Sekejap sahaja sudah 5 Ranadan hari ini.
Tahu-tahu sahaja nanti Syawal menjelma.
Tahun ini memang berbeza. Tiada bazaar Ramdan. Tiada kelibat gambar-gambar berbuka di hotel. Mereka yang biasa ke luar negara di bulan Ramadan pun mungkin kini sedang terkurung di rumah masing-masing. Syukurlah, anak-anak yang terkandas di pusat-pusat pengajian diberi kelonggaran untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan syarat-syarat yang agak ketat juga...
Apakah daya dan upaya kita. Sehebat dan semewah mana pun kehidupan kita, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Biarpun segala rancangan mungkin sudah kita buat sekian lama dengan persiapan rapi, bila Allah berkata 'jadi' maka jadilah ia. Tanpa izinNya kita tetap tidak mampu berbuat apa-apa.
Marilah kita bermuhasabah diri. Jangan sesekali berfikir bahawa kita tiada apa-apa dosa, maka kenapa kita turut terkena bencana. Tidak menegur jauh sekali menentang dosa yang bertebaran di sekeliling kita, bermakna kita juga sedang berdosa.
Imej dari SINI |
Mudah-mudahan Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik buat kita berbanding-banding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.