Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Oktober 2012

Kerana aku hanya anak kerani...

maka hadirku tiada yang peduli
jangankan hendak menziarahi
bertanya khabar pun tiada yang sudi
tapi aku tidak menyesali
kerana kutahu hukum dunia memang begini

lainlah andainya diri ini anak menteri
tiada masa pun ada yang sanggup ambil cuti
walaupun mungkin orangtuaku tidak mengenali
mereka tetap sudi datang ke sini
ah... semuanya kerana duniawi!


Catatan kakcik : terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan
kesihatan anak kecil ini dan juga kepada yang sudi menghulurkan
sumbangan.  Semalam sewaktu kami menziarahinya dia sedang tidur
selepas kahaknya disedut keluar.  Bila ada waktu yang sesuai anak
ini dan ibunya akan kami bawa keluar melihat 'kemegahan' Kuala
Lumpur yang jauh berbeza tahap pembangunannya dari tempat
asal mereka.  Menurut kata ibu Fabian, di tempat mereka hanya
hotel sahaja yang tinggi binaannya.  Iya, kakcik telah melihatnya.


30 ulasan:

  1. smoga anak ini cepat sembuh..masih jauh lagi perjalanan hidupnya..smoga dia berjaya didunia dan diakhirat ..aminn

    BalasPadam
  2. sama2 kita doakan.Semoga kakcik juga bertambah murah rezeki krn mengambil berat tentang mereka.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Kak Cik

    saya mendoakan agar anak ini cepat sembuh dan menceriakan dunia ini dgn nur Islam

    BalasPadam
  4. semoga ramai yg berdoa utk kesihatan anak kecik ini

    BalasPadam
  5. semoga fabian cepat sembuh..semoga semua urusan kakcik juga dipermudahkan..

    BalasPadam
  6. Kenyataan yg amat benar terjadi di sekeliling kita hari ini.

    Moga abian beransur sembuh.

    BalasPadam
  7. As salam Kak Cik,

    Maaf Marya terlewat 'keretapi'... anak siapa ni? Jika benar dia memerlukan bantuan teringin juga saya menghulurkan seringgit dua... Moga yg baik2 shj buat anak kecil ini... Ameen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Marya...

      Nama anak kecil ini - Fabian Anak Louis. Bukan Melayu atau Islam. Berasal dari Miri, Sarawak. Tapi dia juga punya hak untuk hidup, kan? :)

      Padam
  8. alahaiii sedut kahak,saya penah seminggu stay kat wad bila hero kecik pun kena sedut kahak camtu. kesian. semoga anak kecil tu cepat sembuh

    BalasPadam
  9. as salam k.cik, saya pun macam marya yusof gak.. ketinggalan cerita.. anak siapa ni k.cik?

    semoga anak kecil ini cepat sembuh

    BalasPadam
  10. kerani ke.. menteri ke.. sakit tak kenal itu semua.. bertabah la..

    BalasPadam
  11. Semoga fabian cepat sembuh ye...kesian melihat anak kecil ini.... betul cakap kak cik manusia sekarang suka memandang pada kebendaan....

    BalasPadam
  12. ini hari dia,hari kita tak tahu lagi macam mana.semoga adik fabian cepat ye kakcik

    BalasPadam
  13. semoga adik fabian cepat sembuh..hakikat dunia..orang melihat pangkat..

    BalasPadam
  14. Apa pun ujian dari Allah SWT..Pastia ada jalan keluarnya. semoga adik adik fabian cepat sembuh yer sayang..

    BalasPadam
  15. alhamdullillah moga adik fabian akan terus sihat dan sembuh..

    BalasPadam
  16. sebaknyer Kakcik, doakan yg terbaik for him ye !

    BalasPadam
  17. Semoga anak kecil ini dikembalikan kesihatan yg baik.

    BalasPadam
  18. insyaAllah semoga anak kecil ini akan cepat sembuh n sihat sperti kanak2 yg seusia dgnnya...

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    Cepat2 sihat ya Febian comel...

    BalasPadam
  20. as salam,

    moga si anak kecil ini cepat sembuh,take care

    BalasPadam
  21. alahainya kecilnya... tak sanggup bila lihat si kecil dalam keadaan begini. moga cepat sembuh ya..

    BalasPadam
  22. Bila anak kecil yang sakit ehsan itu datang tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Moga anak kecil ini cepat sembuh, dipermudahkan perjalanan hari2 seterusnya.

    BalasPadam
  23. kasihannya fabian si kecil ini
    dia tindak mengenal erti apa itu derita
    kita doakan sahaja buat dia .. insyaallahh

    BalasPadam
  24. Biar anak kerani tapi ada mak emak macam abe nor drebar lori KT daripada anak sultan namun bermaksiat sana sini, kan?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com