Kawan-kawan kakcik

Selasa, 23 Oktober 2012

Bertemu Kak Pah di hospital...

Sebelum ke Hospital Pantai malam tadi, kakcik TERbaca status facebook  Kak Pah tentang cucu beliau yang sedang dirawat di hospital yang sama.  Kakcik tanya Kak Pah, cucunya di wad mana.  Belum sempat Kak Pah jawab, kakcik dah keluar ke hospital.

Sewaktu tiba di hospital dan sementara menunggu lif, kakcik terperasan seorang lelaki dan hati kakcik berdetik mengatakan 'rasanya ini anak Kak Pah'.  Tapi kakcik diamkan saja tanpa bertanya. Bila kami menaiki lif dan keluar di tingkat yang sama, lagi kuat hati kakcik mengatakan 'itu anak Kak Pah'.

Tiba di bilik Fabian, kakcik lihat kedua-dua mata ibu Fabian merah dan bengkak.  Kakcik tahu itu kesan tangisan yang panjang.  Ibu mana yang tidak lara hatinya bila mengetahui anak sekecil Fabian itu perlu dibedah!

Baru lepas minum susu dan makan ubat.
Kakcik bertanya tentang cucu Kak Pah kepada jururawat yang datang memeriksa Fabian.  Disebabkan tidak begitu pasti, kakcik ikut saja jururawat itu ke katil 505.  Iya, Kak Pah bersama anak-anaknya (termasuk lelaki yang kakcik jumpa tadi) dan cucu-cucunya ada di sana.

Inilah cucu Kak Pah yang kurang sihat itu.  Dipangkuan ibu saudaranya.
Segan pula kakcik nak rakam gambar Kak Pah di hadapan anak-cucunya!
Kakcik kurang faham tentang sakit cucu Kak Pah ini.  Macam denggi
tapi bukan denggi.  Kandungan platelet dalam darah bayi ini sangat rendah
tapi telah meningkat naik selepas menerima rawatan.

Sama-samalah kita doakan agar kesihatan anak-anak ini kembali pulih sepenuhnya dan mereka boleh pulang ke rumah untuk menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

Fabian yang gembira bila dibawa berjalan-jalan sekitar wad
oleh Bangcik dan Budak Sepet sementara ibunya berbual
dengan ayahnya di telefon.  Dia juga seronok bila diberi main
iPad. Cerdik budaknya Fabian ini. 

20 ulasan:

  1. Semoga anak2 ini segera sembuh........

    BalasPadam
  2. Kakak terkesan dalam hati baca N3 kakcik nie.
    Moga anak-anak ini diberi kesembuhan hendaknya..

    BalasPadam
  3. ya allah...mula mula baca tajuk saya igt kan kakcik jumpa sharifah aini! :P

    BalasPadam
  4. Malaikat kecil kata org tua2. Mereka bersih...tiada dosa. Moga cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. moga anak2 kecil yg x mengerti apa2 ni cepat sembuh. Penyakit cucu ka pah tu mungking ITP mcm ank bongsu KA dimana platelet darah merahnyer rendah n punyer sympton seakan denggi !

    BalasPadam
  6. as salam,

    moga cepat sembuh, mereka ibarat kain putih..

    BalasPadam
  7. moga anak2 kecil ini cepat sihat hendaknya

    BalasPadam
  8. kesian..kecik2 da kena dibedah..semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  9. tak sampai hati tengok anak kecil sakit... moga Fabian cpt sembuh & sihat spt biasa

    BalasPadam
  10. Alaa.. ngape kakcik malu nak amik gambar. Ini anak kepada anak kak pah yang mana? Yang aliff tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! kakcik bukan jumpa Kak Pah Aini, tapi Kak Pah blogger. :)

      Padam
  11. Semoga anak2 ini cepat sembuh Dan ceria kembali

    BalasPadam
  12. semoga anak ini kembali sembuh seperti biase..

    BalasPadam
  13. semoga anak ini sihat..aktif dan ceria..insyaallah

    BalasPadam
  14. aduhh kak .. lately nie , ramai budak2 kecil yg sakit .. tersentuh hati .. uhuhu
    semoga mereka berdua sihat dan kembali ceria ..:(

    BalasPadam
  15. Kak pah yang di maksudkan rakan blogger, awal masa mula2 baca yang keluar di kotak fikiran ku syarifah aini erk! he he..pape pun saya doakan moga cucu kak pah cepat sembuh

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com