Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 April 2020

Allah pemilik segalanya...

Sekejap sahaja sudah 5 Ranadan hari ini.  

Tahu-tahu sahaja nanti Syawal menjelma.  

Tahun ini memang berbeza.  Tiada bazaar Ramdan.  Tiada kelibat gambar-gambar berbuka di hotel.  Mereka yang biasa ke luar negara di bulan Ramadan pun mungkin kini sedang terkurung di rumah masing-masing.  Syukurlah, anak-anak yang terkandas di pusat-pusat pengajian diberi kelonggaran untuk pulang ke pangkuan keluarga dengan syarat-syarat yang agak ketat juga...

Apakah daya dan upaya kita.  Sehebat dan semewah mana pun kehidupan kita, kuasa Allah tiada siapa yang dapat menyangkalnya.  Biarpun segala rancangan mungkin sudah kita buat sekian lama dengan persiapan rapi, bila Allah berkata 'jadi' maka jadilah ia.  Tanpa izinNya kita tetap tidak mampu berbuat apa-apa.

Marilah kita bermuhasabah diri.  Jangan sesekali berfikir bahawa kita tiada apa-apa dosa, maka kenapa kita turut terkena bencana.  Tidak menegur jauh sekali menentang dosa yang bertebaran di sekeliling kita, bermakna kita juga sedang berdosa.

Imej dari SINI
Mudah-mudahan Ramadan kali ini adalah Ramadan yang terbaik buat kita berbanding-banding tahun-tahun sebelumnya.  InsyaAllah.

5 ulasan:

  1. Mula-mula memang rasa berat untuk diterima lebih-lebih lagi pada jangkaan manusia aidilfitri pun masih lagi dalam situasi duduk rumah..namun bila diperhalusi segenap sudut banyak hikmahnya juga.Banyak sangat-sangat.bagi PC ini salah satu ujian.Kalau selalu kita kata sabar,redha,tawakkal,bersangka baik dengan Allah..mungkin ini salah satu sebab Allah nak lihat setara atau tidak apa yang kita lisankan dengan tindakkan.kerana bercakap itu sangat mudah berbanding melakukan.

    BalasPadam
  2. Antara hikmah pkp ni..semua anak2 ada dirumah,taklah saya terkontang kantibg sorg2 lbh2 lg dibulan mulia ni..anak2 tlg masak..

    BalasPadam
  3. Hari tu acu terasa juga masa terkurung sorang2. Tapi bila berjaya "melarikan" diri datang ke rumah abang, rasa syukur. Dapat berpuasa dan berjemaah tarawih dengan family abang.

    BalasPadam
  4. semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari ramadhan yang telah lalu.

    BalasPadam
  5. Kita doa lah agar pkp ini berakhir sebelum hari raya......

    salam kenalan dari saya, nak tanya sudi tak bertukar link(bloglist) dengan blog saya? kalau sudi beritahu saya dgn comment kat link ini....

    https://www.oohsenyum.com/2017/03/bantu-blogger-yang-memerlukan-2020.html

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com