Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 17 Februari 2018

Kita rasa kita hebat...


...lalu kita mahu semua orang memberi hormat
satu yang kita selalu cuba buat-buat tak ingat
ke kubur nanti kita tak boleh sendirian terlompat-lompat
tidak akan tertolong oleh pingat dan pangkat!

Pakaian terakhir yang sering kita lupakan...

Khamis, 15 Februari 2018

(Fattzura) - Suka tengok mereka...

...makcik bukan peminat mereka
setelah mereka bernikah makcik rasa suka
semoga mereka terus berbahagia
perlahan-lahan mencari redho untuk bekal ke sana

mereka menikah bukan kerana 'ada cerita'
sebaliknya telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa
setelah diterbitkan rasa suka dan cinta
serta mendapat restu dari kedua keluarga

pelik juga sikap manusia
kalau tak suka kenapa 'diintai' hidup mereka
kemudian dicaci serta dikata nista
seolah-olah kita terlalu sempurna

kisah lalu jadikan pengajaran
agar kesilapan tidak berulang-ulangan
rencanakan dengan baik untuk masa hadapan
semoga hidup dalam kerahmatan

Salahkah bergambar begini setelah
menjadi suami isteri?  Bukannya
keterlaluan atau tanpa pakaian pun.
Elleh... yang berlakon berpeluk sampai
atas katil tu, suka pula kalian tengok!


Rabu, 14 Februari 2018

Gawat...dan kian tenat...

...manusia entah siapa-siapa diangkat-angkat
biarpun menjurus ke arah maksiat
namun dipuja dipuji sedemikian hebat
pihak berkuasa konon tidak mahu bersubahat
tapi tiada tindakan berkesan dapat dilihat

aku juga hanya tahu berkata-kata
dan membantah dalam diam di hati cuma
selemah-lemah imanku sebagai manusia
tidak tahu bagaimana hendak kucurah rasa

bimbang hatiku hanya Allah Yang Maha Tahu
kerana aku juga punya anak-anak dan cucu-cucu
bila semua nampak biasa dari segenap bucu
mungkin mereka juga akan terikut salah laku

benar... didikan awal dari rumah mainkan peranan
tapi di luar hebat juga pengaruh dan godaan
imam dan lebai lagikan boleh tersalah jalan
apa lagi mereka yang kabur pandangan

Allah Ya Allah
demi ZatMu yang aku sembah
jadikan aku hamba yang tabah
untuk tidak terus mengalah

anak-anak yang berlagak seolah Tuan
jangan sampai merasakan merekalah Tuhan
Kau sekatlah hati mereka dari kemungkaran
bersama doa yang sering aku titipkan...

#takfahamtakapa
#jantina

Selasa, 13 Februari 2018

Aku dan hospital...

...setiap tahun, pasti ada tarikh di mana aku akan menginap sehari dua di wad hospital.  Setakat ini, aku memang 'menginap' di hospital swasta kerana menggunakan kemudahan insurans sama ada di bawah nama suami atau anak keduaku (yang dibiayai oleh syarikat tempat mereka berkhidmat).

Ada juga yang bertanya kenapa aku asyik keluar masuk hospital?

Agak-agaknya hendak jawab macam mana?

Baru- baru ini, aku mendapat ilham untuk menjawab begini : 'aku keluar masuk hospital kerana aku tak mampu hendak keluar masuk Cong Codei (hotel)'... hahahaha...

Minggu lepas, aku diserang batuk dan lelah yang teruk.  Sampai termuntah-muntah.  Anakku yang berada di bawah, mendengar bunyi nafasku yang sangat kuat dari dalam bilik air tingkat atas.  Malamnya, suami bawa ke hospital di Kg. Baru.  Doktor suruh aku masuk wad kerana selepas dua kali menyedut gas, dadaku masih 'ketat'.  Suami minta doktor buat surat rujukan ke hospital yang berhampiran dengan rumah kami.

Doktor pesan agar aku terus ke hospital yang dipilih.  Bagaiamanapun kerana degil dan banyak urusan rumah yang hendak dibuat, hanya esok paginya aku ke hospital tersebut. Anak keduaku menghantar aku ke hospital...

Pertama kali masuk ke wad kecemasan disediakan sarapan.
Kerana tekanan darah agak tinggi, maka wajiblah ubat ditelan.

Memang masalah besar bila hendak mencari uratku
untuk dicucuk jarum.  Mujurlah kali ini doktor
bertugas 'pandai' mendapatkan urat walaupun
bertabur darah mengotori cadar.

Saja-saja ambil gambar dari tingkap...



Untuk alas perut...

Bekal yang disediakan oleh anak ketigaku

Sempat menonton 'Mann'

Inilah jumlahnya untuk penginapan 3 hari 2 malam
(tak akan mampu sekiranya kena bayar sendiri)

Isnin, 12 Februari 2018

Tergantung Sepi...

Tiba-tiba rasa suka pula dengan  lagu dendangan Haqiem Rusli ini :


Cukup di sini perjalanan kita
Menghukum diri mendera hati ini
Terhimpit dengan suasana

Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Berat rasanya sukar diluahkan
Bernafas ragu menghembus pilu
Perasaan ini tergantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Mencuba mencuba menyimpulkan mati
Dibiarkan begitu saja
Terikat namun tak bertali
Mencuba menyimpulkan mati
Namun terputus jua

Disiksa hati yang menagih
Harapan kasih yang menjauh
Terpisah dalam kekalutan
Jiwa yang digantung sepi

Khamis, 8 Februari 2018

Bonus Tabung Haji....



PUTRAJAYA - Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.50 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.

"Bayaran hibah sebanyak 6.25 peratus ini akan memberi manfaat kepada 93 peratus atau 8.7 juta pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.

"Bagi 600,000 pendeposit yang telah menunaikan haji akan menerima hibah sebanyak 4.50 peratus," katanya ketika mengumumkan agihan hibah itu, di sini hari ini.

Untuk rekod, TH mengumumkan 4.25 peratus hibah tahunan dan tambahan hibah haji sebanyak 1.5 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2016 melibatkan pembayaran berjumlah RM2.88 bilion.

Pendeposit boleh mula menyemak pengkreditan hibah TH 2017, Isnin ini (12 Februari).

Jamil Khir berkata pengagihan hibah itu telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM68 juta kepada semua pusat pungutan zakat negeri dan kepada asnaf-asnaf yang layak di seluruh negara.

Menurutnya, TH mencatatkan prestasi kewangan lebih baik pada tahun 2017 berbanding 2016, dengan pendapatan kasar meningkat sebanyak RM1.1 bilion atau 31 peratus kepada hampir RM4.5 bilion, berbanding tahun kewangan 2016 sebanyak RM3.4 bilion.

"TH juga merekodkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak hampir RM2.8 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM0.3 bilion (13 peratus) berbanding tahun 2016 sebanyak RM2.5 bilion," katanya.
Tambahnya, anak-anak syarikat TH turut menyumbang kepada pendapatan tersebut sebanyak RM1.1 bilion antaranya BIMB Holdings Berhad (RM706 juta), TH Properties Sdn Bhd (RM113 juta), Kumpulan TH Hotel & Travel (RM104 juta), TH Trust (RM82 juta), Kumpulan LTH Property Holdings Ltd (RM82 juta) dan TH Plantations Berhad (RM50 juta).

Selari dengan amalan pengurusan portfolio baik, Jamil Khir berkata TH juga telah melakukan rosot nilai sebanyak RM470 juta bagi pelaburannya di dalam syarikat minyak dan gas yang telah dan masih terjejas ekoran kemelut melanda industri itu.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata TH telah membelanjakan sebanyak RM356 juta bagi pengurusan haji pada tahun 2017, dengan RM298 juta adalah subsidi haji dan RM58 juta bagi kos tidak langsung termasuk kos kesihatan, kaunseling dan bimbingan haji.

Katanya, sebanyak RM2.41 juta pula diperuntukkan bagi membiayai 713 warga tua dan kurang berkemampuan untuk menunaikan haji melalui Dana Tabung Warga Tua.

Bagi tahun ini, Jamil Khir berkata TH menanggung subsidi haji sebanyak RM12,470 atau 56 peratus daripada kos haji bagi seorang jemaah haji muassasah kali pertama.

Katanya ia melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta, susulan kenaikan kos haji sebanyak 15 peratus kepada RM22,450. - BERNAMA

Rabu, 7 Februari 2018

WW : menghadiri majlis...

...bukan hendak makan sangat, yang penting memenuhi undangan dan dapat bertemu kawan-kawan...

Gambar-gambar dari dua majlis yang dihadiri pada 03/02/2018 

Majlis pertama di Gombak  :




Majlis ke dua di Bandar Tun Razak :






Selasa, 6 Februari 2018

Makanan...

...sedap di tekak kita, belum tentu sedap di tekak orang lain.  Begitu juga sebaliknya.  Jadi janganlah bertekak tentang makanan, kecuali memang semua orang sependapat bahawa makanan itu 'kurang rasa'.  Garam bagai tiada, gula entah ke mana, cili tidak jumpa dan semuanya serba tak kena.  Maka, tak perlulah kita terus membisu.  Bersepakatlah membuat bantahan agar kekurangan dapat diperbaiki... #takpahamtakapa

Cucur udang nama diberi
Di Alor Gajah tempat bertapak
Sedap atau tidak rasalah sendiri
Ada yang suka ada yang tidak

Nasi lemak di Medan Selera
Hospital Kuala Lumpur hanya di sebelah
Diam-diam sudah naik harga
Masaklah sendiri kalau hendak murah

Kek karamel anak yang buat
Atas permintaan emak yang teringin
Memang sedap dan cukup syarat
Tak boleh makan banyak nanti 'masuk angin'

Kuih ini adik yang buat
Tak cukup satu makan berulang
Jangan pula suruh makcik buat
Sebab makcik hanya tahu menayang...