Tanda mata terbaru dari Acu Sayang merupakan tasbih kristal dari Mekah. FM yang dua keping itu diterima tidak berapa lama dulu (kedua-duanya juga dari Acu), satu dari Vietnam dan satu lagi dari Singapura. |
Terima kasih Acu kerana tidak pernah lupakan kakcik setiap kali Acu ke luar negara. Tiada yang lebih bermakna dari ingatan tulus ikhlas dari Acu.
Malam tadi juga hasrat Along untuk mengadakan jamuan makan-makan telah dilaksanakan. Terima kasih kepada semua tetamu yang sudi hadir. Terima kasih juga kepada adik-adik, adik-adik ipar, kawan-kawan Along dan kawan-kawan Angah yang turut meringankan tulang menolong mengadakan persiapan dan mengemas dari awal hingga akhir majlis. Alhamdulillah, hidangan ringkas yang aku dan adik-adik sediakan, tidak bersisa.
Semoga selepas ini, hasrat aku untuk menjemput rakan-rakan maya hadir ke rumahku, akan dapat aku laksanakan. Bila masanya? InsyaAllah nantikanlah bila kita ada rezeki dan kelapangan. Doakan, ya?
kakcik..jgn lupa saya yee...klu buat jemputan rakan maya..
BalasPadamSal...
BalasPadamInsyaAllah. Takut Sal je tak sudi nak datang... :)
bila kita baik dengan orang, kita akan sentiasa di ingati serta di hargai dan juga di permudahkan dalam semua urusan dengan pertolongan-Nya
BalasPadamteringat tasbih yang mak beli untuk IM semasa dia ke Mekah dulu...
BalasPadamtasbih itulah IM selalu guna hingga sekarang...
assalamualaikum...
BalasPadamorg yg ikhlas dan baik dlm perhubungan,insyaallah akan dpt balasan yg baik juga....
alhamdulillah...jika kita ikhlas bersahabat pasti sahabat tersebut ikhls dn sentiasa ingat pd kita...
BalasPadamp/s jgn lupa jemput ida ye kakcik..andai ada kenderaan ke sana insyallah ida dtg.
jgn lupa jemput saya kak hihi
BalasPadamkakakku kakcik..
BalasPadamarwah mak saya pernah berpesan, "rajin-rajinlah jamu orang makan..nescaya Allah tak kan biarkan kamu berlapar..".. saya pegang kata2 itu sehingga ke saat ni..
seronok jika ada org bg hadiah pada kita tanda ingatan..
BalasPadamkak cik nk jemput rakan maya pulak yer..jgn lupa saya deh..hehe
Tentu seronok rasanya bila ada orang yang sentiasa ingatkan kita...
BalasPadamKeadaan tu sama macam rasa sayang. Bila kita sayang kat orang, orang tu pun mesti sayang kat kita. sebab tu dia sentiasa ingat pada kita....
nak jemput kita ke lain kali....ahakz...ahakz...sila...sila...
BalasPadamseronoknya dapat hadiah kenang2an..
BalasPadamassalamualaikum.kak cik..ayu rindu kamu..
BalasPadamalhamdullilah FIL dah semakin sembuh...
PS: semoga along dipermudahkan urusan...ayu pun teringin nak jumpa kakcik...................
bestnya dapat cenderhati dari mekah
salam k.cik ku...
BalasPadamalhamdulillah... seronok & bahagianya kn k.cik bila ada org ingat kita... cenderahati adalah tanda ingatan, tp ingatan itu lah yg m'buatkan kita sgt2 t'sentuh...moga gee pn dpt sahabat2 sedemikian..
eelobor...
BalasPadambetul tu dik... tidak sia2 berbuat kebaikan, apatah lagi kalau tidak mengharapkan balasan. Dia di atas sana sentiasa memerhati dan akan merahmati.
IM...
BalasPadamsetidak2nya pun, tasbih itu akan membuatkan Im sentiasa teringat dan merasa dekat dengan mak IM. :)
Wa'alaikummussalam wati...
BalasPadamInsyaAllah. Amin. :)
Ida...
BalasPadamandainya jadi nanti, akan kakcik war2kan di blog ini. Harap2 Ida akan dapat menghadirkan diri. :)
Mimi...
BalasPadamInsyaAllah. Doakan kakcik murah rezeki, ya? :)
Adikku Samad...
BalasPadamInsyaAllah dengan memberi orang makan, kita sendiri tidak akan kelaparan. Along terlalu suka menjamu orang makan, Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada. :)
SN...
BalasPadamInsyaAllah. Kakcik akan jemput nanti. Cuma waktunya belum tahu lagi. Tunggu perbincangan selanjutnya dengan AJK! :)
KM...
BalasPadambetul. Bila ada rasa sayang, perasaan seolah2 sentiasa berhubung walau tidak secara nyata. :)
jeBateja...
BalasPadamInsyaAllah, kakcik akan jemput nanti. :)
Yan...
BalasPadammemang seronok. Bukan harganya yang penting tapi nilai persahabatan itu yang lebih utama. :)
Wa'alaikummussalam Ayu...
BalasPadamrindu kamu juga. Syukurlah bapa mertua Ayu dah boleh keluar wad. Semoga kesihatan beliau akan bertambah baik. InsyaAllah. :)
W/salam Gee...
BalasPadamotang ingta kita kerana mereka sayangkan kita, kan? Semoga kita tidak membalas rasa sayang itu dengan pengkhianatan.. :)
tu saja yg mampu acu pos...insyaAllah acu tak akan lupa kan kakak2 alam maya acu yang acu sayang nie :)
BalasPadamAcu...
BalasPadamyang penting adalah ingatan yang ikhlas. Kakcik pun sayangkan Acu. :)