Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 April 2017

Bolehkah gelaran seperti DOKTOR (Dr) dimasukkan pada kad pengenalan?...


Sejak membaca berita (berita ke gossip?) ini, aku jadi mak sibuk pula.  Tertanya-tanya sama ada gelaran profesional seperti Dr., Ir., Ar., Prof. dan seumpamanya boleh dimasukkan dipangkal nama dalam kad pengenalan?

Gambar dan catatan dari SINI

Kebetulan aku ada menonton satu rancangan di Astro tentang pemberian nama kepada anak yang baru lahir tidak boleh ada sebarang gelaran profesional pada namanya atau pun gelaran seperti Dato', Tan Seri atau Tun (eh...tapi kawanku dulu, semua anaknya ada nama Tun di pangkal nama).  Itu untuk pendaftaran anak yang baru lahir, mungkin untuk yang sudah lama lahir dan baru dapat gelaran, bolehlah masukkan gelaran itu agaknya, ya? 

Ada orang terlalu mahu dikenali dengan gelaran.  Ada pula beberapa kawanku yang marah bila aku panggil mereka dengan gelaran.  Mungkin ia seolah-olah akan menjarakkan perhubungan. Sedangkan gelaran yang didapati itu memang selayaknya bukan kerana mereka banyak duit atau kerana mereka pengasas produk kecantikan!

Sekadar rujukan :




Selasa, 18 April 2017

Tiba-tiba sakit mata...

Petang semalam (Isnin = 17/4/2017) sewaktu sedang
melipat pakaian, tiba-tiba aku rasa mata sebelah kiriku sakit dan
pedih. Ada juga rasa gatal.  Bila aku ambil gambar, dah nampak
macam buah mata kucing yang kelihatan bijinya!  Aku tinggal
bersendirian, hendak ke klinik pun tidak mampu.  Aku hantar
gambar di atas kepada suami, dia suruh aku gunakan ubat titis
mata kepunyaannya.  Sebelum itu aku sudah basuh mataku
berkali-kali tapi rasa makin bengkak pula...

Gambar hari ini (Selasa = 18/4/2017).
Sudah kurang bengkak, merah mahu pun rasa gatal dan pedih.
Alhamdulillah.  Ramai yang menasihatkan agar jangan digosok
mataku.  Memang aku tak gosok walaupun rasa gatal dan pedih.
Aku hanya titiskan ubat dan basuh berkali-kali dengan air paip
dan juga air sejuk yang aku tadah dari penapis air.  Sejuknya air
itu bagaikan air yang baru dikeluarkan dari peti dingin beku.
Walaupun agak pedih pada mulanya, ia sedikit sebanyak
melegakan rasa pedih dan gatal.

Isnin, 17 April 2017

Kemeriahan di dapur kecilku...

...biarpun bersepah dan tidak tersusun, kami tetap gembira...

Sebulan sekali atau dua tiga bulan sekali, dapur rumahku akan kecoh bila semua adik-adikku dan keluarga mereka berkumpul di rumahku.  Ahad (16/04/2017), hanya adik perempuanku bersama suami dan dua anaknya tidak hadir.  Adik perempuanku yang bertugas sebagai guru, mengiringi anak-anak muridnya (pelajar Tingkatan 6), membuat lawatan sambil belajara ke Pekan, Pahang.

'Perhimpunan' kami kali ini disamping menyambut hari ulangtahun kelahiran ke 7 salah seorang anak saudaraku.  Kami juga disertai pasangan suami-isteri dari Singapura yang sudah menjadi sebahagian dari keluarga kami...

Jom tengok gambar : 😃😃😃





Birthday boy yang diraikan















Ahad, 16 April 2017

Gema Gegar Vaganza - aku lebih suka menonton siaran rakaman...

Sebabnya? Aku boleh melangkau (mempercepatkan) siaran yang aku tidak suka untuk menontonnya.  Apakah ia?

1 - gelagat Achey yang mengacara sambil menyaring-nyaringkan suara dan meliuk-lentokkan badan tidak sesuai dengan acara.  Dia ingat rancangan Gema Gegar Vaganza itu sama macam rancangan Maharaja Lawak Mega ke?

2 - siaran iklan yang 'panjang berjela'

3 - komen para juri (aku bukan faham sangat pun apa yang mereka komen), yang aku tahu lagu itu sedap didengar atau tidak sahaja. Kadangkala aku juga menghayati bait-bait lirik yang didendangkan dengan penuh perasaan (ewah...)

Para peserta Gema Gegar Vaganza
Gambar dari SINI

Di minggu pengenalan, tiada peserta yang tersingkir.  Pada minggu kedua, penyanyi Bienda telah tersingkir bila berada di kedudukan paling bawah.

Peserta yang aku tunggu kemunculannya ialah Azmi Caliph Busker.  Bukan hanya kerana dia seorang Orang Kelainan Upaya, tapi dia memang mempunyai bakat anugerah Ilahi.  Minggu pertama, nampak sangat betapa dia menggigil ketika membuat persembahan, tapi suaranya tetap bagus.

Caliph Busker

Apa-apa pun, semua peserta mempunyai peluang yang sama untuk terus mara ke peringkat seterusnya.  terpulang kepada mereka untuk memberikan persembahan terbaik.

Cuma kalau boleh, Astro tak perlulah mengekalkan Achey sebagai pengacara kecuali dia boleh mengubah 'rentak dan corak' pengacaraannya.  Dia dah cukup terkenal di Malaysia ini, jadi tak perlulah terlalu tergedik-gedik dan menjerit-jerit untuk menonjolkan diri...

Nampaknya para penonton wanita yang hadir dalam rancangan ini (termasuk para artis), berpakaian sopan siap bertudung sewaktu menonton.  Indahnya jika mereka terus berpakaian  begitu, kan?

Jumaat, 14 April 2017

Rompers Zayyan - keluaran terbaru dari DRD...

Jom tengok betapa comelnya cucuku Muhammad Zayyan Darwish dalam rompers yang dipakainya.  Mahu anak atau cucu anda kelihatan comel macam Zayyan?  Ha... tempahlah ROMPERS ZAYYAN di Darwish Rich Design, ya......





Rompers Zayyan is a Super Comfy & Unique version of Rompers Baju Melayu designed by Darwish Rich Design.
For a look that transcends time and culture, Darwish Rich Design Wear’s version of the little man’s Rompers Zayyan which is a MUST –HAVE in your baby wardrobe. 
Made from 100% super soft material that suits for your baby skin. Stretchable & Breathable! Soft Round neck collar (teluk belanga) will make your baby & kids stay comfortable in it. Special & exclusive as our rompers is the first rompers with adjustable sleeve! This Rompers Zayyan suits all formal occasion like Majlis Aqiqah, Cukur Jambul or Hari Raya. It also can be wear in any informal occasion.

Our Rompers Zayyan are made with:-
- 100% Super Soft Material
- Stretchable & Btreathable
- Soft Round Neck
- Relaxed Fit , Pocket on the chest area
- Comfy for your baby & kids
- Big cawat 
- Adjustable Sleeve (adjustable with button)
Every Purchase of Rompers Zayyan; FREE CAP

Gambar dan artikel makcik salin dari web Darwish Rich Design di : http://www.darwishrichdesign.com/produk/Rompers-Baju%20Melayu

Rabu, 12 April 2017

Bawalah, bukan berat pun...

Jangan sekadar tahu merungut atau mengeluh sahaja.  Tapi kalau kita memang jenis tak kisah mengeluarkan 20 sen untk sekeping beg plastik (5 keping baru RM1.00, kan?) tidak mengapalah.

Siapa yang sedar bahawa beg plastik yang kita dapat dari restoran makanan segera seperti KFC itu tidak lagi percuma (kecuali diberitahu oleh juruwang)?.  Begitu juga dengan di Dunkin Donut atau lain-lain restoran makanan segera.  

Setakat ini, yang aku pasti Pasaraya Tesco Ampang dan Pasaraya The Store Pandan Indah (kedua-duanya tempat aku selalu membeli barang keperluan) masih menyediakan beg plastik percuma kecuali pada hari Sabtu.

Lipat sahaja sehelai atau dua beg plastik (supik gelenyar kata
orang Kelantan 😆😆😆)...

...dan masukkan ke dalam dompet atau poket seluar.
Pasti ianya sangat berguna bila diperlukan.  Tak perlu
bayar 20 sen dan tidak memberatkan pun...

Selasa, 11 April 2017

Majlis perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq....

Sabtu (8/4/2017), aku, suami dan anak bujang kami (jarang sangat anak-anak hendak mengikut kami pergi kenduri) menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki blogger Makchaq.  Sewaktu kami sampai, telah ramai juga tetamu yang datang dan sedang menjamu selera. Tapi di kalangan kawan-kawan blogger, Makchaq kata aku yang pertama sampai.

Beberapa minit kemudian, barulah blooger Yan Journal tiba bersama suami dan anak bujangnya.   Tahniah Makchaq dan Suami kerana menerima menantu pertama.

Seperti biasa, aku kalau menghadiri kenduri selalunya tidak akan berlama-lama.  Sekadar memenuhi jemputan, bertemu tuan rumah, bersalaman dan balik.  Bukan sombong, tapi kita kena faham. Bukan hanya kita tetamu mereka.  Ramai lagi yang perlu mereka layan. Begitu juga dengan tempat duduk.  Selesai makan, tak perlulah tunggu sebab orang lain ramai lagi menanti giliran kecuali memang banyak lagi kerusi meja yang kosong.





Isnin, 10 April 2017

Bukan senang hendak senang (Bahagian 2)....

Lanjutan dari catatan sebelum ini, akhirnya anakku mengambil keputusan untuk membuat 'projek aiskrim Malaysia'.  Sebagai ibu, sekali lagi aku memberi sokongan dengan membantunya membuat aiskrim tersebut.  Dia memasak air dan menyediakan bancuhan. Aku yang mengisi ke dalam plastik dan menyimpul ikatan palstik itu.

Projek ini memakan masa lebihkurang empat jam (dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengahmalam).  Lebih 150 batang aiskrim kami berjaya siapkan.

Empat jenis aiskrim disediakan:
Choki-choki, sirap limau, agar-agar sumi
dan milo pekat likat.  Dia bertegas untuk
menjual dengan harga RM1.00 sebatang.
(Aku memang bukan seorang peniaga, kalau
ikut aku, mungkin aku jual dengan harga RM0.50
sahaja sedangkan modal yang dikeluarkan agak
banyak juga 😎😎

Pelanggan pertama yang jadi sasaran adalah
ibu-ibu dan bapa-bapa saudaranya.
Alhamdulillah, sebagai sokongan, mereka sudi
membeli.  Aku turut merasa lega!

Ujian dan dugaan akan datang dan pergi.  Terpulang kepada kita bagaimana mahu menanganinya.  Selepas projek aiskrim ini siap pada tengahmalam dan sudah disusun dengan rapi dalam peti dingin beku, kami tidur dengan lena.  Seperti biasa, aku akan bangun awal pagi.  Bila buka peti dingin beku, AllahhuAkbar! aiskrim masih belum beku.  Hanya sedikit yang membeku.  Kipas peti sejuk berhenti berpusing rupa-rupanya!  Ikutkan rancangan asal, anakku hendak membawa aiskrim itu untuk dijual di mana-mana Taman Tasik.  Elok juga dia telah membatalkan rancangan itu.

Sehingga tengahari, peti dingin beku masih bermasalah.  Berpaket-paket ais kami beli untuk menyejukkan aiskrim.  Akhirnya, aiskrim itu semua dipindahkan ke peti ais di rumah adikku yang berdekatan.  Benarlah, bukan senang hendak senang.  Itu baharu projek yang sangat-sangat kecil berbanding dengan cerita jerih payah ahli-ahli perniagaan yang sangat berjaya sekarang...

Khamis, 6 April 2017

Bukan senang hendak senang...

...hanya seminggu sahaja lagi Majlis Anugerah Dekan tempat anakku belajar akan berlangsung.  

Anakku dan rakan-rakannya ditugaskan mencari dana melalui penyumbang-penyumbang yang baik hati.  Namun hingga saat ini, mereka masih gagal untuk mengisi tabung sebagaimana diperlukan. 👀👀👀😒😒😒

Aku melihat usaha yang dilakukannya sejak sebulan lalu. Menaip email, mengarang (aku tak tahu apa yang dikarang) hingga ke tengah malam dan bangun awal pagi untuk ke universiti.  Hari ini dia dan kawan-kawannya mungkin akan menjelajah ke mana-mana syarikat untuk 'merayu sumbangan'.  Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan mereka.

Aku tak pernah belajar hingga ke universiti, jadi aku tak tahu tentang tugasan-tugasan sebegitu.  Hanya yang mampu aku lakukan sebagai seorang ibu, mendoakannya sahaja.  Aku juga tidak mempunyai 'kawan-kawan' yang memiliki syarikat-syarikat besar yang mungkin boleh aku 'tanya-tanyakan'.  Sedangkan sebagai seorang blogger (kononnya), aku sendiri tidak mendapat penajaan untuk apa-apa 'kerja berbayar'...

Tak mengapalah anakku, berusahalah.  Allah ada untuk membantumu.  Tingkatkan keyakinan, berusaha dan berdoa tanpa putus asa.

p/s :  anakku adalah antara yang tersenarai sebagai calon Anugerah Dekan untuk tiga semester berturut-turut. Alhamdulillah.

Rabu, 5 April 2017

MSU Young Chef Challenge 2017...

Baru-baru ini, anak ketigaku telah menyertai pertandingan MSU Young Chef Challenge 2017 (29-30 Mac 2017) kategori 'Sweet-Sweet Aje'...

Mini pavlova yang disediakan
dengan tunjukajar Chefnya

Alhamdulillah.  Saat dia sudah
hilang keyakinan, akhirnya
dapat juga tempat kedua.

Dapatlah hadiah wang tunai
RM300.00 yang dikongsi berdua.


Anakku bersama rakan pasukannya.

Sebelum itu, dia dan rakan-rakannya telah menyertai
Festival iChef Malaysia di Putrajaya yang menghimpunkan
seramai (atau sebanyak?) 4,235 orang chef tempatan dan
antarabangsa, diiktiraf sebagai himpunan Chef terbesar
oleh The Malaysia Book Of Records...

Benarkah seorang ibu ada 'kuasa ajaib'?...

...pernah tak kau 'kehilangan' sesuatu barang yang kau sendiri simpan?  Berpeluh-peluh kau mencarinya.  Berpusing-pusing berkali-kali namun tidak juga kau jumpai?

Sebaik kau bertanya pada  ibumu, sekejapan sahaja ibumu menjumpai apa yang kau cari.  Padahal bukan dia yang menyimpan barang tersebut.  Apakah ibumu punya kuasa ajaib?  Tidak sebenarnya.  Itu adalah anugerah Allah kepada seorang ibu.  Diberi kelebihan melalui rasa hati dan naluri.  Bukanlah semua benda ibumu boleh jumpa, tapi kebanyakannya 'tiba-tiba ada di tangannya'.

Jadi, hargailah ibumu.  Di samping ayahmu, ibumu adalah anugerah yang Allah SWT sediakan buatmu.  


“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibubapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo’a: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Qs. Al-Ahqaaf : 15)
Rujuk : https://muslimah.or.id/1861-ibumu-kemudian-ibumu-kemudian-ibumu.html

Tidak perlu kau mengupah orang lain dengan harga yang mahal untuk berdoa buatmu. Mohonlah ibumu mendokanmu (walaupun sebenarnya tanpa kau minta, doa seorang ibu akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup anaknya).

Hargai ibumu dan juga ayahmu sewaktu hayat mereka masih ada. Bukan menangis dan meratap hiba saat jasad mereka sudah lenyap dari pandangan mata... 

Rabu, 29 Mac 2017

Singgah di Taman Botani Negara Shah Alam...


Seingat aku, hanya sekali atau dua aku pernah datang ke Taman Botani ini puluhan tahun dahulu sewaktu namanya masih  lagi Taman Pertanian Bukit Cerakah.  Pergi pun dengan rombongan pejabat kerana waktu itu aku bertugas di Kementerian Pertanian Malaysia.

Baru-baru ini (Jumaat = 24/03/2017), iatu hari terakhir Zubair di Malaysia, aku dan suami bawa dia singgah seketika di Taman Botani Shah Alam ini. Bayaran meletak kereta ialah RM3.00 sementara bayaran menaiki 'bas', RM3.00 seorang bagi dewasa.

Aku hanya masuk 'beberapa meter' sahaja ke dalam Taman Botani disebabkan kakiku yang tidak larat membawa badan yang berat ini. Suami dan Zubair masuk agak jauh ke dalam tapi tidak dapat berlama-lama kerana waktu yang singkat.  Zubair perlu bertemu dengan Pn. Azian dan keluarganya pada jam 12.00 tengahari sebelum bergerak ke lapangan terbang.
Wajah gembira Zubair









'cepatlah ma....' 


Nampaknya masyarakat kita masih ramai yang belum terdidik hati dan jiwa mereka untuk mencintai keindahan di tempat sendiri. Bekas minuman dan plastik bersepah merata-rata.  Kita suka bersikap tuan di negara sendiri sedangkan kalau ke negara orang, tahu pula kita menyimpan sampah dalam beg hatta dalam poket!