Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Mei 2013

Solat Subuh di atas awan...

(Maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan),,,

Dalam penerbangan pulang, kami melalui waktu Subuh yang perlu dilaksanakan di dalam pesawat.  Anak Kapal (cabin crew) Saudi Arabia Airlines akan mengejutkan penumpang dengan menyebut 'Al Fajr...Al Fajr'.  Mudahnya dalam pesawat SaudiA ini, arah kiblat (yang berbah-ubah mengikut hala penerbangan) sentiasa ditunjukkan.  Tempat solat juga disediakan yang boleh memuatkan 6 hingga 8 orang...

Garisan merah yang meandakan masuknya waktu Subuh


 

Rabu, 22 Mei 2013

Teksi di Mekah...

Kereta-kereta seperti Hyundai Elantra dan Sonata, Honda Accord, Toyota
Innova 2.7 dan Camry merupakan teksi yang popular di sana.  Sayangnya
kereta-kereta mereka yang kita rasa mewah, tidak dijaga dengan baik.
Kemek dan berkarat adalah pandangan yang sangat biasa.

Van-van begini mungkin mengenakan tambang yang murah agaknya.
Bersesak-sesak orang menaikinya.
Ramai juga yang lebih suka berjalan kaki walaupun dalam panas terik.

Kenangan terindah...