Kawan-kawan kakcik

Khamis, 30 Januari 2014

Terkenang-kenang...





30/1/2014 - Januari dah hampir ke penghujungnya...

...kepada yang bercuti, selamat bercuti dan jagalah keselamatan walau di mana jua anda berada.
Dalam keseronokan,  jangan lupakan kewajipan kepada Allah Yang Maha Berkuasa.
Aku?  Mungkin tak ke mana-mana dan hanya melalui hari-hari yang masih bersisa di penghujung usia...
Gambar ini kurakam di Pantai Jeram, Selangor pada
petang Ahad yang lepas.

Rabu, 29 Januari 2014

Nak melucah - lucah la pulak!...

Amboiiiiii.... ingat blog kakcik ni blog lucah ke apa?   Grrrrrrr...

(Nampak tak carian terakhir tu - kainku diselak) hmmmmmm

Masterchef Malaysia All Stars - bila Zamir menang...

gambar yang kurakam dari kaca tv malam tadi
....biasalah, ada yang suka ada yang tidak.  Tidak kurang yang mengatakan ujudnya pilih kasih.

Apa-apapun keputusan adalah muktamad.   Sebarang surat menyurat adalah tidak dilayan... hehehe...

Isnin, 27 Januari 2014

Don Mustofa bin Don Daniyal...

...permata hati Ustaz Don Daniyal dan Dr. Husna...

Semoga membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak yang soleh serta bijak seperti kedua ibubapanya.

InsyaAllah.

Susan Manen Ibrahim ...

...hidayah itu milik Allah, kan?

Selepas berumahtangga dengan aktor Mustapha Kamal di usianya 24 tahun, jarang kelihatan dia muncul berlakon.  Sesekali dia muncul di layar iklan.   Melihat raut wajah dan sosok tubuhnya, macam tak percaya dia sudah mempunyai empat anak kandung yang sedang remaja.

Pernah terbaca tentang hasratnya untuk menunaikan fardhu haji dan mengenakan hijab.

Sekarang beliau tampil manis bertudung.   Semoga beliau istiqhamah...

Masterchef Malaysia All Stars... antara Zamir, Brian dan Celina...

...siapakah yang akan bergelar Juara?

Walaupun Zamir adalah peserta yang paling muda dan kadangkala menggigil menyiapkan tugasan, tidak mustahil dia mampu menewaskan Brian dan Celina, kan?

Segalanya mungkin...

Sabtu, 25 Januari 2014

Sabtu = 25/1/2014 = 9.25 pagi...

Alhamdulillah.   Dah boleh berehat.   Hidangan untuk makan tengahari sudah siap disediakan.

Sekadar hidangan ringkas :  ikan kerisi goreng,  kari ikan kembung bersama tomato dan bendi,  sawi putih masak lemak putih dan sambal belacan.

Jumaat, 24 Januari 2014

'Rambut pun boleh cicir?'...

Di suatu petang,  aku bersama suami, Bangcik dan BS keluar bersama dengan menaiki kereta.

Kami berbual santai tentang pelbagai perkara.

Aku berkata kepada suami 'rambut saya makin nipis sekarang.  Tak tahu entah ke mana cicirnya'

Tiba-tiba aku dengar ketawa kuat yang tidak boleh ditahan - tahan dari BS.  Sambil ketawa,  dia kata 'macamana rambut boleh cicir?  Mak keluarkan kepala kat tingkap kereta, lepas tu rambut mak cicir, ya.  Mak ingat rambut mak macam rambut Kak Mah ke?'

Lepas itu dia ketawa lagi dan bersambutan dengan ketawa Bangcik sehingga bergegar kereta yang kami naiki.  

Aduhai anak... tinggi imaginasinya...

Bila kegelapan lebih mendominasi...

...cahaya yang sepatutnya indah bagai tak kelihatan lagi...

Rabu, 22 Januari 2014

Mak, Karma dah datang...

...ia datang berlenggang tanpa kuundang
ia tidak ketawa mahu pun tersenyum senang
ia datang dengan wajah yang garang
apa yang kubuat serba tak kena sekarang

Mak

bila kukenang-kenang
mungkin lama dulu ia sudah kutimang malam dan siang
tika itu mak membuang pandang
mungkin di hati mak sudah rasa tak senang
'sekarang ia kau timang, satu ketika nanti ia akan buat kau tak senang'

Mak

aku tak berdaya menghalaunya
aku juga tak ingin percaya akan kewujudannya
tapi bila ia telah berada di depan mata
penyesalan mungkin tak memberi makna...

Selasa, 21 Januari 2014

Mungkinkah hanya maruah yang kian murah...

...tengoklah hidangan ini :

Sarapan pagi : teh O dan sepiring mihun goreng

Makan tengahari :  nasi putih + gulai ayam + sayur goreng + sambal belacan + ulaman + buah potong + air oren

Kos untuk yang di atas dikira RM12.00 SEORANG...

Murah ke tu?

Selagi aku boleh bertahan...

...kan kutelan segala kepahitan.

Tiada guna bercerita bila tiada yang memahaminya...

Tidak guna berlagak ceria bila mata menyatakan sebaliknya...

Selagi aku mampu bertahan,  selagi itu hidup ini perlu diteruskan.

Biarlah hati ini terus tersiat luka asal dapat kulihat senyuman mereka.

Tak mengapa bila keinginanku terpaksa diketepikan asal kehendak mereka dapat diadakan...

Tuhan, sebenarnya aku tak kuat lagi dan kian rapuh ketabahan ini.   Bantulah aku, Tuhan.

Isnin, 20 Januari 2014

'Adik makan nasi orang miskin'...

Nasi yang BS tak lalu nak makan...
Semalam, beras yang biasa kumasak telah kehabisan.  Yang ada cuma 'beras mahal'.

Aku tahu bahawa Budak Sepet 'tak boleh hidup tanpa nasi'.  Lalu aku masak juga beras tersebut.  Angah minta buatkan nasi goreng.   Dia (Angah) dan Bangcik makan tanpa soal.   Boleh bertambah lagi.  Budak Sepet makan tak habis.

Aku fikir dia sudah kekenyangan.

Kemudian aku masak lagi nasi putih.   Lepas Maghrib, aku tanya BS nak makan tak?  Dia nak makan dengan lauk telur hancur.

Bila siap, aku duduk tunggu dia makan.  Nampak dia tak berselera.

Aku kata 'Adik tahu tak beras tu mahal?'

Spontan dia menjawab,  'Adik makan nasi orang miskin je.  Adik tak suka nasi panjang.   Adik suka yang pendek'.

Alahai anak....

Mungkin mak kena cari beras ST15% yang telah diumumkan oleh Kerajaan hanya untuk orang miskin itu. 

Mak tahu, Adik faham bahawa kita ini memang pun orang miskin - orang kata 'miskin bandar'...

Tarikh Pembayaran Pencen Pesara Kerajaan 2014...

...seperti yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam...

Sabtu, 18 Januari 2014

Sukarnya menyingkir sendu di hati...

...bagaikan tiada langsung kebaikan yang telah kulakukan, lantas hati ini dicantas hancur sewenang-wenangnya....

Khamis, 16 Januari 2014

Bercerita tentang kesusahan dan keperitan...

Telah pernah kurasa...

saat orang lain :

mandi di bilik air, aku mandi di sungai yang keruh airnya

terang dalam limpahan cahaya lampu kalimantang,  aku berjelaga hidung menghadap pelita minyak tanah

makan makanan yang beli dari penjaja, aku mengilas tangan ke belakang sambil terkebil-kebil memerhati

bergaya dengan pakaian baharu, aku bergaya dengan pakaian terpakai yang diberi orang

ah....banyak lagi yang ingin dibuang dari kenangan tapi tetap terkenang-kenang!

Rabu, 15 Januari 2014

MasterChef Malaysia All Stars - Mampukah Zamir?...

...untuk menjadi Juara dan menewaskan empat peserta hebat yang lain?

Pastinya bukan sedikit tekanan yang bakal dihadapi oleh anak muda yang merupakan satu-satunya peserta akhir berbangsa Melayu ini.  Beliau akan berhadapan dengan Soo Wincci,  Celina,  Brian dan Michael Ang.

Pertandingan ini tidak bersandarkan kepada nasib.  Ia memerlukan kebolehan dan kemahiran.

Semoga Zamir tidak akan mudah mengalah dan menyerah.


Selasa, 14 Januari 2014

Benarkah kita sangat sayang dan patuh...

...kepada Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT serta ajaran yang dibawa oleh Baginda,

atau sebenarnya...

Kita lebih sayang dan patuh kepada pemimpin yang dipilih oleh manusia walaupun dia tidak pun menggambarkan kecintaannya kepada Rasul Junjungan kita?

Salam Maulidur Rasul kawan2ku.

Isnin, 13 Januari 2014

Kebahagiaan bukan sekadar dapat berdua-duaan...

Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada anakanda Iyra Mutalib SiRibenMerah yang merakamkan gambar yang tertera di sini...

Kebahagiaan juga adalah bila boleh saling mempercayai dan saling menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.

Sabtu, 11 Januari 2014

Syukurlah ianya tidak membebankan! ...

Sabtu = 11/1/2014...

Jalan-jalan di Pasar Tani (yang mana jualannya bukanlah sebenar-benarnya 'hasil titik peluh para petani atau penternak mahupun nelayan').

Terkejut tenuk cipan tapir aku bila tengok harga ikan bilis sekilogram mengalahkan harga ikan jerung!  (Macamlah pernah beli ikan jerung, kan?  - itu hanya kias ibarat).

Apalah hendak dikata. 

Mahu?  Beli

Tak mahu?  Pergi jauh-jauh dari sini.  Ramai lagi yang mahu membeli.

Kata Menteri : 'kenaikan harga barangan adalah tidak membebankan para pengguna'

Hmmmmm ... betullah agaknya!

Rabu, 8 Januari 2014

Bila pakaian dalam dah mula longgar...

...bermakna sudah tiba waktu untuk ditukar
ia longgar bukan kerana badan kian kurus
bukan juga kerana ia tidak di'urus'
tapi kian longgar kerana sekian lama tidak bertukar
warnanya sudah pudar
getahnya kian kendur

Peduli apa
bukan ada orang nampak di sebalik pakaian luar kita
bila disidai sembunyikan sebalik pakaian lainnya

Apalah sangat dengan pakaian dalam
kita pun bukan model peragaan
dalam hidup yang serba kepayahan
perut yang lapar perlu diutamakan....


Tak faham?
Tak mengapa kerana bukan semua orang punya cerita hidup yang sama...

Jumaat, 3 Januari 2014

Kenaikan harga makanan di kantin sekolah...

...kasihan kat ibu bapa dan para penjaga.  Anak-anak hanya tahu nak makan saja.

Mesti ada yang kata 'sediakan bekalan,  habis cerita'...

Khamis, 2 Januari 2014

Jom buang jauh-jauh...

...kita bungkus kemas - kemas segala keburukan.   Kita buangkan jauh-jauh dari pandangan dan ingatan...

Rabu, 1 Januari 2014

01012014 - Panas dan terang benderang di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah.

1/1/2014 - dan masa pun terus berlalu...

Yang pastinya aku tetap begini.  Meniti hari yang datang dan pergi tanpa peduli.

Bagaikan aku tak mahu apa-apa lagi kecuali tak ingin bekerja di pejabat lagi!

Apakan daya,  sekiranya masih ada usia aku perlu menunggu untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi sehingga ansuran pinjaman perumahanku dengan Kerajaan Malaysia dapat dilangsaikan dengan sepenuhnya...

Satu lagi yang kuharapkan adalah untuk mengunjungi Tanah Suci sekurang-kurangnya untuk sekali lagi.