Kawan-kawan kakcik

Khamis, 24 Mac 2011

Rasa bersalah pula...



Masa sikit ditunggu-tunggu
bila agaknya nak cecah seribu (beranganlah tu)
akhirnya kini bertambah lagi satu
Sdr. Dang Tari si gadis Melayu

tiga ratus jumlah yang banyak
membuatkan aku rasa terhenyak
 diriku ini tidaklah layak
punya pengikut yang membuak buak

bukan catatan untuk mengampu
menghargai kalian setulus hatiku
cuma ingin menyatakan 'aku tidak mampu'
ke 'rumah' kalian nak berkunjung selalu

kedatangan kalian memang dinantikan
walaupun dalam senyap diri dihadirkan
terbit juga rasa malu dan segan
tiada hidangan enak untuk disajikan

ada yang datang tanpa alamat
susah bagiku berkunjung hormat
selagi tidak terpesong niat
kesudian kalian tetap kuingat

...terima kasih kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak yang sentiasa sudi berziarah ke sini.  Tanpa kalian rumah ini pastinya sepi...


57 ulasan:

  1. Assalam,

    Usah diragu usah dibimbang
    saya sudi bertandang
    juga ditandang..
    tiap tulisan dlm ingatan
    moga sihat wahai kakcik ku sayang .

    BalasPadam
  2. yay~~da ada 3oo~~tapi kan makcik~~saya tak panggil pengikut atau follower~~rasa macam bos plak~~saya panggil rakan2~~wee~~

    BalasPadam
  3. fuyooo...dah bertambah peminat
    lepas boleh la fofular mcm abg spek kan...hahahahaa

    BalasPadam
  4. W/salam LiNda yang manis...

    ke rumahmu kakcik akan datang
    bila saja waktu terluang
    nampak pula namamu naik di atas ruang
    pastinya laju kakcik terbang... :)

    BalasPadam
  5. bujal x...

    makcik pun tak panggil pengikut (rasa macam Ayah Pin pulak)... makcik tulis tajuk (tapi tak nampak) 'Kawan-kawan kakcik'... :)

    BalasPadam
  6. @cu sayang...

    Abg spek??? siapa tu??? Fofular??? Berangan fofular bolehlah kakcik ni... :)

    BalasPadam
  7. sudah 300...tahniah kakcik..
    tapi apa yg penting, ialah kita sentiasa lawat rumah rakan rakan, bila ada kesempatan, tak kiralah seminggu sekali ke..atau dua minggu sekali(kalau kita bizi sgt)...janganlah lawat sekali sahaja seumur hidup, masa nak klik ikon 'follow' tu...:P

    BalasPadam
  8. idang ikan temenung goren ngan nasik paneh2 je pon dh cukuop kakcik uuuuuiiiiiiii ;)

    BalasPadam
  9. saya sokong ckp bujal n daddyziyyad ..kita semua adalah sahabat..dan sahabat kena saling kunjung mengunjung bila berkesempatan..hehehe..sbb tu saya sayang kawan2 saya..yg mana ada dalam `sharing n caring :)` dlm blog kaseh tu adalah list yg wajibbb dilawat hari2..mueheh..

    BalasPadam
  10. Dr DZ...

    setakat klik ikon tu lepas tu duduk senyap2, baik tak payah ikut, kan? :)

    BalasPadam
  11. AzeedA...

    tambah kicap yang dicampo dengan cabei bughung dan bawang potong, sodap tuuuu... (meleleh ayo liyo teman) :)

    BalasPadam
  12. diana...

    terima kasih, dik. Blog Diana pun mewah dengan pengikut, kan? Dah hampir 2000 orang... :)

    BalasPadam
  13. dari bandar pergi ke pekan
    untuk berjumpa semua yg disayang
    walaupun tiada sajian disajikan
    entri yang disaji membuatkanku kenyang

    BalasPadam
  14. jgn risau, selalu jenguk kakcik sini..:)

    BalasPadam
  15. Kaseh...

    kakcik pun sayang kamu semua. :)

    Senarai yang ada dalam bloglist tu, kadang2 tuan rumahnya menghilang entah ke mana... :(

    BalasPadam
  16. Assalam kak cik.. selagi ada masa kita singgah juga tahniah makin bertambah follower.

    BalasPadam
  17. kak cik...
    kak cik ni mcm penulis laa....(ke kakcik mmg seorang penulis???)i likeeee......hehehehhe

    BalasPadam
  18. sungguh indah kata-kata akak tu..
    membuat mata jadi terpaku..

    BalasPadam
  19. kak cik selagi kak cik tidak berhenti dari terus berblogging selagi itu kami semua tidak akan berhenti untuk singgah di sini...tahnia kak follower makin bertambah...

    BalasPadam
  20. rumah kakcik dah jadi blog wajib bertandang
    walau tiada apa makanan dihidang
    hehehehe

    BalasPadam
  21. saye pun peminat kakcik jugak w/pun tak diundang..

    hari2 bertandang kat umah kakcik ni tau kadang2 tu tak sempat nak tegur jer...

    BalasPadam
  22. saya ni jgn kata blog, umah kakcik tu pun saya nak terjah tau! heheh~

    BalasPadam
  23. Monalea...

    jalan ke kampung berliku-liku
    tiba di rumah suasana sunyi
    terima kasih buatmu adikku
    kerana tak jemu singgah di sini

    BalasPadam
  24. Qema...

    terima kasih, dik. Kakcik tahu Qema rajin singgah kat blog kakcik ni. :)

    BalasPadam
  25. W/salam AAP...

    kawan-kawan AAP lagi ramai, kecikkkk je rasanya kakcik ni.... :)

    BalasPadam
  26. saya datang lagi menambahkan seorang lagi tetamu .. apa yang kakcik nukilkan itu rasanya mewakili semua penulis blog (termasuk saya) yang mempunyai follower atau pengunjung yang ramai.

    kadang2 tu saya sengaja menahan diri dari membuat entri baru kerana malu sendiri kerana tak dapat membalas kunjungan sahabat (kadang2 entri kakcik pun terlepas juga). hehe

    BalasPadam
  27. Azian...

    kakcik memangh seorang penulis - penulis blog! hehehe... :)

    BalasPadam
  28. Hanis Azla...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. :)

    BalasPadam
  29. Amy...

    terima kasih kerana Amy tetap berkunjung ke sini walaupun blog Amy pun sangat ramai peminatnya. Terima kasih sekali lagi, ya dik. :)

    BalasPadam
  30. Dr h4ni3...

    kakcik sedang menjamah rojak timun ni, nak join tak? :)

    BalasPadam
  31. ainnoraini...

    janganlah kata kakcik tak undang. Masuk je... InsyaAllah, pintu sentiasa terbuka... :)

    BalasPadam
  32. gB...

    meh la datang lagi. Eh! gB nak pergi tak wedding WBH nanti? Boleh kita tetapkan waktu.. nak tak? :)

    BalasPadam
  33. Kanda AL...

    saya pun tak ingat sama ada saya ada sain follower blog tuan atau tidak. Tapi, saya tetap juga singgah ke sana pada bila2 masa...

    Kadang2 rasa nak tutup kotak komen sebab takut tak sempat nak jawab dan tak sempat nak berkunjung balas. Tapi tak seronok pula rasa cakap sensorang! :)

    BalasPadam
  34. Dah ramai follower kakcik ye. Tahniah.... itu tanda ada teman datang tanpa diduga....

    BalasPadam
  35. Kakzakie...

    semoga persahabatan yang terjalin di maya ini tidak akan terputus di pertengahan jalan hendaknya...

    BalasPadam
  36. Salam bertandang,
    Harap kedatangan tidak diundang,
    Tidak menimbul rasa tak senang,
    Hajat di hati cuma nak bergebang.

    Salam perkenalan..Sy folo lah kat sini..

    BalasPadam
  37. dah ramai kawan siber kakcik...
    mana yg termampu lah kakcik...
    atau buat giliran
    sehari kata lah pegi 20 rumah
    ok jugak kan????

    maaf jugak ye kakcik...
    iols pun tak selalu tinggalkan jejak @ komen kat blog kakcik...
    kekadang terkelu jejari bila membaca nukilan kakcik...
    syahdu dan menyentuh hati....

    muahhhhhhhhhh!~

    BalasPadam
  38. Salam, kakcik..

    Waaahh.. Dah cecah 300? Tahniah, kak..
    sy punye baru cecah 30..

    hehe...

    BalasPadam
  39. Rina ...

    daun selasih lekat di batang
    dipetik dijemur dalam dulang
    terima kasih sudi bertandang
    jangan pula jemu mengulang... :)

    BalasPadam
  40. miloais...

    sudi datang pun kakcik dah bersyukur. Memang kadang2 kita baca coretan kawan2 kita, tapi kita tak tahu nak komen apa2... kakcik pun begitu. :)

    BalasPadam
  41. adol...

    blog kakick yang ini dah hampir setahun usianya. Kalau blog popular dah ribu2an kawan mereka. Syukurlah dengan apa yang kita ada kerana itu lebih baik dari tiada, kan? InsyaAllah tak lama lagi ramailah kawan2 adol tu... :)

    BalasPadam
  42. Betul apa yang kak chik kata. Mana ada masa nak pergi semua blog yang follow kita. Kat rumah ngan kerja rumah, kat opis pulak ngan kerja opis .Yang mengomen entry kita pun , tak cukup masa nak pergi blog dorang.Semoga dorang faham situasi kita.

    BalasPadam
  43. assalamualaikum ibu,

    tahniah kerana follower dah cecah 300 orang.

    moga2 semakin bertambah boleh buat kenduri kesyukuran..hahahah.

    percaya atau tidak ramai yang suka membaca coretan ibu..

    BalasPadam
  44. Cik Ina...

    rasanya semua blogger ada masalah yang sama. Jadi, harapnya tiada yang kecil hati bila kita tidak sempat untuk menjejaki... :)

    BalasPadam
  45. Wa'alaikummussalam Azween...

    InsyaAllah Sabtu malam ni memang ibu ada buat makan2 sikit kat rumah untuk keluarga dan beberapa orang kenalan. Along nak buat sebab InsyaAlalh minggu depan dia akan berangkat ke Tanah Suci. :)

    Ramai ke yang membaca coretan ibu yang entah apa-apa je ni...

    BalasPadam
  46. As salam. KAK chik masih muda. Kuat lutut

    BalasPadam
  47. Semakin ramai follower, (bagi pendapat sayalah) sebenarnya lagi besar tanggungjawa kita dengan apa yang kita tulis. Macam saya, kekadang rasa bersalah apabila menulis kisah-kisah merapu untuk pengunjung blog saya....menyebabkan akhir-akhir ini jadi terfikir-fikir kalau mahu menulis...

    BalasPadam
  48. W/salam Zeq...

    Usia hanyalah angka yang mengingatkan bahawa masa untuk kita kembali kian tiba...

    BalasPadam
  49. ckLah...

    itu juga yang sering kakcik fikirkan. Apakah catatan yang kakcik buat sesuai untuk jadi tatapan. Jujurnya, kakcik semakin takut untuk menulis melalut-lalut! :)

    BalasPadam
  50. tahniah kak chik...
    saya jika online..
    pastu kak cik hapdet
    mmg saya singgah umah kak cik ni..hehehe

    ada gak kdg2 telepas sb prob line..huhu

    BalasPadam
  51. SN...

    kakcik pun sama, kakcik selalunya buka blog yang ada di atas dalam senar blog yang kakcik baca menyebabkan tertinggal pula blog kawan2 yang di bawah (kakcik susur juga tapi agak mengambil masa) :)

    BalasPadam
  52. ibu,

    mestilah ada yang sudi malah ada yang dah jadi habit membaca coretan ibu.

    nasihat ibu, pandangan ibu..amat benilai.

    wahh..semoga along selamat di sana nanti.

    BalasPadam
  53. Azween...

    ibu ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada yang sudi membaca coretan ibu. Kadangkala rasanya ibu mencoret bagaikan sedang bercakap dengan anak2 ibu tentang isi hati ibu, tapi lebihnya ibu sekadar merapu-rapu... :)

    BalasPadam
  54. Salam my dear sis..KakCikS:)

    TAHNIAH!!dah menjangkau 302 pee..:):)
    pastinya ada yang menarik di sini yg buat ramai yg tertarik:):):)

    Semoga akak sentiasa diberkatiNya dan sihat2 di sana yaa:)

    BalasPadam
  55. W/salam Tinie adikku...

    Alhamdulillah, ada juga yang sudi singgah dan membaca blog kakcik ini. Ramai juga kawan2 yang sama bermula hilang entah di mana, dan yang baru datang memberi warna. :)

    Semoga Tinie dan keluarga sentiasa sihat sejahtera.

    BalasPadam
  56. salam k.cik...

    alhamdulillah... b'tmbh pengikut, b'makna b'tmbh lah shbt k.cik di dunia ini... moga semuanya x punya niat disebaliknya... yg penting ikhlas menambah saudara utk b'kongsi rasa...

    BalasPadam
  57. W/salam Gee...

    kita hanya ingin berkawan bukan untuk menambah lawan, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com