Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 April 2020

Salmon oh salmon...

En. Suami suka sangat makan salmon.  Selalu kalau makan di restoran, harganya boleh tahan juga.  Memang tidak menjadi pilihan makcik lah...

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sudah banyak kali juga dia beli kepingan salmon mentah (rasanya di Tesco, sebab dia yang pergi berbelanja).  Tidaklah mahal pun harganya berbanding kalau beli yang sudah siap masak di restoran.


Selalunya bila beliau beli, anak bujanglah yang akan masakkan untuknya.  Tapi, selepas beberapa kali, anak bujang pun mungkin rasa jemu (sedangkan dia pun tak makan salmon itu).  Jadinya, makciklah pula ambil alih memasak.  

Bukan susah pun.  Salmon itu diperap dengan bawang putih yang ditumbuk kasar, sedikit garam, serbuk oregano dan serbuk herba campuran.  Perap beberapa jam kemudian panggang dengan sedikit minyak zaitun dalam kuali tak melekat atas api yang sederhana.

Selepas masak, hias sahaja ikut suka dengan lemon, tomato ceri, asparagus, daun salad (atau apa-apa sayur yang bersesuaian), kentang lenyek ( jika rajin hendak buat lah - rebus kentang, lenyek dengan sedikit garam) = sedia untuk dimakan.



5 ulasan:

  1. Anak saya yg chef tu ckp,harganya lbh rm300 seekor,bila potong kena otong betul2..tp saya tak lalu mkn..

    BalasPadam
  2. Sedap nye salmon. Acu pun suka makan salmon grill ni.

    BalasPadam
  3. saya kurang makan ikan..klu beli pun untuk isteri.

    BalasPadam
  4. Beli danmasak sendiri belum lagi tapi sesekali makan di luar tu ada kalau si salmon ni..boleh tahan memang harganya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com