Sejak peristiwa INI dua minggu lalu, tidaklah lagi aku memesan air dari si tukang bancuh air itu. Pendendamkah aku? Mungkin iya, mungkin tidak. Tapi rasa sakit hati memang ada.
Teringat cerita suami sewaktu dia sedang menunggu seseorang (suamiku seorang pemandu, ya kawan-kawan) di dalam kereta, tiba-tiba datang seorang pengawal keselamatan menyergahnya dengan mengatakan 'tidak boleh letak kereta di sini', sedangkan suamiku ada di dalam kereta. Suamiku turun menemui pengawal itu dan bertanya 'awak Bangla ke?'. Bila dia jawab 'ya', suami kata 'saya orang Malaysia, berani awak halau saya. Lagipun saya bukan tinggalkan kereta di sini, saya tunggu orang'. Terus Bangla tu diam dan berlalu. Padan muka dia!
Berbalik kepada kisahku tadi, sejak sehari selepas hari kejadian aku hanya membeli air ini (boleh diminum sampai petang walaupun dah sejuk. Kalau beli air panas kena minum segera) sahaja...
Padan muka siapa? |
Sudah sampai ke sini tapi belum sempat hendak bercuti. Hanya menghantar dan mengambil saudara-mara. |