Kawan-kawan kakcik

Isnin, 22 Oktober 2012

Anak kecil ini Fabian namanya (kemaskini)...

Sebenarnya, dah berjam-jam kakcik memikirkan tentang apa tajuk yang hendak kakcik letakkan.  Kakcik tak mahu niat yang baik akan lain jadinya nanti.

Sebelum kakcik letakkan gambar dan cerita, kakcik hanya sekadar ingin mengingatkan :

Tolonglah jangan meletakkan andaian atau tohmahan sebelum kita tahu apa sebenarnya yang terjadi.  Jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata 'hospital Kerajaan kan ada? kenapa nak ke hospital swasta juga' sedangkan kita sama sekali tidak tahu duduk perkara...

Malam tadi, kakcik dan suami ke sini.
   Sewaktu kami tiba di Wad Kecemasan Hospital ini, anak kecil ini
   sedang diberikan sedutan nebulizer.  Wanita itu adalah ibunya.
   Mereka baru sahaja tiba dari Kuching, Sarawak.  Selepas 3 minggu
   'menginap' di wad sebuah hospital swasta di sana, anak ini dirujuk
   pula ke Hospital Pantai Kuala Lumpur.  Ibu yang tidak mengenali
  sesiapa di Kuala Lumpur ini, hanya mengikut apa yang disarankan oleh
  Pegawai Perubatan Hospital di sana. Mereka datang dua beranak
  sahaja.  Ketibaan mereka di LCCT disambut oleh pihak Hospital
  Pantai.  Setiba di sini, siibu hanya terpinga-pinga dan hanya berharap
  pada pihak Hospital untuk menguruskan apa yang sepatutnya. Beliau
  kemudiannya menghubungi suami kakcik (ibu ini dan suami kakcik
  dari Syarikat yang sama).  Pihak Syarikat memang menyediakan
peruntukan perubatan untuk setiap kakitangannya.  Kerana itulah,
untuk kes-kes yang dijangka tidak menelan belanja yang besar,
kakitangan lebih selesa untuk mendapatkan khidmat di hospital swasta.

Disebabkan tidak arif tentang procedure dan sebagainya, ibu muda
ini pasrah sahaja dengan perut yang lapar dan badan yang penat selepas
menempuh perjalanan yang jauh.  Bapa kepada anak kecil ini bekerja
sebagai pembalak (kakcik tak tahu jawatan sebenarnya, tapi berkaitan
pembalakan) di Papua New Guinea dan hanya akan pulang pada 2013.
Dua beranak ini tiba di hospital hampir jam 7.00 petang.  Kakcik dan
suami pula tiba untuk melawat mereka lebihkurang jam 8.30 malam.
Sewaktu mendukungnya, dapat kakcik rasakan 'gegaran' badan
sikecil ini kerana dadanya yang berombak kuat disebabkan dipenuhi
kahak.  Tangan kecilnya juga penuh kesan suntikan dan tapak tangannya
melecet akibat terlalu lama 'dibalut'.  Dalam usia hampir dua tahun, berat
badan Febian (yang dipanggil JANG oleh ibunya) tidak sampai pun 10kg.
Sewaktu mengambil gambarnya ini, dapat kakcik dengar dengan jelas
'deru' nafasnya. Kakcik ada cakap dengan suami semoga dapat diusahakan
agar anak kecil ini dapat dirujuk ke Institut Pediatrik HKL supaya
perbelanjaan perubatannya tidak melebihi had yang diperuntukkan.
Ada sesiapa sudi untuk membantu
 meringankan beban ibu Fabian?
Setidak-tidaknya untuk belanja makan-minum beliau dan juga untuk
sedikit sebanyak perbelanjaan yang mungkin diperlukan.  Febian
mempunyai seorang kakak berusia 5 tahun yang ditinggalkan bersama
nenek mereka di Sarawak. Walaupun berlainan bangsa dan agama,
membantu itu adalah perkara yang mulia.

Kakcik dan suami meninggalkan hospital setelah Febian selamat
dimasukkan ke wad.  Waktu itu sudah pun jam 10.30 malam. 
Hujan lebat di luar.  Selamba saja suami kakcik membonceng
motorsikal seorang lelaki India untuk ke kereta yang agak jauh
letaknya. Iya, ramai orang yang baik dan bersedia
memberikan pertolongan walaupun kita tidak menjangka.

Sekiranya ada yang sudi untuk memberikan sumbangan dan ada kepercayaan, bolehlah salurkan ke nombor akaun suami kakcik (akaun ini kakcik yang jaga) di Maybank 112240162158 (Mustapha).  Setiap sen yang disumbangkan, akan kakcik serahkan sepenuhnya kepada ibu Febian, InsyaAllah.

Atas permintaan KakNi kakcik letak emel kakcik di sini : emzekjay@hotmail.com / no hp : 0122830569

57 ulasan:

  1. ramai yang masih memerlukan perhatian di negara kita kak..buka mata dan minda, bantulah mereka sedayanya

    BalasPadam
  2. Apabila kita berbuat baik kepada insan lain balasannya sebegitu juga....

    BalasPadam
  3. moga Febian cepat sembuh hendakNYA..
    moga ibu Febian kuat dan tabah..

    psstt: kakcik.. takde sape-sape temankan ibu Febian tu ke..?

    BalasPadam
  4. budak2 klu ada kahak mmg merisaukan..anak sy pun kakcik..budak2 tak tau nak keluarkan tu yg jadi bahaya..
    moga febian segera pulih..
    utk..kakcik adalah bahagiannya nanti bila tolong menolong ni btul tak kak?...

    BalasPadam
  5. Kesiannya mereka. Smoga febian cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. Sayu plak rasa baca blog kk cik nih...
    kesiann kanak2 sekecil itu terpaksa menghadapi semua nie...
    Semoga adik Febian cepat sembuh hendaknya.
    Bagaimana cara kita nk salurkan sumbangan pd ibunya?

    BalasPadam
  7. harap febian cepat sembuh..
    dan semoga ibunya kuat hadapi dugaan ini.

    BalasPadam
  8. kasihan kat anak kecil ini.. semoga dia cepat sembuh..

    BalasPadam
  9. dapat merasakan kerisauan hati kecil ibunya..semoga febian cepat sembuh..

    BalasPadam
  10. kesiannya kak..kat tempat tak biasa..penat lapar lagi..semoga ramai lagi pihak yang ringan tangan membantu mereka berdua..

    BalasPadam
  11. Terharunya kakak membaca ini. Memang Allah jadikan kakcik dan abang manusia berhati mulia (kakak tak memuji tapi sudah terang lagi bersuluh). Moga ada sinar buat mereka berdua..

    BalasPadam
  12. saya juga terhaku kak
    semoga febian cepat2 sembuh
    org x merasa bolehlah cakap bukan2 kak
    nak tutup mulut manusia nie bukan mudah
    selagi namanya manusia

    semoga ibu fabien tabah

    BalasPadam
  13. ya Allah... siannyaa... kes ni macam sama dengan anak sulung kami... sebulan kami duduk kat hospital putrajaya... masa tu lebih risaukan kesihatan anak dari kesihatan sendiri kakcik...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kak cik...

      Tumpang simpati atas apa yang kakcik post...
      Hanya doa yang dapat di berika dari Tirana Aduka sewaktu membaca post kakcik......

      Amin amin...

      Padam
  14. Semoga dipermudahkan segala urusan anak dan ibu itu...

    BalasPadam
  15. mak dah ayah memang berhati mulia. insyaAllah saya akan membenatu sekadar yang termampu...

    BalasPadam
  16. insyaAllah kakcik & doakan yg terbaik untuk adik ini juga

    BalasPadam
  17. bila baca kisah orang lain terasa beruntungnya hidup sy..semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ni..

    BalasPadam
  18. Ya Allah kesianya.. kesini hanya 2 org x de sedara mara.. Moga semuanyan berjalan dgn lancar..

    BalasPadam
  19. Kak cik... nak derma tu, nanti cemana nak bgtau kakcik bila dah transfer? Malu nak bitau kat komen ini.

    BalasPadam
  20. LydSunshine...

    sms kakcik di nombor : 0122830569. Terima kasih, dik. :)

    BalasPadam
  21. kesianya kak cik...dh la suami xder di sisi hanya mereka berdua...semoga urusan mereka dipermudahkan...sebak baca

    BalasPadam
  22. as salam,

    semuga anak itu cepat sembuh...mudah segala urusan..

    BalasPadam
  23. sgt2 tak sampai hati bile tgk kanak2 nangis.... smh adik febian ni cepat sembuh...

    BalasPadam
  24. Moga Febian cepat sihat sepenuhnyaa..

    BalasPadam
  25. kesiannya lah.. 2013 baru boleh jumpa anak lagi. tuntutan hidup kan kak..

    BalasPadam
  26. kesiannya sebatang kara. ibu budak ni mesti kuat dan berani.
    Semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  27. Ya Allah.. siannya... dari jauh hanya 2 beranak je.. moga segala urusannya dipermudahkan..

    BalasPadam
  28. sebak saya membacanya.semoga Allah membalas budi baik kakcik juga kerana sama2 berkongsi kisah ini.Buat baik dibalas baik .

    BalasPadam
  29. sedih sebab kecik2 febian terpaksa tanggung sakit :'(

    BalasPadam
  30. salam...

    insyaallah kak chik...nnti sy sumbang skit..

    BalasPadam
  31. Ya!KakChik...mulianya hati KakCHik...besar pahalanya kak chik...

    p/s : Kak Chik..Dr Jin tu satu hospital ngan Dr Hanie kot...hehehehe..jgn marah org gurau jek..

    BalasPadam
  32. kesian nyer dia org, jauh pulak tu perjalanan nya, semoga dipermudahkan segala urusan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kakcik, letak lah email kakcik kat dalam entry tu bagi memudahkan sesiapa yang nak menderma tu untuk maklumkan kepada kakcik.

      Padam
  33. salam kakcik..anak sulung LM ada asma. mmg tau macam mana keadaan anak bila asma menyerang. sedih dan pilu gelisah menguasai hati ibu. jgn anggap asma penyakit biasa sbb ia blh mengundang maut.

    moga si ibu tabah lalui dugaan di rantau tanpa suami di sisi. moga Allah ringankan penderitaan mereka, amin

    BalasPadam
  34. KESIANNYA.SEBELUM SAYA BEKERJA,AYAH SAYA KERJA TEBANG BALAK
    PENAH DENGAR URA2 AKAN DIHANTAR KE PAPUA NEW GUINEA..SO ENTRI NI BUAT SAYA SEDIH JE

    INSYA ALLAH BANTU SETAKAT YG MAMPU..SESAMA MANUSIA

    BalasPadam
  35. Sedih pulak baca entery nie kak cik...semoga anak itu sihat...Sama2 kita membantu..

    BalasPadam
  36. Mulianya kakcik dan suami..insyallah, akan bantu setakat terdaya...

    BalasPadam
  37. bila baca n3 dan tgk muka fabian rasa sedih sgt2 sbb saat ni pn farouk diserang asthma attack...moga ibu fabian tabah...kesiankan.

    BalasPadam
  38. Salam Kakcik...
    Sedih bila anak kecil yang tak tahu apa2 terpaksa menanggung derita kesakitan

    BalasPadam
  39. Semoga kakcik Dan suami diberkati Allah.
    Dan adik kecil ni segera sembuh

    BalasPadam
  40. assalamualaikum kakcik....hanya Allah saja yg dapat membalas semua jasa2 kakcik tu...;)

    BalasPadam
  41. salam kak cik .. kesian nyer.. tapi mmg le kat sepital kerajaan prosedurnye lambat sedikit tapi ada kawan saya yg bertugas sebagai doktor pernah memaklumkan kepada saya bahawa sebenarnya kat sepital kerajaan mempunyai fasiliti dan kemudahan yang paling lengkap dan terkini berbanding hospital swasta, begitu juga dari segi doktor byk yg pakar2 berbanding sepital swasta... waima klinik pergigian pun kelenkapan di sepital kerajaan sgt lengkap dan terkini berbanding sepital swasta di mana sepital kerajaan mendapat dana dalam melengkapkan kemudahan terkini..

    BalasPadam
  42. semoga semuanya berjalan dengan lancar. dan fabian cepat sembuh yer...

    BalasPadam
  43. Realiti kehidupan ini kekadang memang bercanggah dari teori yang sepatutnya.

    IM selalu katakan kepada kawan-kawan, siapa yang mengalaminya dia akan mengetahui.

    Banyk kali IM bertindak di luar dari sepatutnya pandangan orang lain. Tapi itu mungkin tindakan terbaik IM di masa itu.

    BalasPadam
  44. kesihanye..moga dipermudahkan hendaknye....
    moga cepat sembuh jugak untuk anak kecil tu...

    BalasPadam
  45. Semoga Fabian cepat sembuh, dan semoga sedikit sumbangan dari kita dapat meringankan beban keluarganya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com