Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Oktober 2012

Khabar terbaru tentang Fabian...

Ingat lagi tentang Fabian?

Diana (ibu Fabian) yang kelihatan tersenyum walaupun
hakikatnya saban waktu dia menangis mengenangkan
nasib anak yang masih tidak diketahui sakit sebenarnya. 

Hari ini (30/10/2012) Fabian akan dirujukkan ke PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) untuk mengenalpasti tentang sakit yang dihidapinya. Semalam (29/10/2012), sejenis alat dipasang ke tubuh Fabian (saluran dimasukkan ke perutnya melalui hidung) untuk mengesan setiap pergerakannya. Alat itu dipasang untuk tempoh 24 jam bermula jam 10.00 pagi semalam. Selepas alat berkenaan dipasang, Fabian telah muntah darah dan ada darah beku yang turut keluar. Dia juga kehilangan selera makan dan hanya minum dua botol susu sepanjang siang semalam (sehingga waktu kami melawatnya pada jam 4.00 petang).

Fabian yang biasanya cergas dan sangat gembira setiap kali kami melawatnya, semalam hanya merenung lesu dan dadanya agak kuat ber'ombak'.

Doakan segala yang terbaik buat anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini.

21 ulasan:

  1. Semoga Fabian kuat melawan penyakitnya.

    BalasPadam
  2. ya Allah, kasihan, semoga ibunya tabah.. untuk Fabian semoga Fabian, kuat untuk melawan sakit ini..

    BalasPadam
  3. xsmpai hati tgk baby menanggung sakit mcm ni....

    BalasPadam
  4. kesiannya...semoga Fabian cepat sembuh...

    BalasPadam
  5. kesiannya..semoga kesakitan itu cepat hilang ye..

    BalasPadam
  6. Kesiannyaa.. Moga Fabian cepat sembuh yer..

    BalasPadam
  7. fabian..kena kuat ye dik..moga Allah sentiasa melindungimu dik

    BalasPadam
  8. Masih terlelu kecik utk menanggung ujian kakcik. Tapi kalau lihat gambar dah tak pucat banding mula-mula kakcik tunjuk dulu..

    BalasPadam
  9. mmg tak sanggup dan tak sampai hati tgk penderitaan kanak2..

    BalasPadam
  10. as salam,

    moga fabian cepat sembuh, diberi kekuatan utk menmpuh rawatan ni..

    BalasPadam
  11. Allah....kalau bab bebudak ni kakcik....mmg sodih sgt lah teman.....Moga beliau akan segera sembuh..IsyaALLAH

    BalasPadam
  12. Moga punca penyakit Fabian dpt di kesan...Insya Allah

    BalasPadam
  13. Kak cik memanglah dia tak selesa. Macam kita ada benda dihidung yang masuk ke peru... Moga di permudahkan.

    BalasPadam
  14. doakan yg terbaik untuk adik ni

    BalasPadam
  15. lom tahu lagi ye kakcik apa sakitnya... tengok dia teringat anak kat umah yang lebih kurang sebaya.. pilu hati..

    BalasPadam
  16. Semoga ibunya tabah berhadapan dengan situasi ini dan berdoa suatu saat nanti diberi hidayah..

    BalasPadam
  17. moga dia cepat sembuh hendakNYA..

    psstt: nanti di PPUM, dia ditempatkan di wad mana kakcik?

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com