Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 19 Oktober 2012

Terima kasih Allah, Kau makbulkan doaku yang bersalah...

Pagi ini mataku tidak dapat membezakan yang manakah sebelah luar
dan yang mana pula sebelah dalam tudung yang kupakai ini.

Ia mungkin tidak memberi makna kepada sesiapa, tapi bagi diri ini yang mengalami sendiri, ia adalah sangat bererti.  Dengan doa yang bersungguh-sungguh, sesuatu yang dirasakan akan membawa masalah, dapat diatasi dengan mudah.  Semuanya dengan kehendak dan pertolongan Allah.  Sesungguhnya Allah sendiri telah berfirman dalam Surah Al Mukmin (ayat 60) :

[pic-1.gif]

Maksudnya : Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

(Untuk himpunan doa, bolehlah lihat DI SINI...)




Terima kasih Allah. Terasa sangat kerdilnya diri ini saat aku merayu kepadaMu...

14 ulasan:

  1. kalau sama... sarung je lah.... orang lain pon tak perasan juga...

    BalasPadam
  2. Tudung macamni memang selalu tertukar luar & dalam, pakai je org tak perasan pun kakcik:)

    BalasPadam
  3. Kalau pakai terbalik, orang kata nak kena loteri... he he

    Makchaq pernah pakai tshirt terbalik, sampai supermarket baru perasan, masuk fitting room nak alih.. keluaq fitting room tengok terbalik lagi... pi pebetui lagi sekali... kalau tak pebetui entah2 kena loteri...he he

    BalasPadam
  4. Rasanya yg gambar sebelah kanan tu bahagian luar kut...

    BalasPadam
  5. huhuhuhu.. mesti jahitan n corak sama je kan.

    BalasPadam
  6. tak pe kakcik...pakai jer...sama xde beza sgt....=)

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum,
    Aminnnn. Alhamdulillah, cepat makbul doa kakcik.

    BalasPadam
  8. as salam kakcik,

    thanks sudi sharing dengan kami semua :)

    BalasPadam
  9. lately mata chik na pun kurang jelas..

    BalasPadam
  10. sentiasa mensyukuri nikmat tuhan !

    BalasPadam
  11. salam..
    rasanya warna yg kurang menterlah tu belah dalam kot..tapi klu tersalah pakai pun rasanya org x perasan kot..selalunya kain sutera mcm ni kan

    BalasPadam
  12. Kalau macam tu kalau terbalik pun org tak tahu kakcik.

    BalasPadam
  13. Yang sebelah kanan tu bahagian luar kan... eynda pun kekadang tak sedar pakai tudung terbalik... selalunyer yg 4 segi & selendang :-)

    BalasPadam
  14. kakcik saya pernah pakai tudung terbalik(tudung bawal), nametag terbalik ke tempat kerja...sorang pun tak tegur..mungkin mereka sendiri pun tak perasan masa tu rasa bersyukur sanagt2 Allah lindung lagi sy dr malu akibat kecuaian sendiri...ALhamdulillah..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com