Kawan-kawan kakcik

Rabu, 10 Oktober 2012

Apa sangatlah sakit kakcik berbanding penderitaan yang ditanggung oleh Adam Syukri (kemaskini)...

... dan segala yang perlu ditanggung oleh kedua ibubapa anak kecil itu ...

Video ini kakcik 'salin' dengan menggunakan kamera kecil kakcik dari siaran Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 pada pagi ini (10/10/2012) ...

Mamak (ibu) Adam Syukri - Noraisah (27 tahun) yang 'menjaga'
Adam di Sarikei, Sarawak.

Bapak (ayah) Adam Syukri - Suherma (27 Tahun).  Beliau bertugas
di Alor Setar, Kedah. Adam mempunyai hubungan naluri yang kuat
dengan bapaknya ini.  Adam akan tidur selepas mendengar suara 
bapaknya melalui telefon.

Luluh hati ibu muda ini (yang bibirnya kelihatan sentiasa mengukir
senyuman sedangkan beliau sebenarnya menahan esak tangis) bila
ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata 'kayalah engkau nanti bila
Adam mati'.  Kejamnya kata-kata itu! :(

Nombor akaun ibu Adam untuk mereka yang sudi menghulurkan bantuan.
Sekiranya tidak mampu menghulurkan sumbangan berbentuk 
kebendaan memadailah kita doakan agar anak kecil ini pulih
dari segala kesakitan.

Suami yang kurang bercakap tapi merupakan penyokong kuat buat
isterinya.  Nora berkata beliau terpaksa meminjam dari ceti sebanyak
RM4,600.00 semata-mata untuk membeli susu Adam. Nora sedang
bercuti tanpa gaji selama 5 tahun untuk menjaga Adam.





62 ulasan:

  1. bersyukur kita kepadaNYA, sekurang-kurangnya penyakit yang kita hadapi tidak sesukar yang dihadapi oleh Adam Syukri..
    moga keluarga Adam kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan itu, juga moga ramai yang menghulurkan bantuan.. insyaAllah..

    psstt: C.. ;)

    BalasPadam
  2. kak saya bengkak mata dah menangis, jangan lupe membantu yang termampu utk baby adam, kami seluruh rakyat malaysia doakan yang terbaik buat baby adam, be strong mummy an daddy

    http://www.ajumohit.com/berita-semasa/bantulah-baby-ahmad-adam-syukri.html

    BalasPadam
  3. Kali ke 2 muncul kisahnya di MHI. Sebak lagi. *Kakcik, edit balik tajuk, ejaan nama "kakcik" ada kesilapan. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh... masa kakcik edit, catatan ini keluar juga ke? Alamak!

      Padam
  4. Berjuta hikmahnya. Inilah yg dikatakan, anak syurga. Saya doakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

    BalasPadam
  5. Sedih kan kak..Allah Maha Mengetahui segalanya, setiap ujian diberi ada hikmahnya

    BalasPadam
  6. assalam kak cik..acik tak boleh tengok ni..menahan tangis la jawabnya..sedih sangat

    BalasPadam
  7. saya tidak sanggup untuk melihat video itu sampai habis ..

    BalasPadam
  8. Salam Kak Cik...rindunya nak berblogging. Sekarang ni baru nak start panaskan badan semula.

    Sebak betul bila tengok penderitaannya, moga Allah berikan yang terbaik untuk Adam dan ibu bapanya.

    BalasPadam
  9. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebannya..

    BalasPadam
  10. sedihnya saya... mengalir air mata nih... ya Allah..:'(

    BalasPadam
  11. perkongsian yg membuat kita terfikir, mcm mn kalu ianya terjadi pd kita?

    BalasPadam
  12. kak, tak berpeluang tgk MHI sbb dah masuk keje kan..
    alhamdulillah, sempat beri sumbangan kecil buat adik adam beberapa minggu lepas... semoga sedikti sbnyk dpt membantu adk adam.

    BalasPadam
  13. semoga mereka berdua tabah ...


    anak itu ahli syurga kan , Kak Cik ?

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik,

    Akak turut simpati atas ujian pasangan suami isteri ini..
    Ya Allah, ringankan lah dan permudahkanlah urusan mereka..Aamiin

    BalasPadam
  15. sedihnya..x dapat sy bayangkan kalau sy kat tempat ibu adam..:(

    BalasPadam
  16. insyallah mudah2an, sumbangan kecil dapat meringankan beban adam sekeluarga. doakn ygterbaik untuk mereka juga

    BalasPadam
  17. saya cuma boleh nangis jek..anak tu dah sah syurga..yg tukang ngata tu dah sah dpt dosa..dan ibu dan bapa yg mjaga juga dpt pahala..

    BalasPadam
  18. kak akaun maybank mak adik adam ni takleh nak transfer duit..kawan saya banyak kali try tapi takleh..kami kat opis tadi reramai tengok..kesian sangat..tabah mak dia kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Maybank dah blok akaun tu disebabkan banyak amaun yang tiba2 masuk. Selalunya macam itulah, sebab kononnya Maybank nak menyekat aliran 'wang haram'...

      Padam
  19. tiba2 SA rasa sgt2 tersentuh dan sakit hati dgn manusia2 yang sanggup berkata kesat mcm tu...x kena pada dia kan,...cuba anak dia kena mcm ni...apa dia rasa...

    BalasPadam
  20. sedap mulutnya kata gitu...memang x dok hati perut r hok kata tu....
    Allah maha adil..hari ni hari baby adam..esok luse kita tak tahu...

    BalasPadam
  21. Akak tak sanggup nak tengok sampai abis... Nagis sudah....

    BalasPadam
  22. X nak tgk lagi video tuh. Kang g skola mata merah. Jauhnya bapak Adam kje. Mudah2an Adam cepat sembuh. Amin3..

    BalasPadam
  23. semoga pasangan tersebut tabah menerima ujian ni..

    BalasPadam
  24. ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺍَﺯِﻝْ ﻋَﻨْﻪُ ﺍﻟْﻌِﻠَﻞَ ﻭَﺍﻟﺪَّﺁﺀَ، ﻭَﺍَﻋِﺪْﻩُ ﺍِﻟَﻰ ﺍﻟﺼِّﺤَّﺔِ ﻭَﺍﻟﺸِّﻔَﺂﺀِ، ﻭَﺍَﻣِـﺪَّﻩُ ﺑِﺤُﺴْﻦِ ﺍﻟْﻮِﻗَﺎﻳَﺔِ، ﻭَﺭُﺩَّﻩُ ﺍِﻟَﻰ ﺣُﺴْﻦِ ﺍﻟْﻌَﺎﻓِﻴَﺔِ، ﻭَﺍﺟْﻌَﻞْ ﻣَﺎﻧَﺎﻟَﻪُ ﻓِﻲ ﻣَﺮَﺿِﻪِ ﻫَﺬَﺍ ﻣَﺎﺩَﺓً ﻟِﺤَﻴَﺎﺗِﻪِ ﻭَﻛَﻔَّﺎﺭَﺓً ﻟِﺴَﻴِّﺌَﺎﺗِﻪِ، ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﺁﻝِ ﻣُﺤَﻤَّـﺪٍ .

    "Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad. Amin Ya Allah , Amin Ya Robbillalamin."

    BalasPadam
  25. Ya Allah....hanya doa pohon kesembuhan utk adam..pohon Allah berikan ketabahan buat ibj bapa adam...sebak hati melihat anak ini...ya Allah pelihara lah anak ini

    BalasPadam
  26. sy xkuat nk tgk kt MHI...tabah betul mak adam..semoga ada jalan yang terbaik utk Adam...aminnnn

    BalasPadam
  27. Terima kasih kakcik sebab rakamkan MHI tu..saya tak berpeluang tgk MHI pagi tadi..

    BalasPadam
  28. GD pun x tgk tadi. nasib kak cik ada rakam... semoga mereka diberi kekuatan untuk mengharungi segala rintangan..

    BalasPadam
  29. Tabah betul kan mak dia.. saya yg tengok pun meleleh air mata

    BalasPadam
  30. selalu ikut kat fb, sedihkan .... hai salam kenal, dari bloglist KA, done follow.. hit me back ya

    BalasPadam
  31. tak menahan air mata tgk kisah ni kakcik..

    semoga ibu dan bapa Adam lebih tabah..

    Ya Allah..sembuhkanlah adik Adam Syukri..!

    BalasPadam
  32. Salam,
    Moga Allah swt permudahkan segala urusan keluarga ini. Amin.

    BalasPadam
  33. Saya doakan agar Allah memberikan yang terbaik utk Adik Adam Syukri ni.

    BalasPadam
  34. Sy pun hairan kenapa ada org yg suka menghamburkan kata2 yang mcm budak2. Mungkin org begitu tak pernah alami susah. Bila dia kena susah nanti, baru la terkunci mulut dia.

    Semoga ibu dan bapa Adam sentiasa sabar dengan dugaan hebat ini.

    BalasPadam
  35. Smoga parents ini terus tabah. Tak sanggup nak tgk video tu. Pasti airmata akan mengalir.

    BalasPadam
  36. ya Allah.. mmg sgt sedih dan sebak baca kisah adik adam ni..

    BalasPadam
  37. Semoga ibu bapa adik Adam nie sentiasa tabah menghadapi dugaan nie.

    BalasPadam
  38. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Moga kedua ibubapanya tabah menghadapi apa juga dugaan yg akan datang..

    BalasPadam
  39. menitik air mata bila kwn tunjukkan video tu td...

    BalasPadam
  40. saya memang tak tengok tapi tengok penderitaan anak kecil ini , hati keibuan saya tersentuh........

    BalasPadam
  41. memang sedih bila tgk bb nie ..
    semoga masih ada harapan buat bayi ini .. :(

    kpd yg mengata begituu , semoga allah memberikan rahmat kepada anda .. dan semoga anda mendapat kebahagian yg anda impikan .. !

    BalasPadam
  42. mmg sedih bile tgk video tu..berat mata memandang..berat lg penderitaan yg ditanggung oleh anak kecil itu..semoga ade harapan lagi untuk Adam sembuh dan sihat...

    BalasPadam
  43. Ya Allah kak cik sedihnyer wani baca...skang ni baru wani fhm perasaan mereka yg anak sakit...semoga kedua mereka tabah

    BalasPadam
  44. saya pun tahu pasal adik ni melalui 2-3 blog yang bercerita pasal dia. betul ke ada orang cakap macam tu kat mak adik adam tu? saya doakan orang tu insaf dan diberi petunjuk oleh Allah. semoga satu hari nntu org tu akan jadi org yg plg suka menolong org yg dlm kesusahan.

    BalasPadam
  45. Ya Allah....sedih pulak cr baca kisah adik adam nie...hanya doa pohon kesembuhan utk adam..pohon Allah berikan ketabahan buat ibu bapa adam...sebak hati melihat anak ini...ya Allah pelihara lah anak ini

    BalasPadam
  46. Adam anak terpilih..syurga telah menanti anak kecil ini.. Bersabarlah ibu dan ayah adam..Jaga lah sebaiknya permata syurga ini..

    BalasPadam
  47. Semoga mereka kuat dan adik Adam kembali sihat.
    Kita mendoakan yang terbaik, di sebalik kedukaan ada keistimewaannya dari Allah

    BalasPadam
  48. sampai hati ada orang cakap ibu Adam boleh jadik kaya kalau Adam tak ada :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usah dipedulikan dengah kata2 orang.... mereka tidak merasai apa yg ditanggung oleh pasangan ini...:-(

      Padam
  49. ya allah !!,berikan kekuatan untuk kedua ibu bapa adam ya allah!!
    kesiannyer tengok die ...

    BalasPadam
  50. Assalammualaikum..tima kasih kak krn shre kisah arwah anak saya.4.3.14 genap dua thn umo arwah n 7.2.14 genap stahun arwah mninggal.trima ksh juga pd mereka yg mbntu.alhamdlah sthn tnpa arwah mcm2 phit getir khdpan saya lalui.mmg agk pyh.apabila mula utk bdiri sya plak jatuh sakit truk dan 12.12.13 saya dimasukkan ke wad separa icu MHDW hkl krn severe ovarian hyper stimulation sindrom stage 4.saat berada diwad sya dpt rskn pndritaan arwah dmana saya sndri merasa operation 2kli emgncy dan tebuk prt 2 kali yg hnya bius setempat.kesakitannya amatla perit..bila saat nafas sya krg elok krn skit sya tpksa bgntung pd oksigen dan sya merasa ventilator yg utk pnafasan arwah anak sya mllui mlt itu,subhanallah sgtla skit..sya yg bsuara x than skit ventilator inikan arwah adam yg tdk bsuara mnahan ksakitan..disitu timbul seribu satu hikmah saya dpt mllui skit saya dan sakit arwah anak saua..3mgu ptma d MHDW saya disahkan mengandung 8mgu dan baby sya twin..skrg sya dh 3bln lbh dan baru keluar wad mgu lpas.ALlah amik arwah adam tp dia gntikn 2 org utk sya.sblm ni bby sya disahkan ksmbar 3 ttpi yg sorng tlh pgi ketika berusia 12mgu tgalla 2 org.berkat doa semua sya dpt sabar dgn smua dan tima lsh krn mndoakn kami slma ini..smga kalian smua dmurahkan rzki.in sha Allah amin

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com