Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 Mac 2011

Kenapa begitu akhirnya...

Saat kau dilahirkan
kau disambut penuh kesyukuran
di telingamu dibisikkan azan
diwar-war akan wajahmu yang tampan


ketika itu tiada apa yang kau tahu
menangismu saat kau perlukan susu
atau kala kau inginkan dakapan ibu
mungkin juga sesekali perutmu sebu


kau membesar diulit kasih
tidak dibiarkan kulitmu tercalar pedih
saat kau menangis pasti ibumu turut bersedih
apalagi kalau kau hiba merintih-rintih


begitu cepat waktu berlari
engkau dewasa bagai tidak disedari
namun ibumu menjeruk hati
zahirmu tidak lagi seperti lelaki

engkau berhias bagai wanita
lenggang dan lenggok kononnya bergaya
hendak disalahkan pada siapa
bila ditegur kau menjeling 'manja'

kenapa begitu pula akhir jadinya
salah asuhan atau pun apa
tiada pula tergambar duka di muka
malahan kau mendabik dengan penuh bangga

bukan sekadar hiasan dan pakaian
suaramu pun tega engkau ubahkan
tidakkah telah elok kejadian Tuhan
sesuka hati dikau ubahsuaikan

untukmu doaku panjatkan
agar kau tetap kembali ke pangkal jalan
bukan bermaksud menghulur sindiran
semoga pergimu nanti bersama keimanan

nota hati :  sebagai ibu kepada empat anak lelaki, aku sangat takut andainya terjadi begitu kepada anak-anakku.  Mohon dan doa kepada yang Maha Berkuasa agar kejadian dan kurniaanNya yang begitu sempurna tidak dipersia-sia...



42 ulasan:

  1. kakpah bertemu seorang wanita yang anggun bergaya tetapi bila bersuara, buat kakpah tertanya2 adakah dara atau jejaka.Kulihat dada, jelas kewanitaannya.
    Dia sering menelefon kerana urusan. Tak melihat rupa memang tidak perasan. Kerana suara lelakinya jelas...

    BalasPadam
  2. Kakpah...

    beberapa minggu lepas, kakcik sekeluarga makan di sebuah kedai makanan barat. Seorang wartawan bersama kawannya datang makan di situ dan terus berpelukan dengan wanita pemilik kedai. Dadanya (wartawan itu) memang jelas dada wanita, suara pun suara wanita tetapi wajahnya 'tidak begitu wanita'.... Wallahuaklam....

    BalasPadam
  3. relax kak...anak2 akak ok...no hal laaa.....

    nanti kita gi ke citarasa rinduan sama2...yea....awal akak komen ke sana td erk...ahakz

    BalasPadam
  4. Kalau didikan telah ditanam sedari kecik Insya-Allah anak tidak dapat lari dari cara hidup yg sebenar.

    Kalau ikut mata kakak anak2 kakcik tak akan begitu....

    BalasPadam
  5. smlm IE pegi ke sebuah agensi yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal kekeluargaan...

    cantk.

    sopan

    petugas lelakinya pun semua lembut-lembut..


    ????

    BalasPadam
  6. jeBateja...

    ke rumah jeBat pun awal kakcik jengah. :)

    BalasPadam
  7. Kakzakie...

    itulah harapan dan doa kakcik. Janganlah anak2 kakcik tersalah pilih jalan untuk dilalui.

    BalasPadam
  8. IE...

    ada sebuah bank yang selalu juga kakcik pergi, di cawangan2nya kebanyakan petugas lelaki di kaunter adalah mereka 'yang lemah lembut'...

    BalasPadam
  9. lelaki yang lemah lembut satu hal,
    wanita yang gagah perkasa , jalannya sudah tak lenggok lagi, pun satu hal sekarang.

    BalasPadam
  10. mendidik anak llk or pompuan sama2 mcabar zmn sekarang ni..

    BalasPadam
  11. doa yang terbaik buat anak2 kita semua agar yang lelaki menjadi jantan sejati dan yang perempuan menjadi wanita sejati(ala-ala perempuan melayu terakhir)...

    anak lelaki atau anak perempuan yang penting didikan, bagi aina anak lelaki lebih boleh diharap berbanding bunga nan sekuntum kat rumah tu...

    BalasPadam
  12. Hamizah...

    betul tu. Cabaran mendidik anak adalah satu cabaran yang hebat - tak kira anak lelaki mahupun perempuan...

    BalasPadam
  13. JunAina...

    kakcik hanya ada anak2 lelaki. Kadang2 mereka sangat boleh diharap, kadangkala kakcik terpaksa buat semua sebab malas bising...

    BalasPadam
  14. bila jadi macam ni kan kak.. nak salahkan siapa yer.. atau ini dikatakan ketentuan ALLAH...boleh ke ckp macma tuh kak..atau manusia sendiri yg tak mampu nak pk mana baik mana buruk utk dirinya..

    BalasPadam
  15. kakcik jgn risau...saya tgk anak2 kakcik semua baik-baik. :)

    BalasPadam
  16. harap di jauhkan... tp kekadang kalau dah jadi sebegitu, bukanlah silap sepenuhnya dari ibu bapa... pengaruh kawan jugak antaranya, terutama yg tinggal di asrama.

    BalasPadam
  17. AKT...

    Amin. Semoga doa kita diperkenankan. InsyaAllah.

    BalasPadam
  18. Kaseh...

    Allah kurniakan kita akal dan fikiran yang waras agar kita dapat membuat pertimbangan sebelum mengambil sesuatu tindakan. Jangan salahkan takdir bila kita diberi pilihan, kita sendiri memilih untuk mengikuti yang salah sedangkan kita sudah tahu akibat yang akan kita terima.

    BalasPadam
  19. gB...

    syukur Alhamdulillah setakat ini mereka semua nampaknya tidaklah terpesong. Semoga begitulah sehingga akhirnya...

    BalasPadam
  20. Mila...

    sebagai ibu yang bekerja, kita tidak punya masa untuk bersama anak2 setiap ketika. Di luar pula pengaruh dan cabaran tidak kurang hebatnya. Mohon dijauhkan Allah akan segala bencana...

    BalasPadam
  21. KakCik

    I nak menyimpang sket. Bakat you menulis cara tu boleh kalahkan Habsah Hassan penulis skrip/lirik tu. Ikhlas memuji nih sbb I tak selalu puji orang sbb dlm hati nih dah berombak2 tak tahan nak meluahkan fakta :-)

    BalasPadam
  22. memang ati minta jauhkan
    dari benda tu semua kepada
    anak2 bujang ati

    BalasPadam
  23. semoga anak2 kita sntiasa dibawah perlindunganNya....

    BalasPadam
  24. hati dan naluri ke arah situ...hanya mereka yg sejiwa dgnnya yg dpt memahami hati mereka.

    knape mesti kesitu ek...

    BalasPadam
  25. CS...

    alamak! you dah buat I tertelan air liur ni... Jangan biarkan dada you berombak lama2, nanti boleh dapat penyakit tau! hehehe...

    BalasPadam
  26. bujal x...

    mestilah anak orang... kalau anak kucing, makcik tak kisah. :)

    BalasPadam
  27. Ati...

    semua ibu mesti berperasaan begitu, kan?

    BalasPadam
  28. NzA...

    InsyaAllah - disamping itu kita sendiri kena rajin membimbing dan memerhati...

    BalasPadam
  29. Zue...

    kadang2 mulut berkata saling memahami, hakikatnya diri sendiri pun tidak difahami...

    BalasPadam
  30. nota hati kakcik tu nota hati teman juge.. amiinnn!
    *touching laaagiiiii*

    BalasPadam
  31. anak lelaki saya yg kedua
    masa kecik suka sgt main
    anak patung sebab masa anta rumah
    pengasuh tu..dia ada anak perempuan
    diberi mainan itu..

    saya risau smpai skrg..
    kdg2 nmpak hero saya
    nak main2 dgn budak gegirl ajo..
    ada juga dia main ngan lelaki
    tapi jika nmpak budak gegirl..mcm nk ke budak tu ajo..


    saya ngan somi salu igtkan dia
    hero saya tu ok sbenarnya
    xde la yg auw..auw..mintak jauh
    cuma risau ajo..

    BalasPadam
  32. AzeedA...

    apekeheinye asyik tacing dacing je ni??? hehehe...

    tapiiii.. itulah isi hati nurani seorang ibu yang sentiasa mahukan kesempurnaan buat anak2....

    BalasPadam
  33. SN...

    kerisauan itu memang berasas. Tapi selagi dia masih kecil, bentuk dan didiklah dengan tegas tapi berhemah agar dia tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak untuk dirinya. InsyaAllah, anak itu akan jadi lelaki sejati. :)

    BalasPadam
  34. Salam kakcik,
    saya pun sama kakcik.. selalu bimbangkan perkara yang sama sebab semua anak2 saya lelaki.. ada pulak antara kenalan keluarga yang berprangai macam nukilan kakcik, tu yang buat saya risau..apa pun memang saya doa sesangat pada Allah semoga anak2 dijauhkan dari terpengaruh menda2 macam ni..

    BalasPadam
  35. Aanas...

    ibu manalah yang tidak risau bila anak yang dijaga dan diasuh selama ini, tiba2 bertukar haluan. Na'uzubillahiminzalik.

    BalasPadam
  36. semoga Allah SWT membuka jalan keinsafan pada dorang yang sebegitu. Memang banyak yang macam tu kat luar sana. Kurang pasti kenapa mereka kerah tu.Sama-samlah kita berdoa satu hari terbit sinar keinsafan dalam diri mereka.

    BalasPadam
  37. Cik Ina...

    mungkin mulanya sekadar ikut2an, lama kelamaan jadi kebiasaan. Sama2lah kita doakan mereka kembali ke asal kejadian...

    BalasPadam
  38. salam wahai k.cik...

    x menjengah sehari ke blog ini...rasa bnyk cerita yg sy ketinggalan...

    betul kata k.cik..wlupun gee baru m'jadi ibu kpd seorang ank lelaki... adakalanya hati ini takut sgt bila melihat btp beraninya anak adam merubah kejadian... doa dipanjatkan agar ankku m'besar mengikut fitrah kejadiannya sbg seorang lelaki yg sejati...amin..

    BalasPadam
  39. W/salam Gee...

    sama2lah kita memeberi bimbingan dan berdoa, agar anak2 kita tidak terpesong jalan mereka...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com