Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 Mac 2020

Ingin bersedekah?..

Tak lama lagi Ramadan akan menjelang tiba.  Ramai umat Islam berlumba-lumba untuk berbuat kenajikan dan bersedekah.

Anda ingin bersedekah dengan cara mudah?  Hanya perlu keluarkan wang dan yang lain-lainnya akan diuruskan.  Boleh tengok gambar yang makcik sertakan di bawah ini dan pilih KOTAK INFAQ yang diingini.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi :
Ain : 013 7777408
Asziatul : 019 9832607
Faizal : 019 2338445
Kecil nilainya bagi kita, kadangkala besar sangat
maknanya bagi mereka yang memerlukan...

Jumaat, 6 Mac 2020

Di Tanah Perkuburan Ukay Perdana...

Bila Izrael datang memanggil, jasa terkubur di pembaringan...

25/02/2020 lebihkurang jam 8.15 malam, adik iparku telah dipanggil kembali ke Rahmatullah di Hospital Ampang, Selangor selepas beberapa bulan keluar masuk hospital...


Jenazah yang telah siap dimandi dan dikapankan, dibawa pulang ke rumahku.

Van Jenazah dari Masjid Nurul Hidayah, Kg Pandan Dalam.

Saat jenazah dibawa keluar rumah

Liang lahad muat seorang, gelapnya duhai tidak terperi...

...selesai tanah dikambus orang, tinggallah badan seorang diri

Bacaan talkin oleh Along

Selamat tinggal. Kami juga akan menyusul nanti...