Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 April 2020

Masak-masak di waktu PKP...

Kadang-kadang apa yang aku masak, aku kongsikan dengan jiran sebelah rumah.  Sesekali, seperti dalam gambar ini, nasi pun aku beri supaya dia boleh terus makan.   Sepanjang PKP ini, aku hanya tinggal berempat beranak di rumah.  Masak seperti biasa, tiada yang istimewa pun.  Bila masak lebih, aku suka kongsikan dengan jiran sebelah.


Bubur jagung yang diminta En Suami.  Bukan susah pun nak buat.

Mee goreng

Meehoon goreng

Kari ikan bawal

Ada juga lauk untuk nasi lemak di situ.

Masak banyak-banyak ni, siapa hendak makan?

Masak sahajalah apa yang ada

Sotong goreng kunyit

Masak lemak ayam dengan kentang.  Yang ini untuk jiran.

Leka berjalan pagi ke petang
Benda dicari tak juga dapat
Redha dengan ujian yang datang
Semoga Allah melimpahkan rahmat

7 ulasan:

  1. terbaik..dah mcm menu kat kedai makan..semua ada :-)

    BalasPadam
  2. Tengok menu kakcik terus rasa lapar..

    BalasPadam
  3. Air tangan ibu..nikmat sangat ni..rezeki dikongsikan kakcik.

    BalasPadam
  4. Untungnya siapa yang berjiran dengan kakcik. Hihi

    BalasPadam
  5. sedap nye bubur jagung. feveret acu tu

    BalasPadam
  6. Aduhai sedapnya KC.... terliur pulak. Sebenarnya masak ni tak delah susah kan KC cuma malas dengan tidak ajelah hihi
    Bubur jagung tu mak mertua saya suka tu...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com