Kawan-kawan kakcik

Rabu, 26 Ogos 2015

'Saya cuma hendak berniaga'...

...berkesempatan bersembang-sembang dengan Mr A pada suatu petang...

katanya :

saya orang berniaga
saya cuma hendak jalankan perniagaan saya
tolong jangan ganggu saya
hendak GST, saya bayar
hendak cukai, saya bayar

tapi sekarang sangat rasa tertekan
dulu kalau tempah barang 100 boleh dapat 100
sekarang tempah 100 dapat 30
kalau mahu lebih kena bayar lebih
sebenarnya bukan harga barang naik
tapi nilai duit sudah jatuh
kita tempah barang dari luar
mereka ambil ikut kadar semasa

kesian anak-anak belajar di luar negara
mak ayah gaji banyak itu juga
tapi nilai sudah tidak sama
macam mana nasib mereka?

banyak lagi yang kami sembangkan
termasuklah isu DERMA
tapi setakat itulah sahaja
kerana kita MASIH BELUM BOLEH BERBUAT APA-APA!

13 ulasan:

  1. asalamualaikum..selamat pagi kakcik....betul tu kakcik..barang import pasti naik harga...sebab tu ramai peniaga dah gulung tikar..

    BalasPadam
  2. rakyat taraf kita dah mula terasa sejak kena gst. bila diut nilainya mengecil..taktau nk kata apa dah..umpama gaji seribu tingal 500..:(

    BalasPadam
  3. Hanya mampu "Tunggu dan Lihat" jer... huhuhu
    Dulu GBP1= RM5.51 pun saya dah rasa perit masa kat UK...
    Sekarang GBP1 = RM6.65 dah, tak tahu lah apa nasib kawan2 yang self sponsored... Tak semua kwn2 dapat siap PhD dlm tempoh 3 tahun setengah (tempoh yg dapat biasiswa).
    Kalau tak habis lagi selepas 3 tahun setengah, terpaksa pakai belanja sendiri... Tak boleh nak bayangkan beban yang terpaksa ditanggng :(

    BalasPadam
  4. Rutin harian tetap berjalan seperti biasa walau dalam hati risau dan takut dengan keadaan semasa ni.

    BalasPadam
  5. Mlm Td seorg kwn yg masih terus menjadi penyokong mengatakan yg dia tidak terkesan dgn kejatuhan RM...alasan dia kerana dia hanya duduk dirumah..tidak bekerja..saya tidak faham bagaimana dia masih boleh terus mampu berkata demikian...katanya lagi..Bukan salah "PEMIMPIN" itu RM jatuh teruk...ini isu global katanya...seluruh dunia mengalami...Saya terkedu....diam lebih baik kerana berkata-kata buatkan dia jd lg
    kurangggggg cerdik...

    BalasPadam
  6. hmmmm ramai yg terkesan tp kerajaan mcm buat tak tau je... tak faham betul lah

    BalasPadam
  7. ye..kita cuma boleh sembang je la..orang atas tak peduli pun dengan cakap kita..

    BalasPadam
  8. Mereka yg kaya raya mungkin tak terasa akan kesusahan rakyat marhaen mcm kita ni KC....hari tu beli barang pun Rm 300 tak penuh troli huhu

    BalasPadam
  9. Singgah sambil baca blog ni.
    Saya follow
    awazans.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Memang terasa susut nilai RM ni. Suami saya pun dah banyak mengeluh ni...

    Selalunya kalau saya beli barang keperluan rumah, RM500 dah cukup banyak. Penuh troli untuk kegunaan sebulan. Sekarang ni pening kepala tengok troli tak penuh-penuh tapi harga makin mahal!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com