Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Ogos 2015

'Kak, boleh saya ambil buah mangga?'...

Pada satu petang...
aku tinggal di rumah bersendirian
aku dengar suara lelaki memberi salam
'Assalamu'alaikum Bang' berulang-ulang

aku menjengah
seorang lelaki berkata
'kak, boleh saya ambil buah mangga?'
setelah berfikir sesaat dua, aku berkata
'ambillah'
kemudian aku bertanya
'nak ambil banyak mana?'
lelaki itu berkata
'saya ambil yang besar sahaja'

beberapa minit kemudian
aku menjengah ke arah pokok mangga
eh! mereka bertiga
datang dengan proton iswara
lengkap dengan peralatan untuk mengutip mangga -
dua tong cat, galah bersama 'tangguk'
ada tali juga...

hujan sudah turun
aku menjenguk lagi
lelaki tadi berada di atas pokok
kawannya menunggu di bawah
tong cat turun naik bersilih ganti
dengan mangga yang penuh diisi

aku jadi tak puas hati
kurakam gambar sekali
dan bila aku menjenguk lagi
mereka sudah pun pergi

kufikirkan kau minta sebiji dua
untuk dimakan mungkin bersama keluarga
tapi kalau melihatkan cara dan gaya
kau ambil untuk berniaga

mana boleh begitu
walaupun aku bukan peminat mangga
tapi aku dan suami selalu mengambilnya
untuk diagihkan kepada sesiapa secara percuma

bila kamu ambil seolah-olah pokok itu kamu punya
dan kamu jadikan 'modal' untuk berniaga
adakah kamu rasa kamu dapat 'pahala?'
entahlah!

Ini buah yang dikait oleh suamiku beberapa
jam sebelum itu...
Amboiiii...seronoknya mengutip hasil, ya?

20 ulasan:

  1. Ish...memnag tak patutlah kakcik....Wa yang baca pun gerammmmmmmmm.....ingatkan nak bagi kat isteri mengidam ke...

    BalasPadam
  2. mmg elok mintak izin, tp kalu sampai amik berbaldi2 pastu nk niaga mmg agak kurang ajar...

    kita yg niat ikhlas pun jd tak ikhlas dh... sbb rasanyer bkn ko amik nk mkn tp nk jual... ampeh betui

    tak malu betul

    BalasPadam
  3. Bukan tak bagi ye kakcik.
    Lain kali kalau org nak baik kakcik petikkan atau kata ambillah kalau setakat 3-4 biji tak ada masalah tapi kalau lebih-lebih rasanya kena tunggu abang baliklah..

    BalasPadam
  4. adoi.. mmg wujud org mcm ni kak... lain lah kalau dia minta beli.. boleh bg diskaun ke apa...

    BalasPadam
  5. Saya lebelkan org mcm ni tak ader akal kak...ko mintak..org beri ko ambil kesempatan pula...

    BalasPadam
  6. ya allah kak......ada jugak manusia macam nie....

    BalasPadam
  7. Ambik byk nie bukannya buat mkn sendiri,tp cam nak berniagalah plk....

    BalasPadam
  8. Rata2 komen mengkondem mamat2 nih

    PENDAPAT saya pulak:

    Ada bagus dia ambik then jual

    Sebab rata2 pemilik dah malas nak makan DAN tiada alat tok ambik mangga tuh bila tinggi sangat

    Daripada busuk & jadi ragut

    Kita dapat pahala berlipat bila mereka ambik banyak gak

    So plz think out of the box agar najib & Anwar (dia pun out actually) pun tak merasa jadi pm kelak

    BalasPadam
  9. laaa ingta nk buat makan bini mengidam ni ..dah rupa nk berniaga ....hmmmm

    BalasPadam
  10. Melampau sangat. Sekali 2 tong dibedalnya. Kat umah mak saya memang ada pokok mangga & buah tak putus². memang kami bagi siapa yang nak dan kekadang memang kami agihkan pada jiran².

    Bagi saya tak der istilah pemilik dah malas nak makan sebab hasil buah tu boleh dikongsi dengan jiran² yang lain.

    BalasPadam
  11. Tak sangka di planet bumi ada manusia macam ni? Kita kalau dipelawa ambik buah rumah jiran pun cuma ambik sebiji dua, apa lagi dalam kes kita yang meminta tanpa rasa malu dari tuan rumah, tentu rasa macam tak ada muka jika tanpa perasaan gendong sebanyak mungkin. Rasanya orang2 macam tu kalau dilapah dadanya kita tak temui hatinya kot...?
    BalasPadam

    BalasPadam
  12. eh..kenapa begitu..masya Allah..kita berbudi..pandai pandailah berbahasa..janganlah diberi peha betis pula diambilnya..

    BalasPadam
  13. pernah jadi pada saya.. langsung tak mintak izin, habis gondol 1 pokok.

    BalasPadam
  14. ingtkan tong cat kecik..huhu...agaknya dia terlupa pokok tu sapa punya kot..huhu..

    BalasPadam
  15. Alahaiiiii...kelapa kat rumah mak di kg pun kena petik untuk dijual. Dah bagi makan anak bini lupalah bila anak tu berperangai kurang elok.

    BalasPadam
  16. manusia zaman skrg dah x pentingkan halal haram.. main bedal je semua.. konon dia mintak izin tu HALAL, tapi hakikatnya? pffttt~~

    BalasPadam
  17. Kalau tahu kat mana mereka berniaga, bolehlah bawah tong cat satu untuk ambil kat meja jualan sekilo-dua....ambil yang masak-masak saja!

    BalasPadam
  18. Dh bg betis nk peha plak.... Ambik sikit2 sdhla ingt sikit kt tuan rumah,...;-/

    BalasPadam
  19. Ini sudah melampau. Kalau ambil sebiji dua buat merasa, okeylah. Kita pun anggap macam buat amal jariah aje, sedekah buah mangga kat orang. Kalau dah sampai bertong-tong cat ambil, itu sudah lain macam bunyinya... Takkanlah kepingin nak makan mangga sampai bertong-tong!

    Kalau saya, siang-siang saya cakap ambillah kalau nak, sebiji dua buat merasa. Lepas tu saya cekak pinggang menunggu. Kalau takda rasa malu juga, tak tahulah nak cakap macamana!

    BalasPadam
  20. dorang tahu rata-rata rakyat malaysia malu nak tegur dan kita ni memang sopan santun. cuma lepas ni kalau dtg lagi.......

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com