Kawan-kawan kakcik

Ahad, 28 Oktober 2012

Ahad = 28/10/2012...

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan, adik-adik, anak-anak dan semua yang masih sudi singgah di sini.

Masa kian pantas berlari.  Tahun ini sudah tinggal tidak sampai pun seratus hari lagi. Langkahan kita tak tahu entah bila akan terhenti.  Apa yang kita impikan malam tadi mungkin hanya sebuah mimpi yang tidak membawa apa-apa erti.  Atau mungkin juga tika dan saat ini, kita masih mengenang-ngenang mimpi walaupun hakikatnya mimpi tetap tinggal mimpi.

Dua hari yang telah berlalu membawa kelelahan buat diriku.  Tapi kelelahan itu bukan membuatkan diriku lesu, sebaliknya membawa sedikit kegembiraan dalam sendu. Seperti yang pernah kucatatkan dulu, yang pergi tetap pergi.  Walaupun kenangan terpahat kukuh dalam hati, apa pun terjadi waktu yang berlalu tak mungkin akan kembali.

InsyaAllah, dalam tempoh tak sampai seminggu lagi, akan ada peristiwa besar (setidak-tidaknya bagi keluargaku) akan berlaku dalam keluargaku.  Yang tahu itu tahulah, yang tidak tahu biarkan tertanya-tanya dulu.  Akan kukhabarkan bila tiba saatnya nanti - tapi hanyalah sekadar perkhabaran sahaja.  Begitupun, aku sering tertanya-tanya, apakah aku masih diberi waktu oleh Yang  Maha Kuasa untuk menghadapi detik itu. Ya, mudah-mudahan sahaja Dia akan mengizinkannya.

Catatan ini hanyalah sekadar catatan yang tiada isinya kepada sesiapapun kecuali buat diriku sendiri.  Kepada yang sudi membaca, kuucapkan terima kasih kerana meluangkan masa.  Semoga tidak jemu untuk berkunjung lagi.  


Terima kasih.

18 ulasan:

  1. hari ini juga, ada peristiwa bersejarah akan berlaku dalam keluarga kami.

    semoga dipermudahkan-Nya segala urusan kita semua.

    BalasPadam
  2. Ni mesti nak terima menantu baru ni....ye?

    BalasPadam
  3. Pasti Hari tersebut mbawa seribu makna buat Akak kan...Semoga dperlancarkan sgala urusan.

    BalasPadam
  4. Besar kecik mungkin menjadi ukuran bagi setengah orang. Tapi apa yang lebih penting tentulah kelancaran dan kejayaan program itu. Penat lelah akan berbaloi bila semua akan berjalan dengan baik dan dengan cara yang diredhai. Semoga semuanya berjalan dengan lancar, Kakcik.

    Bawak bawak berehat Kakcik!

    BalasPadam
  5. Wah peristiwa apa tu? Macam something yang happy je..Doa yang baik2 saja kakcik..

    BalasPadam
  6. Semoga segala urusan Kakcik sekeluarga akan dipermudahkan..

    BalasPadam
  7. as salam kak cik..

    moga dimudahkanlah urusan kakcik dan berjalan dengan lancar..insya Allah :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...tidak selalunya lelah itu berhutang lama, pasti akan muncul kegembiraan di hujung jalan. semoga semuanya berjalan lancar mengikut apa yang sepatutnya.

    BalasPadam
  9. alhamdulillahhh
    harap semua di permudahkan dari saya kak
    jaga diri baik2
    akk jgn makan banyak daging .. ;))

    BalasPadam
  10. waa suspen jer kakcik..ini sudah tentu peristiwa yang dirancang kan..insyaalllah...smuga tercapai hajat di hati..insyaallah

    BalasPadam
  11. saya rasa kakcik nak terima menantu baru ek....moga dipermudahkan segalanya...InsyaAllah.

    BalasPadam
  12. Semoga Allah permudahkan urusan kakcik sekeluarga..saya doakan yg terbaik...Telahan saya: adik bakal bertemu adik kakcik.

    BalasPadam
  13. tak sabar nak tau apa cerita tu...hehehe..saya doakan segalanya dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar.. amin..

    BalasPadam
  14. assalam kak cik Insyaallah tidak akan jemu kesini

    BalasPadam
  15. Insya-Allah moga dapat kakcik meraikan hari besar yg dinantikan itu.. kakak tumpang gembira juga.

    BalasPadam
  16. saya rasa, (sama dengan daddy ziyyad) kakcik bakal bertemu dengan adik kakcik

    BalasPadam
  17. ai doakan moga semuanya berjalan dengan lancar.. ;)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com