
  10. salam kakcik

    ibu bapa memainkan peranan membimbing anak2 kearah kejayaan. anak2 kakcik bertuah mempunyai ibu bapa yg memahami... alhamdililah

    BalasPadam
  11. kak cik, saya sokong sesangat saranan kakcik..spm hnya laluan pertama..bnyk lagi langkah2 yg perlu dilalui untuk berjaya dlm kehidupan..

    BalasPadam
  12. Betul kak. Saya setuju pendapat kakak. Tapi sebagai guru yang terlibat dalam sistem pendidikan, terpaksa akur, kerana akhirnya yang dimahukan 'pihak' atasan dan ibu bapa adalah 'berapa A?', 'kenapa tak A?'. Kalau pencapaian kurang.....banyak yang kami kena menjawab.


    Tapi secara peribadi, untuk anak-anak sendiri ckLah tak mendesak mereka seperti hadir kelas tuisyen dsb. Keputusan...asalkan boleh 'proceed' untuk laluan ke bidang kerjaya yang mereka minati sudah cukup. ckLah mahu mereka bekerja dengan seronok dalam kerjaya yang mereka sukai, kerana di situ akan lahir keihklasan bekerja. Dari keikhlasan itu nantu, akan wujud keberkatannya ..InsyaAllah..

    BalasPadam
  13. setuju sangat kakcik,

    A yg berderet dlm peperiksaan belum tentu menjamin kejayaan dalam hidup

    saya juga tidak pernah menekan anak2 utk mendapat A yg berderet tu, kita tahu setakat mana kemampuan anak kita

    BalasPadam
  14. Eh..ye-ye cklah panggil kakak, entah-entah kita sebaya atau cklah yang kakak! Hehe

    BalasPadam
  15. Kakcik..
    seperti yang selalu dikatakan melalui media sekarang ni..sistem pendidikan malaysia ni lebih kepada exam based.

    betul la kenyataan tu.
    kita menilai kejayaan manusia berdasarkan keputusan peperiksaan..yang sebenarnya, kejayaan tu subjektif sifatnya.

    saya pun macam ada sikit-sikit terasa tiap kali keputusan spm keluar..ada sejarahnya.

    BalasPadam
  16. Salam perkenalan kak nur,

    Kalau saya tunjuk catatan kak nur dekat mama saya, mesti dia akan tersenyum. Dari kami empat beradik kecil, Mama ngan babah selalu ingatkan untuk belajar rajin2 tapi tak pernah pun mereka cakap belajar sampai cemerlang sebab mereka percaya dengan bimbingan yang betul kami semua akan cemerlang dalah hidup. Tahniah Kak Nur.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum kak cik..betulkan kak cik cemerlang dalam peperiksaan belum tentu akan cemerlang dalam hidup...seronok jadi along...dan pastinya yang bertuah ibu yang mengandungkannya...

    BalasPadam
  18. gagal sekali bukan bermaksud gagal tuk selamnya..salute dgn kak ni,marah anak pun tak gunanya...apapun thniah gak kat anak sis,tak kira keptusan dia bagaimana...

    BalasPadam
  19. Mayam..

    salam perkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah. Kecemerlangan bukan jaminan kebahagiaan....

    BalasPadam
  20. betul tu kakcik.. mak bapak kena pandai tengok kecenderungan dan bakat anak2 kan kak.. tak semestinya kalao mereka kurang berjaya dalam pelajaran, maka mereka akan kurang berjaya dalam hidup...

    BalasPadam
  21. kak cik...
    kl la ade org yg nasihatkan sy mcm nih...sob sob sob...sgt terharu...

    BalasPadam
  22. setiap insan yg Allah jadikan ada keistimewaan msg2...

    BalasPadam
  23. Satu dari kebanggaan ibu-bapa setelah ianya pergi dijemput Ilahi adalah doa dari anak yg soleh.

    Nah.... biarlah anak-anak yg kita tinggalah esok dapat mendoakan kita kakcik. Walau seorg CEO tapi tiada doa dititip buat kita sedihnya rasa.....

    BalasPadam
  24. assalamualaikum kakcik..

    SPM bukanlah segala-galanya tetapi masyarakat sangat suka mengukur dari situ

    BalasPadam
  25. salam k.cik...

    alhamdulillah...setidak2nya anak k.cik tlh m'jadi org yg berjaya... m'corakkan masa depan anak2 bkn beerti kuasa autonomi ibubapa menentukan hala tuju... sokong anak2 ke arah yg mereka t'mampu & selebihnya kata2 positif sgt perlu dlm memastikan mereka tidak trus jatuh, sblknya bangkit utk terus b'tatih...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com