Kawan-kawan kakcik

Khamis, 9 Ogos 2018

'Budak Sepet' sudah 17 tahun hari ini...

Semoga Adik sentiasa di dalam rahmat dan kasih Ilahi.

Ini gambar tahun 2010.  Sampai sekarang dia sangat suka makan durian.  Pukul 2.00 pagi pun dia boleh duduk senyap-senyap makan durian di dapur...
Ini pula gambar tahun 2011.  Sekarang kulit tidak secerah ini sebab banyak berjemur main bola dan berlatih kawad sebagai Kadet Pasukan Bomba.

Khamis, 2 Ogos 2018

Apa yang sebenarnya ibubapa mahu dari anak-anak?...

...mereka mahu anak-anak menjadi 'orang'
yang buruk baik tahu ditimbang
yang dunia akhirat dibawa seimbang
yang tidak tersalah pilih barang terbuang

bukan minta dilimpahi intan permata
hidup anak-anak terurus mereka sudah cukup gembira
bukan minta dilonggokkan harta benda
dihormati dan disantuni sudah cukup berpada...