Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 April 2020

Apa khabar semua?...

Semoga semuanya baik-baik sahaja... 

Sudah berminggu rasanya blog ini ditinggalkan sepi.  Entahlah.  Ilham bagai turut sama terkurung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sepanjang lebih tiga minggu ini, ada juga dua tau tiga kali makcik keluar ke pasaraya.  Walaubagaimanapun, makcik jadi tertekan setiap kali keluar.  Jadi panas, berpeluh dan tergesa-gesa.  Jadi rasanya lebih baiklah makcik duduk diam-diam di rumah, kan?


Baiklah, makcik masih mencari rentak semula untuk kembali aktif berblog.   Bukan tiada cerita, tapi itulah, bukan semua cerita boleh dikongsikan... 😀😀

Pokok selasih tumbuh sebatang
Daunnya segar di waktu pagi
Terima kasih yang sudi datang
Ada rezeki bersua lagi...

7 ulasan:

  1. Rindu juga nak berblog...saya dah bertahun senyap..sekarang diberi masa...maka saya cari juga ilham...rindu kat blog akak juga

    BalasPadam
  2. Setuju. Bukan semua cerita sesuai dikongsikan.

    BalasPadam
  3. Khabar baik Kak Seroja.
    Marilah meriahkan kembali dunia blogger.
    Selamat berblogging.

    BalasPadam
  4. Betul kak, keluar beli barang waktu KPK penat dia lain macam, sy ingat saya jer rasa gitu... mula-mula jer keluar sekarang duk umah jer, nak kuar buang sampah pun segan, bagi ketua keluarga bereskan urusan di luar...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah baik-baik sahaja kakcik walaupun kadang-kadang sedih tapi tak tahu apa yang disedihkan.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah sihat walafiat adanya
    Semoga KCS juga dianugerahi keafiatan yang berpanjangan.

    BalasPadam
  7. Betullak KC.... saya tak selesa pakai mask sebenarnya, saya rasa mcm tak cukup oksigen. Tulah dengan cuaca yg panas bukan main sekarang ni, dlm rumah pun berpeluh peluh inikan kat luar rumah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com