Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 Oktober 2012

OMG - apa tu??...

Biarlah nak kata aku kolot ke apa ke.  Tapi aku memang tak suka dengan perkataan (?) yang satu ini.  Tambahan bila ianya diucapkan oleh mereka yang sebangsa dan seagama denganku.

Kenapakah kita suka sangat meniru dan mengambil segala sesuatu yang kita pun tak pasti apa maksud sebenarnya?  Nak nampak 'canggih', nak rasa macam 'omputih' atau nak nampak tidak ketinggalan?  Janganlah segalanya hendak ditiru bulat-bulat sehingga mungkin kita menjadi tersalah arah tanpa sedar!

Setahuku, OMG itu membawa maksud Oh My God (God adalah Tuhan - adakah Tuhan yang disebutkan itu membawa maksud Allah Yang Esa? - aku tak boleh jawab tentang itu kerana aku tak tahu dan tidak boleh membaca hati orang).  Ada yang kononnya terlebih 'canggih' - OMG itu tidak saja disebut sebagai o-em-ji, tapi disebut juga sebagai omaigod atau homaigad - apa pula maksudnya itu? 

Susah sangatkah nak sebut 'Ya Allah'?  Pagi ini sebenarnya aku rasa tambah 'berasap' bila DJ-DJ Radio masih juga menyebut perkataan itu.  Sengaja ingin mempromosi tanpa henti ke?  Setiap hari walaupun bukan secara berterusan tapi perkataan itu mesti ada terselit.

Mungkin ada yang kata 'itu pun nak kecoh, dah bagus orang tak mencarut'.  Masalahnya, kalau kita boleh 'biasakan' mulut kita menyebut perkataan yang tiada maknanya itu dengan lancar, bukankah lebih baik kita 'latih' mulut menyebut nama Allah, setidak-tidaknya ada juga pahalanya...

27 ulasan:

  1. As salam wbt.

    Kak cik, saya terasa...huhuhuu... sebab kadang2 tersebut juga Oh my God bila borak2 dgn org kat sini... :p berangan jadi 'matsalleh' uwekkk... :)

    Tapikan ada satu group ni dia letak nama OMG maksudnya Orange Group Maniac! hehehe... maksud beza2 tu...

    BalasPadam
  2. Btul2 k.cik....n3 ni sy sokong 100 %........dah jadi kelaziman plak skrng bdak2.....x kira bdak.....mak budak.....bapak budak pun duk sebut word yg sama.....nak nmpk stylo barangkali.....

    Padahal....bnyk lgi word yg kita boleh guna.....yg menunjukkan kita nie islam kan.....

    BalasPadam
  3. Err...tak leh erk kak.....kita tak pandai english so tak pernah nak guna ayat tu....tapi selalu sebut Oh My English....uhukz

    BalasPadam
  4. Terima kasih kakcik atas ingatan, kadang2 saya pun terguna perkataan tu tapi tak kerap la, biasalah kita mudah terikut-ikut. Insyallah lepas ni cuba berubah..

    BalasPadam
  5. ye la kak cik..kita org islam kan bkn susah pun nk sebut Ya Allah..asyik2 duk sebut OMG tu..saya pun tak suka dan sesekali tak nk ckp..

    BalasPadam
  6. Saya pun tak suka..sebut sahaja la Ya Allah..lagi senang dan sedap didengar..

    BalasPadam
  7. kena sentiasa ingat Allah di hati, maka taklah terkeluar OMG, omenji & yg bkn2 bila trperanjat, kan...

    BalasPadam
  8. betul jugak tuh kakcik..

    selamat hari raya kak..:)

    BalasPadam
  9. Kakak amat bersetuju kakcik. Anak kakak siap papa dia jeling dan kami dah tak benarkan mereka guna OMG lama dah..

    BalasPadam
  10. SALAM KAKCIK..sy pun stuju dgn kakcik...lebih senang sebut YA ALLAH...rasanya dah lama bende ni jadi isu tapi masih disebut2 lagi OMG tu..

    BalasPadam
  11. OMG ni jadi fenomena sebab lagu OMG Usher tu kakcik..

    BalasPadam
  12. Macam kawasan saya dan anak nie, tak menular lagi word nie and harapnya tak akan sampai bila2. Kami dok di kawasan kampung, so bahasa kasar orang kampung nie, lain sikit. Anyway, saya sebenarnya agak meluat kalau dengar orang yang sebut word nie sebab usually akan di sertakan dengan attitude sama ada dari tone suara, mahupun body language. Sangat tak sesuwaii..

    BalasPadam
  13. salam kakcik.. saya pun rasa tak senang dengan penggunaan perkataan tersebut.. nak nampak moden sekali pun perlulah beringat juga.. lebih-lebih lagi bila ada ucapan yang lebih elok yang boleh digunakan.. sebab tak susah pun nak sebut YA ALLAH sehingga perlu disingkatkan dengan perkataan tersebut..

    BalasPadam
  14. sy setuju ngan kakcik...mcm da jadi trend kan...

    BalasPadam
  15. Salam Kakcik,

    Perangai manusia diluar sana
    datang dari berbagai2 background.
    Itu pun nasib lah dia orang masih menyebut OMG, kalau tak ingat lansung apa citer?
    Moga mereka2 dapat hidayah dari Allah suatu hari ni.

    BalasPadam
  16. kekadang suka sebut 'oh myyyyy' smbil urut2 dada bila tkejut. errrrmmmmmm..patut sebut ya Allah kan mak...dpt gk pahala...klau mati tkjut pun kurang2 dh sebut Allah..

    BalasPadam
  17. Aina ni kampung sikit kak cik...rasanya macam tak pernah guna ayat tu.

    BalasPadam
  18. setuju ngan kakcik! pown ajar anak2 utk x guna word yg itu hehe

    BalasPadam
  19. salam sejahtera,

    salam sayang. Mama rasa menyampah pun ada bila org guna OMG tu, nak tiru2,,,

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum,
    Setuju dgn kakcik, kan bagus sebut perkataan yang baik-baik.

    BalasPadam
  21. Betul tu...apa salahnya sebut Allahuakhbar...yang nak tiru sgt omputih tu wat per...

    BalasPadam
  22. Setuju kak chik..nampak macam mengada jer perkataan tuh kan? bonda pun tak suka dengar :P

    BalasPadam
  23. bila ada orang sekitar ai dok sebut perkataan tu, rasa macam 'eee.. gediknya dia ni..'

    tak rugipun kalau tak sebut perkataan tu..

    BalasPadam
  24. kakcik tau x sy pernah baca status seseorg dalam FB,dia tulis YAYA..terfikir2 apa benda.bila ada yg bertanya rupa2nya YAYA tu singkatan Ya Allah Ya Allah.then bila tnya lg knp buat singkatan mcm tu?jawapan dia bila aku sebut OMG org marah aku sebut la YAYA senang...MasyaAllah sampai macam tu sekali..nak sebut nama tuhan pun nak shortform..kalau tang umur pandai pulak mintak dipanjangkan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com