Kawan-kawan kakcik

Ahad, 30 Ogos 2015

Bila duit 'ditelan' mesin ATM...


Pernah tak terjadi bila anda mengeluarkan duit dari mesin ATM, duit tidak keluar tetapi jumlah baki sudah berkurangan?

Bila ini terjadi, mesti kita jadi panik sekejap, kan?  Apatah lagi bila kita mengeluarkan wang menggunakan kad dan akaun dari bank yang lain (contohnya BSN)  di mesin ATM bank lain (contohnya Maybank).  Bertambah panik bila wang yang hendak kita keluarkan itu, hanya itulah baki yang 'layak' dikeluarkan...

Apa tindakan yang perlu kita ambil?

- simpan resit yang keluar dari mesin ATM itu (jelas di situ ada catatan URUSNIAGA TIDAK BERJAYA)

- semak baki duit kita (pastikan memang baki sudah berkurangan)

- ambil kad ATM yang kita gunakan untuk mengeluarkan duit tadi.  Di belakang kad itu tertera nombor telefon Pusat Khidmat Pelanggan atau Tele Banking bank berkenaan.

- Telefon nombor tersebut (dan kesabaran kena ada sama ada sebelum atau ketika dapat bercakap dengan seseorang yang menyambut panggilan kita).  Jawab soalan-soalan yang ditanya.  NOMBOR TRACE dan TEMPAT serta MASA yang tercatat pada resit yang kita ambil tadi adalah penting. Ianya menunjukkan bahawa kita benar-benar TAHU tentang transaksi yang telah berlaku.

- Biasanya kita DIJANJIKAN bahawa wang kita akan dipulangkan dalam tempoh 14 HARI (2 MINGGU).  Tak mengapalah, janji kita dapat balik duit kita.  Walaupun hanya RM50.00, ianya tetap bernilai untuk orang yang tak punya berbillion ringgit di dalam akaun, kan?

ITU SAHAJA. 


Sabtu, 29 Ogos 2015

Salam takziah buat Kak Nanie (Values of Life)...

Kepada yang mengenali atau mengikuti blog Hajjah Noraini @ Kak Nanie @ Marina Monroe VALUES OF LIFE,  dimaklumkan bahawa suami beliau, Abang Bob Burhanuddin telah pun kembali ke Rahmatullah pada petang 28/08/2015 dan jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Lama pada malam yang sama.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh...

Innalillahhiwainnailaihirojiun...


Rabu, 26 Ogos 2015

Setakat itu jodohnya - Yatt Hamzah bercerai juga...

Allah SWT lebih mengetahui segala yang terjadi dan segala yang terbaik buat hambaNya, maka siapa pula kita yang memandai-mandai hendak membuat 'agakan' (spekulasi) itu ini.  Semoga mereka meneruskan kehidupan dengan aman dan tetap di jalan yang diredho Ilahi...


Walaupun sebelum ini pasangan Yatt Hamzah dan suaminya, Abdul Mutalib Abdul Syukor seakan menemui jalan damai dalam rumah tangga mereka namun takdir Tuhan itu lebih kuat untuk dilawan. Pasangan ini sudah sepakat untuk berpisah secara baik.
Yatt Hamzah dan suami bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur secara tertutup sekitar jam 4.23 petang semalam, lapor Berita Harian.
Sumber gambar dan berita : ROTIKAYA

'Saya cuma hendak berniaga'...

...berkesempatan bersembang-sembang dengan Mr A pada suatu petang...

katanya :

saya orang berniaga
saya cuma hendak jalankan perniagaan saya
tolong jangan ganggu saya
hendak GST, saya bayar
hendak cukai, saya bayar

tapi sekarang sangat rasa tertekan
dulu kalau tempah barang 100 boleh dapat 100
sekarang tempah 100 dapat 30
kalau mahu lebih kena bayar lebih
sebenarnya bukan harga barang naik
tapi nilai duit sudah jatuh
kita tempah barang dari luar
mereka ambil ikut kadar semasa

kesian anak-anak belajar di luar negara
mak ayah gaji banyak itu juga
tapi nilai sudah tidak sama
macam mana nasib mereka?

banyak lagi yang kami sembangkan
termasuklah isu DERMA
tapi setakat itulah sahaja
kerana kita MASIH BELUM BOLEH BERBUAT APA-APA!

Selasa, 25 Ogos 2015

Hari ini hari gaji...

...hendak tersenyum pun macam tak bererti
segala bil dibayar dari awal pagi
belum pun sempat petang duit tidak lagi berbaki

Itulah akibatnya tak ikut cakap Menteri
segala keperluan sediakan sendiri
tidaklah rasa terbeban dengan GST
pilihanraya akan datang cuba-cubalah calonkan diri...

Jumaat, 21 Ogos 2015

Aku rindu bapa...

Melayari catatan lama di blog sendiri dan aku terjumpa CATATAN INI. Betapa sebak aku rasakan dan banyak yang tidak terluahkan...

Apa-apapun, walau aku bukan anak yang solehah, aku tetap berdoa dan memohon agar Allah SWT menempatkan roh bapaku dan juga ibuku di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh...


Keluhan tidak akan mengubah apa-apa...

...sebenarnya kita mengeluh itu pun untuk apa?

untuk meraih simpati?

untuk memuaskan hati?

untuk menambakan sesak jiwa sendiri?

yang datang tetap datang

yang pergi tetap pergi

kita yang perlu berubah

jika harapakan orang lain yang berubah

mungkin akhirnya kita hanya hanyut sebagai sampah

ringgit jatuh lagi
tapi perut tetap perlu diisi
keluhan tidak akan membuahkan nasi
kalau kita sendiri memberatkan diri


Khamis, 20 Ogos 2015

Mengintai dalam kelam...

...menyembunyikan apa yang terpendam
menyimpan segala dendam
membuang rasa geram
biar rahsia tersimpan diam-diam...

Terliur tak?...

(Kes ilham tak datang sebab masih di dalam wad.  InsyaAllah petang nanti dah boleh keluar)...

Isnin, 17 Ogos 2015

Percutian 'mahal' tapi tidak mewah...

Syukur kepada Allah kerana masih mampu bercuti di sini walaupun atas ehsan pihak lain.  Bayangkan mereka yang perlukan percutian ini tapi tidak punya kemampuan sama ada atas biaya sendiri atau atas derma mana-mana pihak...

Status 'saja-saja'...

Ahad, 16 Ogos 2015

Untung jadi Che Ta... dalam 2 hari boleh jadi jutawan...

Gambar dan berita asal dari : ROTIKAYA



Hanya melalui jualan minyak wangi jenamanya sendiri, siapa sangka Che Ta kini telah berjaya meraih hampir RM1.2 juta hanya dalam masa dua hari, satu sambutan yang cukup hangat berbanding perniagaan lain yang diceburinya.

“Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari. Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut”
“Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula”
“Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai,” jelasnya kepada mStar Online. Tahniah diucapkan kepada Che Ta. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada insan lain untuk berjaya sepertinya. 

Sabtu, 15 Ogos 2015

India - aku akan datang lagi...

...jika diizinkan Ilahi


...meskipun tiket sudah dibeli
kita bukan tahu esok apa akan terjadi

Selasa ini akan masuk ke bilik bedah lagi
semoga segalanya dipermudahkan Ilahi
walaupun pada November dirancang untuk pergi
3 bulan bukan tempoh yang lama untuk dinanti


Khamis, 13 Ogos 2015

Kembar Siam Berkepala Dua?...

Gurau-gurau je ya Iqram dan Uqasha...

Aduhai Insan...

nyawa Allah beri
badan Allah bagi
udara disedut secara percuma

v

v

v

v

v

v

tapiiiiii...

v

v

v

v

v

v

kenapa susah sangat nak ucapkan terima kasih?

duduk mengadap pelbagai gadget berjam-jam 
tidak pun terasa membuang masa

solat 5 kali sehari semalam
boleh pula terasa membebankan!

Wah...berderet-deret iklan dari Nuffnang ni...

...tapi jangan percaya sangat untuk blog sejuk beku macam blogku ini, nak jana seringgit dua sebulan pun perit.  Apatah lagi nak jana RM2.6b!

Tapi dari tak ada baiklah ada, kan?  Sikit-sikit jangan harap nak jadi bukit...hehehe

Rabu, 12 Ogos 2015

Aduhai anak...

Telefon mak belikan...
Bilnya mak bayarkan...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 tapiiiii...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang susah sangat hendak menghubungi mak tu kenapa?

Selasa, 11 Ogos 2015

Bila Pak Mahat ingin ber'demo'...

...aku pula yang tertanya-tanya :
'apakah Pak Mahat sudah lupa?'

dulu bukankah beliau juga yang kata
'hendak bersuara ada caranya'
bukan terlalak-lalak ikut suka
bukan berarak di jalanraya
fikirkan nasib para peniaga
bila ditangkap jangan salahkan penguatkuasa

sekarang nada Pak Mahat sudah berbeza
mungkin sudah habis ikhtiar agaknya
lalu apa yang dilarang dulu kini boleh pula
maka jadilah 'matlamat menghalalkan cara'

pemerhati dan pengikut masih belum lupa
waktu Pak Mahat masih berkuasa
tindakan Pak Mahat juga menggila-gila
terjadi perkara yang tidak disangka-sangka
kerana penentang memang Pak Mahat tak suka

kini bila Pak Mahat mula hilang suara
pekikan Pak Mahat berlalu begitu sahaja
orang sangka beliau tak lagi boleh berbuat apa-apa
namun bisikannya masih memedihkan telinga

kita tunggu dan lihat sahaja
apakah agenda Pak Mahat akan berjaya
lagipun diakui Pak Mahat memang banyak berjasa
tapi tiada yang lebih berkuasa dari DIA di atas sana...

Jom beli jubah / kurta bayi / anak anda di Darwish Rich Design (DRD)...

Sila lawati laman web DRD di sini : http://darwishrichdesign.com/

Terdapat pelbagai pilihan jubah / kurta yang mungkin bersesuaian dengan bayi / anak anda di sana.

Jubah Rizqi

Kurta Premium

Jubah Palestine

Kurta Polo

Jubah Adam

Kurta Pelikat
Darwish Rich Design sangat mementingkan kualiti dan keselesaan bayi oleh itu mereka sedia menerima sebarang maklum balas dan boleh terus dihantar kepada mereka malalui e-mail darwishrich@gmail.com
Sesuai dipakai untuk Majlis Aqiqah, Buai Berendoi, Cukur Jambul, Majlis Perkahwinan, selain dipakai ketika musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha. Jubah Baby, Jubah Aqiqah, Jubah Kanak- Kanak, Kurta Baby dan Kurta Kanak-Kanak Darwish Rich Design juga sesuai dijadikan hadiah untuk saudara-mara dan rakan taulan sempena menyambut kelahiran baru bayi lelaki mereka. Apa tunggu lagi? Dapatkan koleksi menarik dan ekslusif Jubah Baby, Jubah Aqiqah, Jubah Kanak- Kanak, Kurta Baby dan Kurta Kanak-Kanak dari Darwish Rich Design hari ini.
Selain dari boleh membeli atas talian, DRD juga mempunyai wakil hampir di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Brunei.  Sila buka http://darwishrichdesign.com/darwish_agent untuk melihat dan menghubungi wakil yang berhampiran dengan anda.


Muhammad Qaid Darwish
CEO DRD yang comel dan bijak.

Ahad, 9 Ogos 2015

Selamat hari ulangtahun kelahiran, Adik...

Adik @ Muhammad Muzakkir telah berusia 14 tahun pada hari ini - Ahad 9/8/2015.

Semoga Allah SWT melindungimu dari segala fitnah dunia dan isinya dan menetapkan dirimu di jalan yang diredhoiNya sentiasa.  Mak doakan juga agar Adik mendapat kejayaan hidup serta sejahtera di sana nanti walaupun mungkin mak tak sempat melihat kejayaan Adik...

Sabtu, 8 Ogos 2015

Tahniah Dr Dayana yang sedang hamil...

...penat baca kisah politik negara, cari berita dan cerita tentang selebriti / keluarga mereka pulak...

Terjumpa berita tentang Dr Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim yang kini sedang hamil 4 bulan selepas 4 tahun mendirikan rumahtangga.  Dalam masa yang sama, isteri kedua Ashraf iaitu Wan Sakinah sedang hamil 8 bulan anak kedua.

Semoga keluarga ini terus berbahagia bersama hingga ke hujung nyawa...

Jumaat, 7 Ogos 2015

Bila Sang Penguasa saling berbalah...

...tunggulah saat dan ketika bilamana :

yang retak terus terbelah
yang disembunyi akan terserlah
yang dipercayai rupa-rupanya siPesalah
yang disangka senang tiba-tiba jadi susah

Khamis, 6 Ogos 2015

Beras Dara Kampung...

...rasanya penduduk sekitar Beranang,  Selangor pasti 'mengenali' beras jenama Dara Kampung ini...

Beras ini adalah keluaran syarikat bumiputera sepenuhnya.
Nama syarikatnya (seperti yang tertera pada kampit beras) :
MAJUMARA TRADING
Lot 527, Batu 27
43700 Beranang
Selangor
Comel model ini kan?
Tapi kalau hendak beli beras, jangan mimpi nak dapatkan model
ini sekali.  Walaupun beliau masih seorang gadis tapi beliau
juga masih menuntut di sebuah pusat pengajian.  Sama ada
hatinya sudah dimiliki atau tidak, tidaklah pula aku ketahui. :)
Sedap nampaknya lauk ini (maaf kepada yang tidak makan
ikan keli).  Tambah sedap bila dimakan bersama dengan nasi
dari beras Dara Kampung yang masih panas tau...
Ini bukan catatan berbayar.  Aku memaparkan apa yang aku lalui dari kehidupanku sehari-hari. Lagipun aku bukanlah blogger popular untuk ada orang sanggup membayarku bagi menerbitkan sesuatu catatan...

Dimanakah dikau wahai Queenie...

Membuka blogmu di SINI dan melihat ianya kosong dengan hanya
ada sedikit gambar bersama catatan pilu dan iringan lagu-lagu
sayu membuatkan hatiku menjadi sebak dan sendu.  Ditambah lagi
dengan hujan yang sedang menyirami bumi, rasanya jauh perasaanku
dihanyutkan ke Lautan Hindi sana.  Pelbagai soalan tanpa jawapan
menyesakkan jiwa tanpa penghujungnya...

Semoga ada sinar di sebalik awan...

Rabu, 5 Ogos 2015

Budak 11 tahun lahirkan bayi (bukan di luar negara, ya)...

Makin hari berita-berita yang tersebar semakin membuatkan hati perut seorang ibu yang waras seperti aku menjadi semakin 'kecut'...


05/08/2015 3:13pm

JEMPOL - Seorang budak perempuan berusia 11 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di pekan Bahau di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, perkara itu terbongkar selepas nenek kanak-kanak tersebut membawa cucunya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta selepas dia mengadu sakit perut.
"Doktor yang merawat mengesahkan budak perempuan itu mengandung dan sakit perut kerana mahu melahirkan anak," katanya.
Siasatan mendapati budak perempuan itu tinggal bersama ibu bapanya di pekan Bahau.
Siasatan terperinci berhubung kejadian sedang dilakukan. - KOSMO!

Selamat pengantin baru, Abby Abadi...

...semoga pernikahan kali ini berbahagia hingga ke Jannah...


Ucapan dari Norman Hakim ::

Anda hendak menderma? ...

... apa kata hulurkan derma anda kepada anak ini.  Tentang ganjaran kemudian, usah difikirkan.  Biarlah Allah SWT sahaja yang menguruskan...

Selasa, 4 Ogos 2015

Akademi Fantasia - teruslah leka dibuai angan-angan...

...menonton promo di kaca televisyen, khabarnya kebanyakan peserta adalah datang dari keluarga 'susah' (atau kata lainnya miskin).  Anak-anak muda itu masuk ke Akademi Fantasia (selepas proses pemilihan) dengan cita-cita dan harapan untuk 'pasti berjaya dan menuju puncak' serta kemudiannya dapat 'mengubah nasib keluarga'.

Sehingga kini, berapa ramaikah 'produk' keluaran AF ini yang sudah berjaya dan dapat berada di puncak?  Atau akhirnya nanti hanya popular sekejap dengan cerita-cerita kontroversi yang sengaja diada-adakan dan kemudiannya hilang lenyap tanpa kesan?

Sudah-sudahlah melekakan anak-anak itu dan para penonton/penyokong juga.  Yang untung sebenarnya siapa?  Undian yang dibuat bukan percuma.  Siap dengan pakej GST bila membeli tambah nilai lagi.

Agaknya selepas ada menteri berkata adegan pegang-pegang dan peluk-peluk antara bukan mahram tidak mengundang  maksiat, maka di hujung setiap rancangan nanti akan ada pula adegan 'sedih-sedih sebab tersingkir' dan berpeluklah lelaki perempuan tanda perpisahan?

Sebenarnya bagi aku, rancangan AF ini sudah tidak menarik lagi berbanding awal-awal kemunculannya dulu.  Bukan sebab aku sudah tua.  Dulu pun aku tidaklah begitu melayan rancangan itu walaupun sesekali TERtengok juga.  Lagi sedih bila diperhatikan, yang memenuhi ruang penonton racangan ini adalah mereka yang sebangsa dan seagama denganku. Mereka yang sering melatah bila dibangkitkan isu ketuanan Melayu tapi rancangan yang mereka sokong setengah mati itu agaknya milik ketuanan mana, ya?

Suka hati kamulah labuuuuuu...

Gambar dari carian Google


Isnin, 3 Ogos 2015

Duhai Bank Islam, RM50 itu besar nilainya bagi kami yang miskin ini...

janganlah sekat simpanan kami yang tidak seberapa
untuk saat-saat sukar ianya sangat berharga
lainlah kalau simpanan kami bernilai puluhan juta
RM50 itu tidak dipandang walau sebelah mata

kalau bank lain boleh sahaja simpanan dikeluarkan 'selagi ada'
tapi dengan Bank Islam ia sangat berbeza
tak tahulah RM50 itu disekat untuk apa
kasihan melihat mereka yang tak faham tertanya-tanya

di hadapan mesin mengeluarkan wang tergaru-garu kepala
hilang lenyap apa yang telah direncana
hendak membeli barangan sejenis dua
nampaknya terpaksa ditangguh tak tahu hingga bila

#itusajanakkata
#ilhamturunbersamahujan


Terma dan Syarat

printer friendly Cetak   EmailLink Emel


1. Membuka Akaun
1.1 Saya/kami dikehendaki membuat permohonan untuk membuka Akaun Simpanan-i atau/dan Akaun Pelaburan-i Al-Awfar itu sendiri dan saya/ kami akan terikat dengan Terma dan Syarat yang Mengawal Operasi Akaun Simpanan dan Pelaburan-i Al-Awfar yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
1.2. Saya/kami dikehendaki menurunkan contoh tandatangan saya/ kami atau cap ibu jari kanan, alamat terkini dan butiran peribadi lain kepada Bank.


2. Transaksi Simpanan 
2.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM100 diperlukan untuk membuka akaun. Amaun minimum yang perlu disimpan pada bila-bila masa ialah RM1. Saya/Kami perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM50 di dalam akaun pada setiap masa.
2.2. Akaun Pelaburan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM1,000 diperlukan bagi tempoh 1 bulan. Bagi pelaburan bertempoh 3 bulan dan lebih, simpanan permulaan minimum ialah RM500. Simpanan minimum sebanyak RM1,000 perlu dikekalkan pada setiap masa dalam tempoh 1 bulan dan RM500 untuk tempoh 3 bulan dan lebih.


3. Transaksi Pengeluaran
3.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Pengeluaran perlu dibuat di Mesin Teler Automatik (ATM). Sebagai alternatif, saya/kami perlu menyerahkan slip pengeluaran yang telah lengkap dan menandatanganinya untuk membuat sebarang pengeluaran melalui kaunter. Jika baki di dalam akaun saya/kami berjumlah RM50, saya/kami tidak boleh mengeluarkan sejumlah wang yang lebih kecil daripada RM50 melainkan akaun itu hendak ditutup.
3.2. Akaun Pelaburan-i Al-Awfar Terma pengeluaran dinyatakan di sebelah belakang Sijil Akaun Pelaburan-i. Pengeluaran pramatang Jika berlaku pengeluaran pramatang sebelum cukup tempoh 1 bulan, saya/ kami tidak akan layak memperoleh pulangan (jika ada).
3.3. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang entri ke dalam akaun tanpa kebenaran . Oleh itu, saya/kami akan memeriksa dengan teliti setiap entri ke dalam akaun dan memaklumkan kepada Bank jika terdapat sebarang entri tanpa kebenaran sebelum meninggalkan premis Bank.

'Kak, boleh saya ambil buah mangga?'...

Pada satu petang...
aku tinggal di rumah bersendirian
aku dengar suara lelaki memberi salam
'Assalamu'alaikum Bang' berulang-ulang

aku menjengah
seorang lelaki berkata
'kak, boleh saya ambil buah mangga?'
setelah berfikir sesaat dua, aku berkata
'ambillah'
kemudian aku bertanya
'nak ambil banyak mana?'
lelaki itu berkata
'saya ambil yang besar sahaja'

beberapa minit kemudian
aku menjengah ke arah pokok mangga
eh! mereka bertiga
datang dengan proton iswara
lengkap dengan peralatan untuk mengutip mangga -
dua tong cat, galah bersama 'tangguk'
ada tali juga...

hujan sudah turun
aku menjenguk lagi
lelaki tadi berada di atas pokok
kawannya menunggu di bawah
tong cat turun naik bersilih ganti
dengan mangga yang penuh diisi

aku jadi tak puas hati
kurakam gambar sekali
dan bila aku menjenguk lagi
mereka sudah pun pergi

kufikirkan kau minta sebiji dua
untuk dimakan mungkin bersama keluarga
tapi kalau melihatkan cara dan gaya
kau ambil untuk berniaga

mana boleh begitu
walaupun aku bukan peminat mangga
tapi aku dan suami selalu mengambilnya
untuk diagihkan kepada sesiapa secara percuma

bila kamu ambil seolah-olah pokok itu kamu punya
dan kamu jadikan 'modal' untuk berniaga
adakah kamu rasa kamu dapat 'pahala?'
entahlah!

Ini buah yang dikait oleh suamiku beberapa
jam sebelum itu...
Amboiiii...seronoknya mengutip hasil, ya?

Sabtu, 1 Ogos 2015

Terima kasih untuk sebuah persahabatan...

Bila persahabatan itu tidak dibataskan oleh :
pangkat dan darjat
harta dan kedudukan
anak-anak yang cemerlang
sama ada dalam pelajaran atau pekerjaan
rasa iri dan dendam

pastinya ia menjadi persahabatan yang indah
walau bertahun tidak bersua
walau sekian lama tidak mendengar berita

namun bila kembali berjumpa
mesranya tetap sama
tutur kata bersulam tawa
gurau senda tidak menyentap rasa

Terima kasih Pn Sikin dan En Khairi
perkenalan kita lebih 30 tahun yang lalu
kemudian berpisah puluhan tahun juga
kerana tuntutan kerja
tapi bila bersua
kita tetap Sikin, Khairi, Nor dan Mus yang sama.

Cuma aku 'cemburu' melihat tubuh badanmu tetap begitu sedangkan aku
bagai apam terlebih gebu... hahaha...
Alhamdulillah... Allah beri kita 'bahagia' yang hanya kita faham dan rasa
Suka kami dengan susunatur mahligaimu yang kemas dan indah...