... perancangan untuk pertemuan seterusnya bagi kita telah dicadangkan untuk diadakan di kediaman Pakngah di Lavender Heights (hasil perbincangan, Pakngah kata beliau tiada masalah untuk perkara ini diwar-warkan di blog).
Bagaimanapun, tarikhnya belum diputuskan lagi. Untuk mendapatkan tarikh yang tepat, kakcik kemukakan di sini dua tarikh yang dicadangkan :
11/11/2012 atau 18/11/2012?
Kita ikut pilihan majoriti. Waktu pertemuan juga hanya dijadualkan untuk tempoh 3 jam sahaja iaitu dari pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Tuan Rumah merasakan waktu yang ditetapkan ini adalah untuk memberi peluang kepada semua yang datang agar dapat bertemu. Sekiranya tempoh waktu lebih panjang, pasti ada yang datang awal dan akan balik sebelum dapat bertemu dengan mereka yang datang lebih lewat. Betul, kan?
Kakcik bagi pihak Tuan dan Puan Rumah menunggu maklumbalas dari kawan-kawan semua.
Kawasan luar rumah yang luas. Kakcik tak perasan pulak Pakngah tu pakai topi atau tidak!!... |
Tempat bersantai di belakang rumah. |
Ahli mesyuarat lantikan sendiri. Sepatutnya Azieazah turut sama, tapi beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan di saat akhir. Dato' LF dan Datin datang bersama kakcik, suami dan anak-anak. Ayu Akuzle datang bersama suami dan anak-anaknya. Gambar ini di rakam oleh Haiqal - anak bongsu Pakngah. |
Sempat juga kami menjamu selera dengan Mi Kari yang sedap hasil airtangan MAKNGAHnya (Pakngah selalu sebut macam tu, kan?). Bagaimanapun, bahan-bahan itu Pakngah yang pergi beli di pasar. :) |
Dalam perjalanan balik, kakcik bawa anggota rombongan singgah sebentar menziarahi Abil dan Gee di Taman Seri Putih. Sempat juga kami tumpang solat Asar di rumah Abil. Keadaan Gee agak lebih baik dari lawatan kakcik sebelum ini. Bagaimanapun, mengikut kata Ibu Abil, daya ketahanan badan Gee semakin menurun. Sama-samalah kita doakan segala yang terbaik buat Gee. |
bagus kakcik beritahu .. kalau tidak orang ingat saya pakai topi warna putih. hehe
BalasPadamSeronoklah kakcik dan geng buat pertemuan macam ni kan..Taklah sia2 berblog, kan..
BalasPadamsemoga berjalan lancar nnt...
BalasPadamseronoknya dapat jumpa..
BalasPadamsaya jauh..huhu
kak cik dah sihat ker???
BalasPadamBolehlah... bila hati sihat, badan pun jadi sihat, kan? :)
PadamBestnya.
BalasPadamekceli bagus kan berblog ni...
BalasPadammama dah sihat erk??jaga diri ye...
oh... nak ber-gather-gather lagi ye kakcik... semoga lancar!
BalasPadamSeronoknya kakak tengok. AJK dah dilantik tak lama ramailah yg join tu... kakak tengok dari jauh je kakcik.
BalasPadamseronoknya.. tapi yang pasti saya tak leh joint..
BalasPadamseronok nyer...
BalasPadampertemuan lagik? manyak syokkk
Padamseronok dengarnyer.. doakan yg terbaik for abil & gee
BalasPadammenariknya..kalau takde aral saya nak join jugak..
BalasPadamSy hrp, kali ni dpt turut serta....
BalasPadam=D
mak...
BalasPadamkl laa semua org macam mak...huhuhu...
eh,mak ek...hehehe...kakcik mmg macam mak laa...huhu...teringat kat mak sy lakk...
semoga kakcik sihat2 selalu...bila laa dpt jumpa dgn kwn2 blog lagi...uhuhu
ok. saya jeles.
BalasPadamnak pegi menyorok balik pintu sekarang jugak.
:p
Kali ni dapat la saya join coz dekat jea ngan rumah saya..any day will do.
BalasPadamsetakat ini 18/11 belum ada program..rasanya pun dah balik dari utara..kalau tak penat(sebab baru balik 17 Tu)insyaallah
BalasPadamkalo dekat dah lama saya join..
BalasPadammoga encik abil dan pn gee tabah hadapai ujian..
saya doakan mereka cepat sembuh, insha Allah
seronok berjumpa lagi...
BalasPadambestnyaaaaaaaaaaa
BalasPadamnak joint jugakkkkkkkkkkkkk
ada mee kari !
wahh2 .. ;))
Saya tak boleh janji, tapi jika ada apa-apa nak minta tolong, sebut jer.
BalasPadamkakcik.. rasa macam teruja nak join..tapi bila mengenangkan semua otai otai dan senior2 dalam dunia blogger dan dunia sebenar, rasa macam rendah diri pula..
BalasPadamKella, kita kan dah pernah berjumpa? Takpe, datang je. Tak kenal, kita kenal2kan. :)
Padamsalam kakcik..gathering lagi ye..cantiknya rumah tu..atas bukit ker..
BalasPadamseronoknyer kak cik :)
BalasPadambestnya.. gathering lagi yer...
BalasPadamWAh ada lagi perjumpaan bestnya..
BalasPadamsalam sejahtera KC
BalasPadamSuka tgk KC, baik sgt!
Sy undi 18.. Nanti nak up gaks kat blog neh..
BalasPadamlavender heights seremban ker? wah..SA boleh join kalau jadi sebab dekat sgt ngan rumah...
BalasPadamKakcik, Ella tak mengundi sebab ella free kedua2 tarikh tu. I follow je nanti ye. Hihihi.
BalasPadamtempat yg menarik dan sesuai untuk buat pertemuan atau kompol2x tu kak...
BalasPadamBestnyer berjumpa lagi..
BalasPadamKalaulah dok dekat, sure join jugak ;D
kak cik nak buat gathering lagi ek..? hihi..
BalasPadamkali nih dayah nak joint la..nak kenal kak cik..
:)
dan rakan lain..
(kali nih nekad mesti berani)
(er...tak malu je dyh nih kan..)
(hehe)
(ini utk semua ke)
(atau yg terpilih je..)
(hihi)
insyaAllah.. klau xde aral bleh join
BalasPadam11 lah sebab 18 p hua hin dengan J8 ;)
BalasPadamsila vote ye.
BalasPadam