Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Oktober 2012

Tolonglah anakku, tolonglah...

tuntutlah ilmu sepenuhnya dulu
penuhkan di dadamu
sebagai bekalan agar mudah hidup ini dipacu
demi dunia yang dikejar dan akhirat yang dituju

tolonglah anakku, tolonglah
saat usiamu sewajarnya di bangku sekolah
jangan sewenangnya kau olah-olah
membuat perkara yang tidak berfaedah
kelak bila yang tak elok itu terserlah
ibubapa kalian juga yang akan dipersalah

tolonglah anakku, tolonglah
jangan ikutkan nafsu tanpa dipandu
tanyalah ayah tanyalah ibu
mohon agar hidupmu sentiasa direstu
agar tidak tersesat langkahmu
dalam dunia yang hanyir berdebu dan kelabu



15 ulasan:

  1. Saya ada anak. Tapi bila tengok macam ni, rasa nak kata, BODOH!

    BalasPadam
  2. adoi.. moga anak2 kita kekal teguh iman n adab...

    BalasPadam
  3. dunia semakin macam susah nak dikawal.. aduhai.

    BalasPadam
  4. entah apa2 la, sebab cinta je ke? Memalukan..Mudah-mudahan mereka cepat tersedar dari alam khayalan.

    BalasPadam
  5. Kecewanya ibu & ayah..
    Sama2 doakan agar mereka insaf & tidak lagi terlalu menurut kata hati.

    BalasPadam
  6. budak2 sekarang x fikir panjang, ikut perasaan tanpa memikirkan perasaan org tua..jgn kata perasaan saat begini org tua pun dia x terbayang langsung...semoga ank2 kita jauh dr perbuatan sebegini

    BalasPadam
  7. bimbang
    kita ada anak..semoga masalah seperti ini tak menyinggah pada kita..

    BalasPadam
  8. ya allah apa nak jadi dgn anak2 skrg ni kak, risau hati ini, moga anak2 semua menjadi anak yang baik2

    BalasPadam
  9. sebagai seorang along yang ada 4 adik, saya sedih!

    BalasPadam
  10. tak terkata.... betapa kecewa nya hati mak pak mereka

    BalasPadam
  11. erm... tak sayang nyawa..... kesian mak ayah....bg kawen ajelah

    BalasPadam
  12. Kakak selalu pesan anak kakak bila melihat macam ini kakcik. Takut bila otak singkat sangat...

    BalasPadam
  13. hmm tak fikir panjang ke budak2 ni.kesian.

    BalasPadam
  14. bodohnya la budak2 skang

    bekorban kerana ibu sendiri takpe la jugak

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com