Datangmu di tahun ini
dalam suasana yang sangat berbeza
senyap dan sunyi merata-rata
tiada kemeriahan pesta makanan
mudah-mudahan tiada juga pembaziran
Sekian lama manusia leka
bagaikan bulan untuk berpesta
sedangkan sepatutnya menginsafi
betapa mereka yang tak punya apa-apa
menanggung azab lapar dahaga
namun kita selesa menunjuk tayang
makan mewah siap terhidang
Tahun ini
bukan hanya di sini
tapi di mana-mana
manusia jadi waspada
makhluk Allah yang tidak kelihatan
mengganas tak kenal sempadan
Lalu mungkinkah kita tersedar
banyaknya masa sudah terbubar
kerana asyik melayan nafsu
bulan barakah dibiar berlalu...
Ahlan Wasahlan Ya Ramadan
selamat berpuasa kak. maaf zahir batin ye.. memang lain kan. sedih rasa hati. tapi saya happy lah sebab mak abah dah memang dgn saya. then tambah lagi bila all the abduls ada semua.
BalasPadamSalam ramadhan kak.Ramadhan ini paling mewah dengan pengajaran.Melentur mana yang sebelum ini tidak suka akur.Moga lebih barakah.Aamiin.
BalasPadamSalam ramadan 1441H
BalasPadamMudah2an amalan pembaziran makanan dapat dielakkan.
Salam Ramadhan Kareem utk KC dan family... moga kita dapat mengisi bulan Ramadhan dengan amalan amalan yg baik. Pertama kali kan KC dalam sejarah hidup tahun ni tak de Bazar ramadan... walaupun tak pergi selalu tapi kita tau wujud Bazar Ramadhan tu...
BalasPadami've lost count of the days and date. sedar sedar esok dah puasa la
BalasPadambahan makanan semua tak beli lg ni.
Selamat menyambut Ramadan, Kakcik walaupun suasana beza tahun ini.
BalasPadamSelamat berpuasa kakcik..
BalasPadam