Hanya melalui jualan minyak wangi jenamanya sendiri, siapa sangka Che Ta kini telah berjaya meraih hampir RM1.2 juta hanya dalam masa dua hari, satu sambutan yang cukup hangat berbanding perniagaan lain yang diceburinya.
“Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari. Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha…Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut”
“Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula”
“Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai,” jelasnya kepada mStar Online. Tahniah diucapkan kepada Che Ta. Semoga ia menjadi pembakar semangat kepada insan lain untuk berjaya sepertinya.
Kelebihan yang ada pada artis
BalasPadamwah che ta makin kaya lah lepas ni kan kak cik, rezeki orang kan :)
BalasPadamrezki dia mmg murah, sy bukanlah peminat dia, tapi sy suka dia sbb sy rasa dia bukan jenis berlagak, kalau wartawan tanya, dia jawab lurus bendul, kadang kesian baca org duk kutuk macam2
BalasPadamalhamdulillah rezeki...saya turut bangga..
BalasPadamNanti saya nak try la minyak wangi dia..setakat dengar feedback dari org ramai banyak yang positif..Moga dia terus berjaya..
BalasPadamgembira dengar usahawan Melayu yg berjaya....kita mesti support sesama kita , kan...
BalasPadamMurah rezeki Che Ta.. Dah habis jualan..
BalasPadamrezeki yg tertulis utknya..
BalasPadamRezeki untuk Che Ta sekeluarga ni memang murah sungguh. Teringat baca kisahnya selepas bercerai dan kena tanggung anak-anak. Memang pun dia demand daripada dulu tapi dia tahu 'harga diri'nya, so tak salahlah nak demand macamana sekali pun!
BalasPadamusaha gigih yg berbaloi baloi
BalasPadam