Kawan-kawan kakcik

Ahad, 27 Jun 2010

Makan-makan bersama Bapa

Setelah lebih setahun ayahanda tercinta terlantar, baru-baru ini beliau telah boleh menapak dalam jarak yang dekat dengan bantuan tongkat 'berkaki empat '.  Aku suarakan pada suami tentang keinginan untuk membawa bapa keluar makan bagi memberikan beliau sedikit rasa gembira.  Setidak-tidaknya, tidaklah dunianya hanya di dalam rumah walaupun sesekali adikku membawanya pulang ke kampung.  Sepanjang lebih setahun, rasanya baru 3 kali sahaja bapa balik ke kampung.  Lagipun sekarang ini, rumah di kampung itu telah ada penyewanya....

Semalam, balik dari Kedai Epoi di Alam Damai, aku mengajak suami ke Farmasi untuk membeli kerusi roda.  Tujuannya, supaya senang membawa bapa 'keluar'.  Bersama anak-anak dan adik-adikku, adik ipar serta anak-anak buah - dengan menaiki 3 buah kereta, kami membawa bapa makan di Al Rawsha, Jalan Damai, Ampang.  Seronok melihat bapa tersenyum dan ketawa dengan telatah anak cucunya.  Semoga kesihatan bapa akan terus bertambah baik. 


Mudah-mudahan selepas ini, aku dan adik-adikku berpeluang lagi membawa bapa berjalan ke mana-mana.  Semoga juga Allah murahkan rezeki kami agar kami dapat sentiasa menggembirakan bapa dengan membawanya 'melihat semula dunia luar'.  Paling penting, aku amat berharap kesihatan bapa pulih sepenuhnya agar beliau dapat ke Tanah Suci Mekah.  Tahun lepas peluang bapa telah terlepas bila beliau jatuh sakit.  Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang terjadi.





24 ulasan:

  1. Salam Pagi Kak.


    Mesti gembira bapa akak dapat makan ramai-ramai macam tu. Anak2 dan cucu makan bersama-sama.

    Semoga berpeluang ke tanah suci nanti.

    BalasPadam
  2. Salam Reen..

    mudah2an bapa suka hati dan perasaan. Sebagai anak, kakcik dan adik-adik memang teruja sangat nak tengok bapa sihat dan gembira. :)

    BalasPadam
  3. kat sini, selalu nampak anak cucu bawa mak ayah, tok wan depa jalan2 kat Shopping Complex, pasar malam, walaupun naik wheel chair.

    BalasPadam
  4. Pn Sri Falizah..

    (Tan Sri Atip, apa khabo?). Ada 'orang tua' suka berjalan-jalan. Ada pula, yang jenuh nak kena pujuk untuk dibawa 'keluar'. Moga2 lepas ini kami ada banyak masa dan bapa pun 'senang' untuk dibawa. :)

    BalasPadam
  5. bertuah ada anak yang memahami, bapa lebih suka duduk dgn anak perempuan..lembut memahami..

    BalasPadam
  6. Salam Zeq...

    sepatutnya anak lelaki lebih bertanggungjawab.. malangnya ada 'yang terus melarikan diri' :(

    BalasPadam
  7. salam my lovely KakCikS..:)
    Semoga ayahanda KakCikS terus diberikan kesihatan yang baik..& pulih seperti sediakala..dan tercapai hajat ke Tanah Suci..:):):)

    ...KakcikS..,
    ...pasti ayahanda amat bersyukur dianugerahkan anak yg sentiasa ingat utk berbakti & menggembirakan hati...
    moga KakCikS sekeluarga sentiasa dirahmatiNya..:)

    BalasPadam
  8. salam Tinie sayang..

    Amin (utk doa Tinie). Walaupun apa yang bapa rasa, kami anak-anaknya, akan cuba untuk buat beliau rasa gembira dan selesa. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, ini yang sebaiknya, berbakti dan cuba mengembirakan ibu bapa selagi mereka masih ada..
    saya sudah tidak berpeluang untuk itu...

    BalasPadam
  10. semoga ayahanda kakcik dikurniakan kesihatan yang baik.Moga hasrat untuk ke tanah suci dipermudahkan illahi.

    BalasPadam
  11. Salam ibuintan..

    dulu masa arwah mak masih ada, kami suka juga bawa dia makan-makan kat luar. Sekarang hanya tinggal bapa sahaja. Kita pun tak tahu lagi nasib kita di hari tua nanti (kalau umur panjang..)

    BalasPadam
  12. Salam Abu Muaz..

    terima kasih. Mudah2an doa kita dikabulkanNya. Amin.

    BalasPadam
  13. mdh2an ayah kak chik kembali sihat..

    BalasPadam
  14. Salam Hamizah...

    mudah-mudahan. Terima kasih. :)

    BalasPadam
  15. Tahniah utk akak sekeluarga !!

    suka tengok keluarga yang meriah sebegini .. saya cuma dapat merasa bila balik johor jek ( hanya saya sorg merantau ke Tgganu. Adik beradik lain semuanya bekerja dan tinggal berhampiran ngan emak/ayah )

    Tetiba jek rasa hiba ..teringat ayah ... rinduuu

    BalasPadam
  16. Salam kakcik
    rasanya tiada yg lebih bererti selain daripada dapat membahagiakan ibu dan ayah...sementara mereka masih ada di dunia yg fana ini hanya kasih syg dan sikap perihatin kita kepada mereka yg mampu bahagiakan mereka..
    mudah2an ayah kakcik diberikan kesihatan dan rahmat dari Allah SWT.

    BalasPadam
  17. Salam LiNda..

    hargailah mereka selagi ada hayat. Tanpa mereka siapalah kita, kan? :)

    BalasPadam
  18. Salam Ida..

    kakcik pun sentiasa mendoakan agar kesihatan bapa akan bertambah baik dari masa ke masa. Insya Allah. :)

    BalasPadam
  19. wahh.. meriah tu, sy percaya jauh dlm hatinya amat gembira krn perhatiannya telah teralih dgn ksh syg kalian..

    BalasPadam
  20. semoga hajat bapa kakcik untuk ke mekah tercapai.

    saya tengok gambar makanan arab tu, terlior juga. nanti nak ajak anak yang duduk kat ampang tu pergi cuba sekali.

    BalasPadam
  21. Salam Maiyah...

    iya.. semoga bapa gembira walaupun tidak dinyatakan.. :)

    BalasPadam
  22. Salam Kanda AL..

    Restoran ini akan berpindah ke tempat yang lebih selesa dan kelihatan 'mewah'. Bersebelahan dengan restoran China.... cubalah datang nanti. :)

    BalasPadam
  23. kakcik..
    bagus tu...tringat kat arwah ayah...
    mcm tu lah...terlantar..bergantung hidup pd orng lain...
    bila dpt keluar begitu suka nya hati kan..
    berbaktilah pd keduanya selagi hayat mereka ada..

    BalasPadam
  24. Salam kakzaa..

    masa kecil kita, mereka bersusah payah dan bersengkang mata demi kelangsungan hidup dan kesejahteraan kita. Kinilah masanya untuk kita berbakti kepada mereka pula. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com